Malaysia Local Contest 2021 26/6/2021

 Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Malaysia Local Contest 2021 iaitu 9MDXC. Seingat penulis jarang diadakan contest untuk jalur 2m dan 70cm. Contest selalu untuk band 40m  diadakan.

Seharusnya rakan ham harus mengambil peluang ini untuk mencuba merasai contest dalam hobi radio amatur ini. Penukaran 6 digit grid square setiap kali mendapat contact dengan stesen lain.

Ia diadakan pada hari ini bermula jam 10 pagi hinggalah 10 malam. Peserta memburu sebanyak mungkin contact dengan stesen lain. Tapi ingat, mestilah dalam wilayah yang sama sahaja.

Penulis berada di Bangi hanya berjaya mendapat contact dua stesen sahaja. Kedua stesen tersebut di Nilai, Negeri Sembilan iaitu Irwan 9M2WAZ  locator OJ02VU dan abg Madnor 9M2MAD locator OJ02VT. 

Bangi, Selangor adalah wilayah tengah bersama Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala Negeri Sembilan bersama Melaka dan Johor adalah wilayah selatan. Maka tiada markah diberikan jikalau contact berada di luar wilayah yang telah ditetapkan.

Kepuasan mendapat contact lebih seronok walaupun tiada mata diberikan. Pengalaman ini akan menjadi panduan untuk contest akan datang. Boleh dikatakan beberapa frekuensi sibuk dengan stesen membuat Cq contest sepanjang pertandingan dijalankan.

Ia menjadi satu pemangkin bagi setiap stesen untuk terus aktif dalam hobi yang saintifik ini. Rasanya ramai juga stesen yang tidak menyedari tentang contest pada kali ini. Mungkin kali pertama diadakan. Sudah pasti tahun hadapan lebih meriah dengan penglibatan lebih ramai dari setiap  negeri. 

Ia turut menjadi pencetus untuk lebih ramai melibatkan diri  terhadap radio sports seperti 2m dan 70cm band contest ini. Sekurang-kurangnya aktiviti di frekuensi terus meriah tanpa sepi lagi. 

Kita jaga frekuensi kita. Jika tidak digunakan pasti kemudahan ini pada masa hadapan kemungkinan boleh ditarik balik. Haruslah dijaga dengan sebaiknya serta digunakan dengan penuh berhemah.

Peserta dapat menguji kemampuan radas masing-masing. Prestasi dinilai agar pemancaran menjadi lebih baik untuk mendapat markah yang lebih tinggi. Kelemahan dan kekurangan diambil kira sebagai pengalaman yang berguna di masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya mengumpul contact yang banyak. Tidak dilupakan kepada pihak penganjur yang berjaya membawa satu dimensi yang baru dalam dunia radio amatur di Malaysia. 

Moga banyak lagi contest peringkat kebangsaan sering diadakan. Ini bagi melahirkan lebih ramai lagi jaguh yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi seperti Cikgu Zak 9M2ZAK mewakili Asia dalam WRC.

73, Jojet de 9w2dya





No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...