Belon KLIA jatuh di Jalan Sekolah

credit 9W2MDZ

 Belon KLIA malam tadi telah dikesan jatuh ke darat oleh feeder Nilai. Team SAR Central telah ke Batu Laut berdasarkan koordinat yang altitud terendah. Kemudian ke Jalan Sekolah, Tanjong Sepat meninjau koordinat yang diyakini boleh menjumpai peranti radiosonde oppa.

credit 9W2OCX

Akhirnya berjaya dijumpai radiosonde WxR-301D bernombor siri 2302104024.

credit 9W2OCX

Detik oppa dijumpai menunjukkan jam 12.20 pagi tadi.

credit 9W2OCX

Peranti tergantung ketika dijumpai. Belon turut tergantung di hadapan. Keadaan ini menunjukkan ia tersangkut pada pelepah kelapa sawit.


Koordinat terkini dapat dikesan menggunakan raspi dan sdr-rtl. Zaman rdzTTGOsonde sudah tiada lagi untuk radiosonde WxR-301D ini.

credit 9W2RUT

Sensor pada WxR-301D bagi mendapat data berkaitan kaji cuaca.

credit 9W2RUT

Hidangan kopi dinihari dapat melepaskan lelah mendapat oppa di ladang kelapa sawit.

credit 9W2RUT

Sesi post-mortem di rumah Pak Usop 9W2PYQ di Batu Laut.

credit 9W2SMF

Sesi mengopi di base station Pak Usop 9W2PYQ meraikan kejayaan menjumpai oppa di Jalan Sekolah, Tanjong Sepat. Tuan rumah mengajak singgah ngopi dahulu sebelum tiga stesen lain pulang.

credit 9W2OCX


Tahniah kepada Pak Usop 9W2PYQ, Weerut 9W2RUT, Mike Fox 9W2SMF dan Arul 9W2OCX atas kejayaan menemui peranti radiosonde di Tanjong Sepat. Adat budaya menghargai tetamu walaupun sudah dinihari tetap dikekalkan. Ini dapat mengeratkan hubungan sesama rakan ham.

73, Jojet de 9w2dya


Belon KLIA radiosonde oppa jatuh di Kg Tumbuk Darat

credit 9M2ZAK

 Belon KLIA malam 27 Ogos 2023 telah jatuh di Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat. Tiga stesen telah berjaya menjumpai belon KLIA pada malam tersebut. Rut 9W2RUT, Arul 9W2OCX dan Yatt 9W2MFE berjaya melaksanakan misi pencarian.

credit 9W2MDZ

Hasil cerapan feeder Nilai berjaya mengesan belon KLIA telah jatuh ke darat. Altitud 457.4m bacaannya OK. Berbanding altitud ketinggian 256.3m bacaannya NO.

credit 9M2ZAK
Kawasan ladang kelapa sawit berdekatan dengan kawasan ternakan. Ini berdasrkan koordinat altitud 457.4m

credit 9W2OCX

Peranti radiosonde berjaya ditemui.

credit 9W2OCX

Koordinat radiosonde dijumpai jarak 10.4m dari koordinat 2.657200 darjah Utara dan 101.588997darjah Timur.

credit 9W2OCX
Nombor siri peranti yang berjaya ditemui 2302104101

credit 9W2OCX
Lampu merah masih menyala menandakan masih lagi aktif ketika ditemui.

Tahniah kepada ketiga-tiga stesen Weerut 9W2RUT, Arutl 9W2OCX dan Yatt 9W2MFE berjaya menyempurnakan misi pencarian.

73, Jojet de 9w2dya

Belon Oppa yang ke-6 secara solo

credits 9W2PRX

 Belon Kuantan oppa yang ke-6 telah berjaya dijumpai oleh Fitri 9W2FVC secara solo tengahari tadi.

credit 9W2FVC

Kedudukan latitud dan longtitud dipaparkan dalam tangkap layar di atas. Ketinggian altitud terakhir direkodkan 548.9m.

credit 9W2FVC

Fitri 9W2FVC bergambar bersama hasil buruan. Radiosonde oppa berjaya dalam genggaman.


Jarak 5.8m berjaya direkodkan GPS waypoint finder di Jengka 9.

credit 9W2FVC

Bukti bergambar menunjukkan hasil buruan ditunjukkan bersama peranti buruan.Tahniah Fitri 9W2FVC menambah koleksi kepada enam unit  oppa secara keseluruhannya.

73, Jojet de 9w2dya

Hampir 12 jam bateri masih hidup

credit 9W2XOR

 Belon Kuantan pagi tadi jatuh ke darat lagi. Pada kali ini, ia dikesan jatuh di Sri Jaya. Fitri 9W2FVC dan Ajoe 9W2XOR agak lewat tiba dikawasan kejadian. Hampir 6 petang isyarat masih lagi kedengaran di corong radio.


Kelihatan kawasan Persatuan Pasukan Bomba Sukarela Sri Jaya berhampiran lokasi kejadian.


Video pertama menunjukkan isyarat masih lagi aktif walaupun jam melepasi enam petang. Berbanding dengan DFM-17, kuasa bateri mampu bertahan sehingga jam 4 petang sahaja.


Video kedua menunjukkan isyarat radiosonde oppa semakin kuat. Jadi isyarat boleh didekode menggunakan raspi dan rtl-sdr yang dibawa. Percubaan mengesan isyarat ketika bermobile telah gagal. Oleh itu, atas cadangan rakan di group agar berhenti di suatu tempat kawasan yang lebih tinggi. Kawasan tinggi dapat mencerap isyarat dengan lebih mudah dan stabil penerimaannya.

credit 9M2CEI

Pin dalam google map menunjukkan koordinat terkini yang berjaya dicerap. Gambar satelit menunjukkan berada berdekatan sebuah rumah.

credit 9W2XOR

Belon Kuantan radiosonde 2302105665 merupakan belon kelima yang dijumpai dalam masa tiga hari. Tahniah atas kesungguhan  Fitri 9W2FVC dan Ajoe 9W2XOR atas kejayaan menjumpai oppa walaupun sibuk dengan tugasan masing-masing.

credit 9M2ZAK

Zak 9M2ZAK yang membuat pemantauan dari Kulai telah mengesahkan data yang diterima adalah benar. Maka, koordinat yang dicerap itu adalah tepat dan stabil. Mudahlah kedua stesen untuk terus ke lokasi kejadian.

73, Jojet de 9w2dya

Belon ketiga dan keempat berjaya ditemui

credit 9W2OCX
Semalam dua belon lagi berjaya dijumpai oleh Team SAR Central dan Team SAR Kuantan. Peranti ketiga dan keempat berjaya dimiliki berkat kerjasama berpasukan dalam group dan juga di lapangan.

credit 9W2OCX

Belon KLIA radiosonde 2302105665 pagi semalam telah mendarat di Kampung Batu Untung. Tiga stesen telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Peranti telah berjaya dikesan berada dalam parit.

credit 9W2OCX

Peralatan sokongan diperlukan bagi mendapatkan peranti yang terapung dalam parit yang bersemak. Kelihatan Zahrin 9W2MDZ memegang sesuatu yang boleh membantu mendapatkan peranti tersebut. Mengekori dibelakangnya ialah Choong 9M2CEI di kawasan kebun kelapa sawit.

credits 9W2OCX
Tiga stesen terlibat ialah Arul 9W2OCX, Choong 9M2CEI dan Zahrin 9W2MDZ. Zahrin 9W2MDZ telah berada di tebing parit.

 
credit 9W2OCX

Akhirnya peranti berjaya juga dicapai oleh Zahrin 9W2MDZ. Semangat tidak pernah putus asa membawa hasil. Kerjasama berpasukan memerah otak dan keringat telah membawa kejayaan bersama. Namun, faktor keselamatan haruslah dititkberatkan bagi menghindarkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Wajah keringan semua stesen setelah oppa berada dalam genggaman. Wajah biasa setelah mengharungi onak dan duri demi sebuah peranti. Kejayaan kedua bagi Choong 9M2CEI setelah berjaya pada malam sebelumnya bersama Weerut 9W2RUT di KLIA 2. Manakala Arul 9W2OCX dan Zahrin 9W2MDZ penemuan pertama bagi keduanya.

credits 9W2OCX

Maklumat di bahagian bawah peranti bagi model WxR-301D. Nombor siri adalah 2302105665. Tarikh tertera 2023.02 buatan Korea.
credits 9W2OCX

Wajah radiosonde yang baharu digunakan oleh Met Malaysia. Pasti menjadi buruan kami pemburu belon selepas ini. Walaupun banyak rintangan dan cabaran bermula ia lepas hingga mendarat tidak menjadi halangan. Kerjasama yang padu dari group dan pasukan di lapangan pasti membuahkan hasil yang gemilang.

credit 9W2FVC

Belon keempat berjaya dicari oleh Team SAR Kuantan di Jengka 25 pula. Mike Fox 9W2SMF turut turun kelapangan bagi membantu mencapai misi kedua mendapatkan peranti oppa. Radiosonde 2302103044 berjaya ditemui oleh Mike Fox 9W2SMF, Fitri 9W2FVC, SWL Mas dan SWL Ammar.

credits 9W2FVC

SWL Mas memegang peranti yang ditemui bergambar kenangan bersama ahli Team SAR yang lain.

credits 9W2FVC

Butir-butir maklumat peranti yang ditemui berada di bahagian bawah. Nombor siri yang tertera 2302103044.

credits 9W2FVC

Hasil tangkapan pada petang itu. Kelihatan belon pecah terjurai. Peranti radiosonde, buku catatan serta raspi dan rtl-sdr dikumpul setempat sebagai bahan bukti kejayaan.


Jarak 183m tertera pada tangkap layar GPS waypoint finder. Koordinat yang dipaparkan itu berada di Jengka 25.

credits 9W2SMF

Wajah sifu Mike Fox 9W2SMF berswafoto bersama peranti oppa yang pertama kali digenggami. Penggerak utama Team SAR Kuantan dalam merancang pembangunan kemajuan pemburu radiosonde di Pahang.

Tahniah kepada semua ahli Team SAR Central dan Team SAR Kuantan berjaya menambah koleksi radiosonde oppa menjadi 3 dan 4 unit. Kerjasama berpasukan amat penting bagi mencapai matlamat mendapatkannya walupun sesukar manapun.

73, Jojet de 9w2dya

Belon Kuantan dan KLIA dapat dijinakkan

credits 9W2FVC

 Semalam menjadi hari bersejarah bagi pemburu belon setelah dua belon berjaya ditemui. Hasil senjata baru yang diperolehi dari Sungai Buloh. Fitri 9W2FVC bersama harmonic telah berjaya menemui belon Kuantan model baru keluaran Weathex dari Korea.

credit 9W2FVC

Hasil tangkapan berjaya dikumpulkan bersama peralatan pemburuan yang bekerja dengan baik sekali. Isyarat masih lagi hidup walaupun misi pencarian agak lewat dimulakan. Ini menggambarkan bahawa model WxR-301D mempunyai ketahanan kuasa bateri lebih lama berbanding DFM-17.

credit 9W2FVC

Belon Kuantan tersangkut diatas pokok ladang kelapa sawit. Penemuan sulung ini telah menjawab segala persoalan. Hasilnya, sama seperti peranti DFM-17, ia tidak menggunakan payung terjun. Maka, mudahlah bagi pemburu belon untuk melancarkan misi pencarian.

credits 9W2FVC

Wajah kegirangan Fitri 9W2FVC bersama harmonic berjaya menemui peranti sulung model baru digunakan oleh Met Malaysia. Model WxR-391D dalam genggaman telah menjawab segala persoalan model baharu yang digunakan. Detik-detik ini mendebarkan kami para pemburu belon menanti berita gembira ini dalam group. Segala perkongsian dan idea dilontarkan oleh semua ahli bagi misi ini menjadi kejayaan bersama.

Koordinat belon Kuantan yang ditemui oleh Fitri 9W2FVC bersama harmonic. Merujuk google map lokasi kejadian berdekatan dengan Jalan Jerantut - Maran Nombor 64 dekat Kg SG Jempol.

credits 9W2FVC

Nota catatan direkodkan bagi rujukan masa hadapan. Tidak dilupakan bawa bersama hand-held bagi mengesan isyarat radiosonde ketika pencarian. Peranti Raspi dan rtl-sdr bekerja dengan cemerlang bagi mengesan koordinat terkini. Ini sangat membantu mempercepat misi pencarian. Tahniah! kepada Fitri 9W2FVC dan harmonic beliau berjaya menemui radiosonde yang pertama bagi model baharu oleh Met Malaysia.

credits 9W2MDZ

Sebelah malamnya pula, hasil cerapan feeder Nilai telah merekodkan altitud 123.2m. Ini menunjukkan belon KLIA telahpun selamat mendarat atas daratan. Peluang ini tidak dilepaskan oleh Weerut 9W2RUT dan Choong 9M2CEI untuk mendapatkan belon oppa yang kedua. Koordinat yang direkodkan oleh peranti Zahrin 9W2MDZ di Nilai adalah 2.7502 darjah Utara dan 101.6851 darjah Timur.

credit 9M2ZAK

Kedudukan belon Klia yang diukur oleh Zak 9M2ZAK berdasarkan koordinat yang terakhir itu. Ia jatuh bahagian utara KLIA 2. Jatuh dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan jalan sahaja.

credits 9W2RUT

Belon yang tersangkut serta peranti yang masih menyala lampu led merah menandakan ia masih lagi aktif. Kalau orang lain jumpa pasti terkejut melihat cahaya merah dalam gelap-gelita berserta belon putih yang menyeramkan.

credits 9M2CEI

Hasil tangkapan dibawa ke kedai bagi melepaskan lelah setelah mengharungi kegelapan malam dalam ladang kelapa sawit. Pada kali ini, belon oppa tidak menggunakan kayu pine dan belon kecil hijau bagi mengurangkan daya luncuran selepas belon pecah.

credit 9M2CEI

Weerut 9W2RUT melakukan bedah siasat pada peranti oppa. Ini penting untuk mengetahui keadaan dalaman peranti tersebut. Isi kandungan bahan yang digunakan boleh menjawab segala persoalan selama ini. Nampaknya, peranti oppa ini sangat sukar untuk dibuka melihat isi kandungannya.

credit 9M2CEI

Setelah berjaya digodek isi perut, kelihatan papan litar dan sebiji bateri sahaja yang digunakan. Sebiji bateri ini lebih tahan lama berbanding DFM-17 menggunakan dua bateri. Mungkin kuasa pemancaran digunakan kurang berbanding DFM-17 yang lebih tinggi. Penerimaan isyarat DFM-17 lebih mantap dan kuat berbanding WxR-301D yang kadang kala sukar untuk menerima isyaratnya.

Tahniah! kepada Weerut 9W2RUT dan Choong 9M2CEI atas kejayaan mendapatkan peranti kedua pada sebelah malam. Kejayaan memiliki peranti oppa ini, memudahkan ujikaji seterusnya dijalankan bagi memudahkan lagi misi pencarian seterusnya.  Bahan bukti sudah ditangan maka segala rahsia akan terbongkar jua. Maka mudahlah segala persoalan dapat terungkai untuk pembangunan pemburu belon menjalan misi.

73, Jojet de 9w2dya

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...