credits 9W2FVC |
Semalam menjadi hari bersejarah bagi pemburu belon setelah dua belon berjaya ditemui. Hasil senjata baru yang diperolehi dari Sungai Buloh. Fitri 9W2FVC bersama harmonic telah berjaya menemui belon Kuantan model baru keluaran Weathex dari Korea.
credit 9W2FVC |
Hasil tangkapan berjaya dikumpulkan bersama peralatan pemburuan yang bekerja dengan baik sekali. Isyarat masih lagi hidup walaupun misi pencarian agak lewat dimulakan. Ini menggambarkan bahawa model WxR-301D mempunyai ketahanan kuasa bateri lebih lama berbanding DFM-17.
credit 9W2FVC |
Belon Kuantan tersangkut diatas pokok ladang kelapa sawit. Penemuan sulung ini telah menjawab segala persoalan. Hasilnya, sama seperti peranti DFM-17, ia tidak menggunakan payung terjun. Maka, mudahlah bagi pemburu belon untuk melancarkan misi pencarian.
credits 9W2FVC |
Wajah kegirangan Fitri 9W2FVC bersama harmonic berjaya menemui peranti sulung model baru digunakan oleh Met Malaysia. Model WxR-391D dalam genggaman telah menjawab segala persoalan model baharu yang digunakan. Detik-detik ini mendebarkan kami para pemburu belon menanti berita gembira ini dalam group. Segala perkongsian dan idea dilontarkan oleh semua ahli bagi misi ini menjadi kejayaan bersama.
Koordinat belon Kuantan yang ditemui oleh Fitri 9W2FVC bersama harmonic. Merujuk google map lokasi kejadian berdekatan dengan Jalan Jerantut - Maran Nombor 64 dekat Kg SG Jempol.
credits 9W2FVC |
Nota catatan direkodkan bagi rujukan masa hadapan. Tidak dilupakan bawa bersama hand-held bagi mengesan isyarat radiosonde ketika pencarian. Peranti Raspi dan rtl-sdr bekerja dengan cemerlang bagi mengesan koordinat terkini. Ini sangat membantu mempercepat misi pencarian. Tahniah! kepada Fitri 9W2FVC dan harmonic beliau berjaya menemui radiosonde yang pertama bagi model baharu oleh Met Malaysia.
credits 9W2MDZ |
Sebelah malamnya pula, hasil cerapan feeder Nilai telah merekodkan altitud 123.2m. Ini menunjukkan belon KLIA telahpun selamat mendarat atas daratan. Peluang ini tidak dilepaskan oleh Weerut 9W2RUT dan Choong 9M2CEI untuk mendapatkan belon oppa yang kedua. Koordinat yang direkodkan oleh peranti Zahrin 9W2MDZ di Nilai adalah 2.7502 darjah Utara dan 101.6851 darjah Timur.
credit 9M2ZAK |
Kedudukan belon Klia yang diukur oleh Zak 9M2ZAK berdasarkan koordinat yang terakhir itu. Ia jatuh bahagian utara KLIA 2. Jatuh dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan jalan sahaja.
credits 9W2RUT |
Belon yang tersangkut serta peranti yang masih menyala lampu led merah menandakan ia masih lagi aktif. Kalau orang lain jumpa pasti terkejut melihat cahaya merah dalam gelap-gelita berserta belon putih yang menyeramkan.
credits 9M2CEI |
Hasil tangkapan dibawa ke kedai bagi melepaskan lelah setelah mengharungi kegelapan malam dalam ladang kelapa sawit. Pada kali ini, belon oppa tidak menggunakan kayu pine dan belon kecil hijau bagi mengurangkan daya luncuran selepas belon pecah.
credit 9M2CEI |
Weerut 9W2RUT melakukan bedah siasat pada peranti oppa. Ini penting untuk mengetahui keadaan dalaman peranti tersebut. Isi kandungan bahan yang digunakan boleh menjawab segala persoalan selama ini. Nampaknya, peranti oppa ini sangat sukar untuk dibuka melihat isi kandungannya.
credit 9M2CEI |
Setelah berjaya digodek isi perut, kelihatan papan litar dan sebiji bateri sahaja yang digunakan. Sebiji bateri ini lebih tahan lama berbanding DFM-17 menggunakan dua bateri. Mungkin kuasa pemancaran digunakan kurang berbanding DFM-17 yang lebih tinggi. Penerimaan isyarat DFM-17 lebih mantap dan kuat berbanding WxR-301D yang kadang kala sukar untuk menerima isyaratnya.
Tahniah! kepada Weerut 9W2RUT dan Choong 9M2CEI atas kejayaan mendapatkan peranti kedua pada sebelah malam. Kejayaan memiliki peranti oppa ini, memudahkan ujikaji seterusnya dijalankan bagi memudahkan lagi misi pencarian seterusnya. Bahan bukti sudah ditangan maka segala rahsia akan terbongkar jua. Maka mudahlah segala persoalan dapat terungkai untuk pembangunan pemburu belon menjalan misi.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment