Firefighter Cyberjaya Night Half Marathon 2014

credit Ikmal Putra
credit Ikmal Putra




credit Ikmal Putra


credit Ikmal Putra


credit Ikmal Putra


credit Ikmal Putra

credit Ikmal Putra



Group Eyeball Simpang Semarak (GESS) berjaya menggunakan APRS dalam bantuan komunikasi radio semasa Firefighter Cyberjaya Night Half Marathon pada Sabtu 24 Mei yang lalu.

Ternyata berkesan dalam pemantau pergerakan petugas semasa perjalanan aktiviti di samping penggunaan radio.

Contoh terbaik dan sangat berkesan dengan menggunakan APRS semasa aktiviti dijalankan.

Satu digipeater telah dipasang semasa  program ini iaitu stesen 9W2EDU-3

9W2SIS-912014-05-24 20:29:132014-05-24 20:29:13OJ02TV > OJ02TV2.1 km 165°2014-05-24 20:29:13
9W2DYA-12142014-05-24 22:52:152014-05-24 23:20:44OJ02UX > OJ02TV6.6 km 9°2014-05-24 22:52:15
9W2FTG-9362014-05-24 21:36:242014-05-24 23:18:31OJ02TW > OJ02TV3.1 km 320°2014-05-24 21:50:20
9W2YFS-9162014-05-24 20:01:182014-05-24 23:54:59OJ02TW > OJ02TV2.0 km 9°2014-05-24 22:20:27

Semasa aku dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada malam itu, tidak semena-mena mendapat packet dari stesen ini. Sebanyak 14 packet berjaya diperolehi melalui 9W2EDU-3.

Pada malam itu aku tidak monitor di V59 memandangkan akupun keluar berjalan. Singgah di Putrajaya melihat karnival belia pada tahun ini tidak sempat kerana telah lewat. Sempatlah melihat bunga api ketika seketika berada di sini.

Tahniah kepada semua ahli GESS berjaya mengendalikan bantuan komunikasi radio bagi memudahkan perjalanan aktiviti pada malam itu. Ternyata penggunaan APRS sangat membantu dan berkesan melancarkan segala perjalanan program selain penggunaan radio dua hala atau voice.

Penggunaan digital mode seperti APRS adalah amat penting bagi melengkapkan perhubungan antara satu sama lain. Ia melicin dan mempercepatkan urusan dalam mengendalikan sesuatu acara seperti ini agar berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kerjasama yang erat setiap ahli memudahkan segala tugasan dan arahan. Tahniah semua.

73, Jojet, 9W2DYA


9M2TPT-8 telah berjaya ditangkap beaconnya


Berdasarkan dari maklumat group whatsapp MyAPRS pada hari akan diadakan demo APRS dan SDR di Pusat Permata Pintar Negara UKM Bangi. Ia akan bermula jam 9 pagi hingga 11.00 pagi.

Stesen 9W2DYA berjaya mendapat beacon dari 9M2TPT-8 dalam perjalanan ke sini. Berdasarkan pemantaun stesen ini teruskan mengaktifkan walaupun selamat tiba ke tempat yang dituju.

Kedudukan atas bukit telah mencatat altitud sehingga 120 meter dari aras laut. Kedudukan tinggi ini membolehkan 9W2DYA menerima beacon dengan mudah.

9M2TPT-8172014-05-22 09:23:472014-05-22 09:52:02OJ02VW > OJ02VU8.6 km 321°2014-05-22  09:23:47

17 packet berjaya diperolehi melalui 9M2TPT-8 yang berada di UKM. Semoga berjaya kepada Hamid 9M2TPT yang menunjukkan demostrasi itu.

73, Jojet, 9W2DYA

Bahan presentation tentang APRS oleh 9W2SMF di Seminar APRS


What is APRS?

APRS stands for Automatic Packet Reporting System (although it is frequently also called Automatic Position Reporting System.)

APRS was developed in the early 1990's by Bob Bruninga, WB4APR, for tracking and digital communications with mobile GPS equipped stations utilizing Amateur two-way radio.

Bob Bruninga – “Father of APRS”

His first experimental protocol was run on a VIC-20 program in 1984 to report the position and status of horses in a cross country endurance run for AMRAD

He developed the current APRS protocol as part of his research for the US Navy while an Instructor at the Naval Academy in Annapolis, MD. to assist in tracking boats in races on the local waterways.

The predecessor to the current “APRS” protocol was named APLS and released in 1991.

 In the 13 years since its introduction, he has helped APRS to grow to the extent that it now encompasses just about every aspect of Amateur Radio.

He is still very active today, and continues to provide support and set standards.

What is APRS all about?

The APRS System was developed in order to assist amateur radio operators in tracking and monitoring position data.

APRS is used daily in order to assist in Search and Rescue through its tracking capabilities.

An original intent for APRS is its messaging capabilities, which can work even in a disastrous time when the Internet is down.

APRS can be used to transmit location data, course and speed info, and weather information in a timely fashion using a packet network.

More “About APRS”….
The Automatic Packet Reporting System consists of a very large land based wireless network.

This network has nodes nearly every 20-30 miles that relay signals through digipeaters.

APRS is used in space to track satellite data and GPS information from onboard GPS receivers.

It is also used to monitor telemetry values of weather stations for the National Weather Service (NWS)

APRS has the capability to quickly relay telemetry values to research centers without the Internet.

Different than Regular Packet

It uses graphical mapping and other data displays.

All communications use a “one-to-many protocol” so everyone is updated in real time.

Generic digipeating so knowledge of the network isn’t required.

APRS turns packet radio into a real-time tactical communications and display system for emergencies and public service applications.

What Equipment is required?

APRS was developed to work in a mobile environment, so it was designed to only use three pieces of hardware.

This consists of a transmitter/receiver (Transceiver), a Global Positioning System (GPS), and a terminal node controller (TNC).

Basic Equipment

A VHF Amateur Radio Transceiver operating on 144.390 Mhz. (USA).

Must be a “transceiver” as APRS uses a collision detection system to know when to send data.

Range of coverage depends on the power of the transmitter.

A standard GPS (Global Positioning System) unit.

There are 24 orbiting satellites used to pinpoint anyone's specific geographic location.

They also provide ground speed and altitude measurements.

Current accuracy ranges from 1-5 feet.

A TNC which is basically a radio (or “RF”) modem.

The TNC connects the transceiver to a GPS converting it’s data into AX.25 Packet protocol.

“TinyTracs” are simple “Transmit Only” stand alone APRS TNCs




Pertandingan Bowling 2014 SMKBTHO2 Sempena Hari Guru



Sempena Hari Guru pada hari ini Sekolah Meneangah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras telah mengadakan pertandingan bowling. Ia dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf yang diadakan di gelanggang bowling  Mines Sungai Besi.

Sebanyak 14 line telah digunakan bagi 4 orang sekumpulan. Kategori berkumpulan dan individu lelaki dan perempuan dipertandingkan.


Syukur aku berjaya menggondol tempat kedua dalam individu lelaki dan tempat ke-empat kategori kumpulan. Aku bersama Kak Sapiah, Kak Laili dan Rosmaniah dalam line 4. Walaupun line ini banyak masalah teknikal akhirnya kumpulan kami berjaya mendapat tempat keempat juga.


Hadiah disampaikan oleh Pengetua Tuan Haji Hassan bin Che Ling setelah keputusan rasmi dikeluarkan. Tahniah kepada pemenang yang gagal boleh cuba lagi di masa hadapan.

73, Jojet, 9W2DYA


Bukit Mahkota Trail


Cuti umum hari ini aku berkesempatan untuk mencuba Mahkota Challenge Park ala-ala Putrajaya Challenge Park. Trail mountain bike ini  dirintas oleh Pak Din Nordin yang aktif dalam rekreasi luar. Pada hari ini dapat bersalaman didaratan bersama beliau dan tiga rakan lagi.



Aku memandu jelopi ke Seksyen 3 Bandar Bukit Mahkota Bangi dari base. Meletakkannya dideretan kedai di sini dan melintas jalan untuk ke pintu masuk trail.



Setelah mengesetkan RunKeeper untuk mengukur aktiviti solo trekking pada pagi ini, akupun bergerak mengikut penanda dan jejak tayar basikal. Tepat jam 8.00 pagi akupun mula bergerak untuk menikmati cabaran yang akan dilalui. Kawasan berhampiran dengan tasik yang agak besar di Bukit Mahkota ini. Terdapat dua pemancing yang leka menunggu umpannya dimakan.



Seterusnya perjalanan melalui kawasan pokok yang pernah terbakar ketika kemarau beberapa bulan yang lalu. Trail masih lagi di pinggir tasik yang penuh dengan tumbuhan yang membiak dipermukaannya menyebabkan keluasannya semakin kecil.


credit Deen Diamondback
Ketika asyik berjalan disimpang aku berjumpa Deen Diamondback bersama gergajinya untuk kerja-kerja menyelenggara trail akibat ribut dan hujan pada petang semalam. Beliau telah mengambil gambarku di atas. Terima kasih bang dan mencadangkan aku mengikut reverse trail kerana sesuai untuk xtvt hiking kerana akan mendaki bukit terlebih dahulu.



Selepas beberapa langkah atas info yang diberikan akupun bertemu titi pertama yang hampir rosak akibat banjir kilat semalam. Akupun melintas dengan penuh berhati-hati kerana beberapa rider pernah jatuh di sini. Selepas melintas terus berjalan dipinggir tasik hingga aku terlihat jambatan di  tasik kecil Rumah Kelab.



Sungguh besar tasik ini rupanya perjalanan masih tetap bersamanya. Jambatan yang dilihat itu menandakan berdekatan dengan kawasan Rumah Kelab.



Selepas melepasi kawasan pinggir tasik tibalah kita memasuki kawasan hutan kecil apabila bertemu dengan anak sungai kecil yang mengalir agak deras. Kelihatan beberapa ekor ikan berenang-renang di dalamnya.



Anak sungai ini tiada titi dibina bagi menghasilkan cabaran kepada rider untuk melintasinya. Maklumat daripada Pak Din kemungkinan titi akan dibina bagi memudahkan pergerakan.



Perjalanan diteruskan memasuki kawasan hutan kecil dan mula mendaki di kawasan bukit. Penanda yang tergantung di tempat strategik memudahkan pergerakan aku. Kelihatan batu-batu semulajadi tersusun di kawasan bukit itu. Puncaknya aku lihat merupakn kawasan lapang yang agak lembap.

Seterusnya menuruni ke simpang Hard Loop dan Easy Loop yang menjadi pilihan rider mengikut tahap kecergasan dan pengalaman mereka. Bagi aku hard loop memanglah mempunyai tahap kesukaran yang tinggi selepas melepasinya tadi.



Selepas simpang itu, kelihatan titi yang kedua yang kukuh berbanding titi pertama tadi. Aliran anak sungai dilembah bukit memberi satu cabaran yang hebat bagi mengawal basikal. Pada pagi ini tidak dinafikan sepanjang perjalanan agak licin akibat hujan semalam.



Jikalau gagal mengendalikan basikal dengan  baik dan hilang kawalan pasti boleh terjatuh. Titi yang mantap ini, memberikan sejuta keseronokan semasa menunggang di atasnya.



Melewati titi kedua pendakian di kawasan lalang menyejukkan mata memandang. Ia seolah-olah berada di Bukit Broga merupakan lalang yang tumbuh melata di atas bukit.



Malalui kawasan lalang di pagi yang indah memukau mata yang memandang. Perjalanan diteruskan serta puncak kelihatan dihadapan mata nun jauh di sana. Pergerakan semakin laju kerana tidak sabar untuk melihat pemandangan di puncak bukit walaupun kecerunan semakin tinggi.



Ketika melalui ke kawasan puncak aku terpandang sebatang pokok yang mempunyai sarang serangga. Kelihatan seperti tebuan akupun tidak pasti. Oleh itu, para rider sekalian selepas menuruni dari puncak bukit agar berhati-hati dengan sarang serangga ini dikhuatiri tebuan yang amat bahaya  serta boleh membawa kepada maut jika ia menyerang. Harap itu bukanlah sarang tebuan kerana sarang itu boleh dikatakan besar juga.



Pendakian diteruskan melalui kawasan lalang yang menghijau dengan dihiasi beberapa batang pokok yang memagari pemandangan. Memang cantik sekali apabila dapat melihat pemandangan seperti ini.




Puncak semakin menghampiri dan pemandangan indah menyaji mata yang memandang. Kelihatan pemandangan kawasan perindustrian Nilai di depan mata. Puncak menyajikan pemandangan 360 darjah yang sangat cantik. Kawasan persekitaran Bandar Bukit Mahkota dapat dilihat dari sini. Memang memberi kepuasan apabila dapat melihat pemandangan ini. Data dari RunKeeper menunjukkan puncak ini berketinggian 78 meter dari aras laut. 



Pemandangan 360 darjah sememangnya tidak dapat dilupakan ketika mentari menyinarkan cahayanya. Selepas berpuas hati melihat keindahan aku turun ke bawah sedikit dan berteduh dibawah pohon di situ. Kelihatan kelibat seseorang dari trek di bawah sana.




Oh rupanya hari ini aku tidak keseorangan di sini. Selepas beberapa ketika rupanya Abang Deen bersama gergajinya yang berjalan sedang memantau trail. Selepas itu, disusuli pula Pak Din yang mangayuh basikalnya.



Maka kamipun berbual-bual tentang keadaan trail pada pagi ini. Selepas itu kelibat dua orang rakan sedang berkayuh dari bawah nun jauh di sana.



Ternyata Pak Din memang mempunyai pengalaman yang tinggi dalam kayuhan ini. Banyak maklumat yang diberi tentang perkembangan dan masa depan MCP ini.


Dua orang kuat merupakan tulang belakang kepada pembangunan trail dan xtvt berbasikal di Bukit Mahkota. Melihat kepada potensi trail ini sangat baik untuk dikembangkan menjadi satu pilihan kepada rider untuk menguji jentera dan kemahiran diri di sini.


Keadaan topografi yang terdapat dua buah bukit memberi cabaran besar untuk mengujinya. Keadaan permukaan yang beralun dan berair dan lembap menguji kemahiran yang tinggi.


Kata pakar sekurangnya dua loop baru memberi cabaran dan kepuasan tersendiri bagi yang pernah melaluinya. 


Setelah bersembang seketika bersama-sama, semua orang meneruskan haluan masing-masing. Aku ada mengaktifkan radio dan cuba memanggil di V40 dan V66 tetapi sahutanku tidak dijawab pada pagi itu. Mungkin kuasa pancaranku tidak kesampaian sekurang-kurangnya rakan lokalan boleh menjawab. Setelah gagal CQ akupun teruskan perjalanan menuruni puncak ke puncak bukit kedua di hadapan melalui kawasan lalang.


Puncak kedua berada di hadapan mata, jika mengayuh pasti tercungap juga. Semasa melalui kawasan ini, di sana kelihatan beberapa rider sedang berkumpul di situ.


Mereka berehat seketika bagi melepaskan lelah sambil menunggu rakan yang belum kunjung tiba di belakang. Aku sempat bersalaman dengan mereka kelihatannya penunggang yang cukup berpengalaman dari pelbagai usia.


Selepas semua bergerak akupun meneruskan perjalanan turun ke bawah berselisih dengan  dua rakan yang berkayuh tadi termasuklah Pak Din. Mereka membuat dua pusingan rupanya pada pagi itu. Perjalanan di teruskan hingga ke pintu masuk tadi dan selisih dengan pemancing yang leka memancing di tasik.

Data Run Keeper menunjukkan masa yang dicatat adalah 1:20:32 dengan jarak 4.27km. Pada xtvt itu jumlah kalori yang dibakar adalah 315. Purata kelajuan aku adalah 18:50min/km. Catatan jam tangan sepanjang aktiviti ini adalah 1:44:27 dan seterusny pulang ke kereta dang singgah sarapan di Asik Maju.

Rupanya rakan-rakan yang berkayuh tadi turut berehat di Asik Maju termasuklah Pak Din. Sememang trail ini sangat bagus dan menarik untuk di terokai dan dicuba. Akhir kata terima kasih kepada Pak Din dan Deen kerana membenarkan aku mencubanya.

73, Jojet, 9W2DYA

9W2BHL-9 berjaya ditangkap beaconnya.

9W2BHL-9 Abg Farid Tok Janggut GESS berjaya mendapat satu packet ketika melalui LEKAS highway.

9W2BHL-912014-05-11 13:27:392014-05-11 13:27:39OJ02VW > OJ02VU5.6 km 23°2014-05-11
13:27:39



Sepanjang perjalanan ke Seremban melalui LEKAS beliau juga mendapat packet melalui digipeater 9W2AKY-3 di Seremban.

Digipeater ini membantu mendapatkan packet sepanjang perjalanan walaupun ada 9M4RTB-3 di Gunung Telapak Buruk.

Jadi jika melalui LEKAS kini 9W2AKY-3 dapat membantu perjalanan hingga ke Seremban mendapat packet dengan baik.

73, Jojet, 9W2DYA


Igate 9W2TS di Kajang

9W2PSC-912014-05-05 10:06:362014-05-05 10:06:36OJ03UC > OJ02VX16.9 km 314°2014-05-05 10:06:36
9W2XYX-932014-05-08 18:43:512014-05-08 19:09:34OJ03UC > OJ02VX14.3 km 315°2014-05-08 18:43:51
9W2DYA-12272014-05-08 11:27:092014-05-08 19:14:57OJ03UA > OJ02VX10.3 km 291°2014-05-08 11:32:51
9W2NCP-912014-05-08 19:14:442014-05-08 19:14:44OJ03UA > OJ02VX9.7 km 279°2014-05-08 19:14:44

9W2TS Pak Saad telah mengaktifkan Igatenya di base station Kajang. Hari ini 9W2DYA-12 telah mendapat 27 packet melalui stesen ini. Pada sebelah tengahari ketika ke saltmine aku mendapat 8 packet.

Aku telah sms melalui whatsApp memberitahu tentang Igatenya berjaya mendapat 8 packet. Rupa-rupanya beliau telah memantau pergerakan aku.

Menurut beliau telah mencuba menggunakan antena V24 dan Slim jim dan dapat bekerja dengan baik sekali. Nampaknya Igate ini telah berjaya membuat liputan ke kawasan Cheras Kajang.

Nampaknya hasil dari Seminar tempoh hari telah menambah minat rakan ham bekerja dengan APRS pula. Menurut beliau lagi berminat untuk mencuba tracker pula. Aku telah memberi trafik tentang kepada siapa boleh mendapatkan tracker itu.

Bermula dengan APRSdroid dan UI-View32, terus melangkah lebih jauh bagi meneroka lebih banyak lagi radas atau aplikasi dalam aprs.

Sememangnya ia bukan syok sendiri, kerana kita dapat meneroka lebih banyak ilmu bila mencuba sesuatu yang baru. Ilmu itu tiada had batasannya selagi kita berani meneroka dan mencubanya.

Radio amatur mengajar kita belajar sesuatu tanpa batasan kerana setiap hari pasti ada perkara baru dapat diperolehi.

Sebelah petang selepas balik dari saltmine, merujuk kepada data stesen ini telah menambah dua lagi stesen baru iaitu 9W2XYX-9 dan 9W2NCP-9. Kedua stesen ini merupakan lokalan Cheras Selangor.

Tahniah kepada Pak Saad kerana berjaya mengaktifkan Igatenya menggunakan radio. Walaupun beliau lebih senior daripada aku tanpa segan silu sanggup belajar untuk mendalami ilmu yang baru. Perkongsian ilmu yang ada dapat mengembangkan lagi pengetahuan yang ada dan boleh meluaskan kepada semua pihak.

Maka APRS ini akan terus berkembang dan diperluaskan kerana ia agak baru bagi kebanyakan rakan ham di Malaysia. Hanya beberapa kelompok, lokalan dan tempat sahaja ia diminati. Usaha berterusan dibuat seperti Seminar baru-baru ini menjadi batu loncatan agar ia terus berkembang lebih meluas lagi.

73, Jojet, 9W2DYA


9W2AZX-9 dapat ditangkap beaconnya.

9W2AZX-9 dapat ditangkap apabila melalui Elite dari Nilai. Pemantaun yang dibuat menunjukkan ketika mendaki hala ke Shah Alam berjaya mencapai antena base aku. 2 packet berjaya diperolehi ketika melalui lebuhraya ini.

9W2AZX-922014-05-07 21:47:212014-05-07 21:50:54OJ02VT > OJ02VU5.1 km 204°
   

Perjalanan bermula dari Desa Casuarina terus keluar ke Nilai Utara. Ketika melalui Elite di atas bukit berjaya mencapai igate 9W2DYA.

73, Jojet, 9W2DYA

Atlet SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 beraksi di Balapan dan Padang MSSM 2014

credit Noor Hisyam Jaini
credit Noor Hisyam Jaini

credit Noor Hisyam Jaini

credit Noor Hisyam Jaini
credit Noor Hisyam Jaini

Muhamad Nazeem kiri sekali sebelah Muhamad Aidil Amin bekas pelajar yang kini berada di Sek Sukan Selangor

Muhamad Nazeem dua dari kanan
credit Noor Hisyam Jaini

Atlet SMKBTHO2 Muhamad Nazeem Abd Wahab berjaya menggondol pingat gangsa acara 100m catatan 11.22 saat dan emas dalam acara 4x100m lelaki bawah 15 tahun. Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua Jurulatih Selangor yang bertungkus-lumus menggilap bakat sehingga mencapai ke tahap yang membanggakan ini. Harap bakat yang ada akan berterusan sehingga masa hadapan.

Masih dapat text bersama 9W2OTG-5


Malam ini sekali lagi dapat text bersama 9W2OTG-5 melalui aprs.
Cubaan menghantar audio gagal di channel simplex V66. Beliau tidak mendengar audioku. Tak kesampai ke Nilai signal aku.

Semasa mengaktifkan RF kedengaran bunyi packet semasa text dihantar agak berbeza sedikit daripada kebiasaannya. Segala bunyi dalam digital mode adalah data itulah aku belajar masa seminar APRS yang lepas.

Semua jenis mode digital mempunyai bunyi yang tersendiri itu kesimpulan yang dapat dibuat apabila pembentangan Abg Salleh 9W2STT/M0GJE tentang digital mode. Selama ini hanya teori dalam pembacaan sahaja, tetapi dalam seminar ini baru dapat didedahkan tentang pelbagai jenis dalam mode digital.

Mode digital ini menyebabkan radio amatur bertambah menarik dan berkembang berbanding hanya menggunakan suara sahaja. Ia menarik minat generasi baru yang lebih terdedah dengan sains dan teknologi yang semakin dan sentiasa berubah. 

Sebenarnya menarik dapat meneroka sesuatu yang baru yang tidak terbatas dalam digital mode ini. Hanya dengan kesungguhan dan minat pasti perkara baru dapat diterokai.

73, Jojet, 9W2DYA

Text melalui APRS bersama 9W2OTG-5

Malam ini 5 Mei 2014 dapat seorang lagi rakan baru melalui text di APRS. 9W2OTG-5 Sham dari Johor baru tiba di Nilai untuk berkursus.

Beliau menggunakan APRSdroid dan cuba menghantar mesej dan dijawab olehnya. Selepas tip yang diberi oleh 9W2RUT masa seminar lalu baru aku tahu cara untuk menghantar mesej dengan tukar port kepada i. No satu untuk RF manakala untuk internet guna i. Akhirnya menjadi pula untuk text pada malam ini.

Terima kasih Weerut 9W2RUT atas tip yang diberikan amat berguna sekali.

73, Jojet, 9W2DYA

9W2JEK-9 berjaya ditangkap beaconnya.

9W2JEK-932014-05-02 23:31:282014-05-02 23:33:30OJ02VU > OJ02VU6.4 km 253°2014-05-02
23:33:30


Pada malam ini 9W2JEK-9 berjaya mendapat 3 packet ketika melalui lebuhraya PLUS dan ELITE.

Heading to MYAPRS SIG Event 3 May 2014

Itulah komen stesen ini dalam perjalanan ke Seminar APRS yang akan diadakan pada hari esok di Shah Alam. Beliau bersama 9W2ZXZ-9 yang menggunakan APRSdroid.

Aku juga akan ke sana esok dan berkonvoi bersama 9W2KHQ-8. Kami akan berjanji pada jam 8.30 pagi berkumpul di Petronas Astro.

Harap esok dapat menambah lagi pengetahuan APRS dan juga radio amatur amnya.

73, Jojet, 9W2DYA


Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...