Firefighter Cyberjaya Night Half Marathon 2014

credit Ikmal Putra
credit Ikmal Putra




credit Ikmal Putra


credit Ikmal Putra


credit Ikmal Putra


credit Ikmal Putra

credit Ikmal Putra



Group Eyeball Simpang Semarak (GESS) berjaya menggunakan APRS dalam bantuan komunikasi radio semasa Firefighter Cyberjaya Night Half Marathon pada Sabtu 24 Mei yang lalu.

Ternyata berkesan dalam pemantau pergerakan petugas semasa perjalanan aktiviti di samping penggunaan radio.

Contoh terbaik dan sangat berkesan dengan menggunakan APRS semasa aktiviti dijalankan.

Satu digipeater telah dipasang semasa  program ini iaitu stesen 9W2EDU-3

9W2SIS-912014-05-24 20:29:132014-05-24 20:29:13OJ02TV > OJ02TV2.1 km 165°2014-05-24 20:29:13
9W2DYA-12142014-05-24 22:52:152014-05-24 23:20:44OJ02UX > OJ02TV6.6 km 9°2014-05-24 22:52:15
9W2FTG-9362014-05-24 21:36:242014-05-24 23:18:31OJ02TW > OJ02TV3.1 km 320°2014-05-24 21:50:20
9W2YFS-9162014-05-24 20:01:182014-05-24 23:54:59OJ02TW > OJ02TV2.0 km 9°2014-05-24 22:20:27

Semasa aku dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada malam itu, tidak semena-mena mendapat packet dari stesen ini. Sebanyak 14 packet berjaya diperolehi melalui 9W2EDU-3.

Pada malam itu aku tidak monitor di V59 memandangkan akupun keluar berjalan. Singgah di Putrajaya melihat karnival belia pada tahun ini tidak sempat kerana telah lewat. Sempatlah melihat bunga api ketika seketika berada di sini.

Tahniah kepada semua ahli GESS berjaya mengendalikan bantuan komunikasi radio bagi memudahkan perjalanan aktiviti pada malam itu. Ternyata penggunaan APRS sangat membantu dan berkesan melancarkan segala perjalanan program selain penggunaan radio dua hala atau voice.

Penggunaan digital mode seperti APRS adalah amat penting bagi melengkapkan perhubungan antara satu sama lain. Ia melicin dan mempercepatkan urusan dalam mengendalikan sesuatu acara seperti ini agar berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kerjasama yang erat setiap ahli memudahkan segala tugasan dan arahan. Tahniah semua.

73, Jojet, 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...