Radiosonde D22034548 jatuh di Mantin


 Pada 25 Jun 2023 belon KLIA Radiosonde D22034548 telah jatuh di Mantin. Ia jatuh pada pukul 22:29 malam. Oleh kerana jatuh berhampiran dengan base station Tn Hj Din Mega 9M2DGA, trafik telah disampaikan kepada beliau melalui wasap.

Credits 9M2DGA

Hasil maklumat yang diberi beliau telah berjaya mendengar audio radiosonde dari besenya. Frekuensi 401.110MHz masih lagi aktif pada malam tersebut. Arul 9W2OCX turut berjaya menghubungi Abg Din 9M2DGA untuk melancarkan operasi SAR malam itu juga.

Credits 9W2OCX

Arul 9W2OCX bersama Abg Din 9M2DGA berjaya menghampiri lokasi pencarian. Mereka telah berjaya mendapat koordinat baru menggunakan peranti rdzTTGOsonde milik Arul 9W2OCX.

Credits 9W2OCX

Suluhan lampu ke arah belon dijangka mendarat. Halangan pagar dan kawasan semak menyebabkan operasi SAR malam itu ditanguhkan keesokan harinya. Berbaki jarak 66.9m untuk mendapatkan peranti.


Jarak 101m merupakan jarak titik akhir ke koordinat baru yang dikuncikan menggunakan peranti rdzTTGO sonde. Jarak 101m bagi altitud ketinggian terakhir 298m. Jenuh juga nak mencari jikalau tidak datang untuk mendapatkan koordinat baru. Lebih-lebih lagi jatuh di kawasan hutan belukar.

Credits 9W2OCX

Akhirnya keesokan harinya peranti berjaya ditemui. Kelihatan Abg Din Mega 9M2DGA berjaya menggenggam perantin radiosonde yang jatuh malam sebelumnya. Cuma belon tidak ditemui ketika itu.

Credits 9W2MDZ

Laporan penemuan radiosonde D22034548 telah dibuat oleh Arul 9W2OCX di laman sesawang Sondehub. Maka termaktublah bahawa Abg Din 9M2DGA telah diiktiraf mendapat lesen belon.

Credits 9M2DGA
Meraikan kejayaan bersama, Abg Din 9M2DGA menjamu tetamu Arul 9W2OCX dibase stationnya. Sedapnya air oren ketika WX panas begini.

Credits 9W2OCX

Kelihatan belon yang masih besar tidak bocor ketika tersangkut pada pokok. Mana tidaknya! penerbangan malam itu sehingga mencecah ketinggian altitud maksimum 9834m sahaja. Ia sangat rendah dan tersasar dari laluan yang kebiasaannya mengarah ke Selat Melaka kini.


Rakaman video Arul 9W2OCX ketika telah menemui belon yang besar tersangkut pada pokok. Menurut Arul 9W2OCX lagi, pelancaran drone akan dibuat bagi mengenal pasti pokok yang tersangkut tersebut.

Credits 9M2DGA

Satu sudut pandangan belon yang besar diambil oleh Abg Din Mega 9M2DGA di atas pokok tersangkut. Sekali pandang pastilah kita tak perasan belon tersebut.


Satu lagi rakaman video oleh Abg Din Mega 9M2DGA operasi SAR belon menggunakan drone. Rakan Ham dari Nilai sanggup turun ke Mantin untuk mengenal pasti lokasi tepat belon jatuh pada pokok yang mana satu.


Akhirnya belon KLIA yang tersangkut telah berjaya dibawa turun dengan bantuan Orang Asli dengan memanjatnya. Semangat kerjasama antara satu sama lain berjaya membawa turun belon yang tersangkut itu. Tahniah kepada semua stesen yang terlibat hingga berjaya membawa pulang set lengkap radiosonde D22034548. 
Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah hingga ke pangkal lengan. Tahniah! semua anda hebat!

73, Jojet de 9w2dya

Renew Lesen Radio Amatur

 Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023

Sila Daftar eSPECTRA SKMM ✅Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini diperlukan utk daftar eSPECTRA nanti. Hantar email ke alamat: espectra.support@mcmc.gov.my ...................................... Perkara: Memohon Shared Secret eSpectra Butiran Stesen Amatur Nama Penuh: Callsign: Client No: Sekian terima kasih ...................................... ✅ Selepas dapat email balasan mengandungi SHARE SECRET... anda boleh teruskan proses pendaftaran eSPECTRA di sini https://espectra.mcmc.gov.my/ ✅Selesai daftar ePECTRA... Boleh proceed untuk buat renewal AA up to 31.12.2028 @ 5 tahun dengan pengecualian bayaran fi proses & fi tahunan AA.. ✅ Selepas permohonan renewal AA berjaya, sila email butiran seperti di bawah ke alamat e-mel : https://espectra.mcmc.gov.my untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak SKMM. ...................................... Perkara/Subjek: Pembaharuan AA melalui e-SPECTRA Nama : No. Permohonan (Application No.) : Cara penghantaran Sijil AA : Pos/ Serahan Tangan Sekiranya Pos, sila nyatakan alamat pengeposan. ..................................... Semoga berjaya renewal AA anda.

Sumber Cikgu Husairy 9M2VVH

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...