Treasure Hunt

Pada 27 November yang lalu aku dipanggil oleh rakanku untuk menjadi marshal untuk xtvt Treasure Hunt di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.9M2SSP selaku pengarah program mengarahkan aku jadi sweeper menyapu semua peserta hingg tamat ke garisan tamat. Selain berkenalan juga rakan ham Abg Ali 9W2CFN base di Kuantan sedang portable di Sungai Buloh. Jelopi abg ali telah jadikan pusat komunikasi oleh Usop sebagai pengarah. Peserta terdiri dari mahasiswa dari Unisel  melibatkan 23 pasukan yang terdiri 4 orang sepasukan. Acara bermula dari Amphitheather dan  terus ke permulaan jalan ke Camar Rimba jalan batu bata. CP 1 peserta menyelesaikan tugasan mengasingkan kacang hijau, kacang dal ke dalam bekas di sediakan.
Kemudian peserta terus ke CP2 dipersimpangan ke empangan air kuning untuk tugasan seterusnya. CP 3 pula di empangan air kuning peserta melastik pokok bermacam gelagat dapat dilihat. Bukan senang hendak melastik rupanya kerana memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Seterusnya meredah trek ke Empangan Sungai Baru untuk CP4 iaitu jigsaw puzzle. Habis selelsai tugasan ke CP5 terpaksa trekking di kawasan berbukit untuk ke CP5 membuat layang-layang. Patah balik ke empngan sungai baru melalui trek yang sama untuk ke CP6 di tempat letak kereta dan di CP7 melakukan tugasan mendayung kayak dan menuruni tembok untuk abseiling. Hinggalah ke garisan penamat di tempat permulaan semula.
73, Jojet, 9W2DYA

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...