QSO bersama Abg Johan 9W2PJH di bukit Taman Saujana Hijau

Petang tadi sempena cuti umum Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Sempat ke Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya.



Percubaan untuk mendapat contact di bukit paling tinggi di Taman Saujana Hijau. Oleh kerana terletak di Putrajaya. Sudah semestinya V38 145.475MHz menjadi plihan utama.


Ternyata pemilihan tepat dilakukan memandangkan panggilan aku dijawab oleh Abg Johan 9W2PJH. Rupanya beliau baru tiba dari Eco Majestic, Semenyih. QSO dari tempat letak kereta basenya.


Blok pangsapuri bersebelahan bukit sahaja. Beliau berada di bawah manakala aku berada di atas bukit. Penerimaan pastilah readabilty 5/9. Jarak antara kami terlalu dekat.


Menurut Abg Johan V38 sentiasa ada stesen monitor. Mungkin disebabkan cuti pada hari ini, maka ramai stesen yang keluar bagi memenuhi tugasan masing-masing.


Menurut beliau lagi, basenya di tingkat 3 tetapi antena berada di bahagian atas bangunan pangsapuri. Tidak hairanlah audio 9W2PJH boleh kedengaran hingga ke Kajang. Kelebihan muka bumi yang berbukit serta rumah pangsapuri yang bertingkat-tingkat. Memberi satu kelebihan untuk memancar lebih jauh berkilometer.


Aku seperti biasa menggunakan handheld Baofeng dengan antena Nagoya NA-771 untuk bekerja.


Base abg Johan 9W2PJH antara 3 blok dihadapan berada sebelah kanan sekali. Ada antena menjulang tinggi di bahagian atas sekali bangunan itu. Terima kasih Abg Johan atas menjawab sahutan tadi. Ada kelapangan boleh bertemu lagi di udara.

jumpa dan jumpa lagi....

73, Jojet de 9W2DYA

DL2AKT-5 di KLIA

Pagi ini kelihatan stesen DL2AKT-5 di KLIA.


QSO bersama Hamdan 9W2HXO di Ecohill

Petang semalam beriadah di Ecohill yang menyajikan pemandangan 360 darjah. Ketinggian puncak bukit lebih 90m dari aras laut.

Menggunakan handheld Baofeng bersama antena Nagoya NA-771 cuba memanggil-manggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan. Cubaan beberapa kali di mana-mana frekuensi dengan harapan ada rakan menyahut panggilan ini.

Rupanya abg Hamdan 9W2HXO cuba menjejak panggilan tetapi gagal. Ketika itu berada di puncak bukit duduk ditengah-tengah. Audio abg Hamdan 9W2HXO berjaya menjawab panggilan di V66 147.495MHz. Cubaan lepak diV66 adalah Ecohill berada di Semenyih. Maka, tidak sangka rupanya ada rakan V66 Semenyih monitor di situ.

Lebih 6:30 petang bermulalah QSO bersama abg Hamdan 9W2HXO. Rasanya pertama kali QSO bersama beliau yang mempunyai AA sejak 1986. QTH beliau di Pekan Semenyih.
Aku pada bermula ditengah-tengah bukit duduk dibangku terus berubah ke tepi bukit menghadap Pekan Semenyih.

Abg Hamdan 9W2HXO memberi signal report readability 5 dan strenght 9 apabila aku mengubah kedudukan. WX petang  adalah cerah dan berangin di puncak bukit itu. Line of sight propagation apabila gelombang radio memancar terus tanpa halangan kepada stesen lain. Bersifat lurus dan memancar baik apabila tiada halangan. Lebih-lebih lagi berada di kawasan tinggi ke arah bawah memudahkan pemancaran berjalan dengan baik. Penjelasan dan perkongsian dengan Abg Hamdan 9W2HXO apabila aku mengubah kedudukan.

Analoginya melihat ke bawah dari puncak sangat mengasyikkan. Begitulah gelombang radio dapat bergerak laju sampai ke radas yang lain apabila tanpa halangan. Umpamanya kita nampak setiap objek dengan jelas di bawah apabila kita berada di atas.

Jikalau penerimaan RX kurang jelas bermaksud ada halangan ketika melaluinya. Kebijaksanaan penggunaan antena yang baik dan sesuai mungkin serba sedikit dapat membantu. Beliau menggunakan Yagi 5 elemen setinggi 45 kaki. Tidak hairanlah beliau dapat menerima dengan baik dan jelas. Turut penggunaan radas Yeasu pasti membantu. Namun tidak semesti radio yang berjenama dapat bekerja dengan baik jikalau cara pemasangan dan penggunaan antena tidak sesuai lebih-lebih lagi pengaruh propagasi. Kebijaksanaan perlu ada bagi strategi mendapatkan signal dengan lebih baik lagi.

Beliau lebih berminat dengan VHF kerana basenya rumah teres tiada kawasan untuk setup antena HF yang banyak dipengaruhi oleh propagasi. Selalu QSO hingga ke Sepang, Seremban dan banyak kawasan lagi.

Pernah cuba di puncak pertama Broga mendapat contact yang agak jauh. Akupun berkongsi dengan beliau bahawa pernah QSO dengan Abg Ayup 9W2YUP di Kota Damansara dari puncak Broga dan kawasan sekitar Semenyih.


Setelah mengetahui aku merupakan seorang guru. Abg Hamdan 9W2HXO menyarankan agar murid-murid di sekolahku didedahkan dengan radio amatur. Sudah semestinya kerana radio amatur ini mempunyai elemen STEM. Berkaitan dengan sains dan teknologi serta komunikasi. Mungkin ramai yang menganggap sebagai primitf. Namun radio amatur sangat berguna apabila mengalami bencana seperti banjir apabila hubungan komunikasi terputus.

Pendedahan ini penting agar generasi muda dapat memahami kelebihan radio amatur terutama di saat mengalami pelbagai bencana. Menggunakan bateri sahaja, pasti komunikasi dapat berjalan dengan baik.

Generasi muda juga lupa bahawa internet itu tetap mempunyai kaitan dengan gelombang radio. Walaupun dengan teknologi kini mereka dapat berhubung dengan rakan seluruh dunia. Keseronokan berhubung dengan radio pastilah berbeza. Mereka dapat mengaplikasikan subjek Sains yang dipelajari dengan pengalaman sebenar apabila mencuba berkomunikasi dengan radio amatur.

Gelombang radio melibatkan propagasi. Itulah menjadi cabaran dan keseronokannya apabila mendapat contact ke luar negara dengan jarak yang sangat jauh. Apabila ia tidak membuka maka sunyi sepilah tiada contact dapat dibuat. Secara tidak langsung melibatkan ilmu astronomi dan astrofizik dapat menambah pengetahuan murid. Kebarangkalian minat terhadap radio amatur akan bercambah sebelum melangkah lebih jauh.

Hampir setengah jam juga kami berQSO. Sempat bertukar nombor telefon untuk memudahkan perhubungan seterusnya. Sesungguhnya Abg Hamdan 9W2HXO mempunyai pengalaman yang luas dan boleh menjadi rujukan tentang dunia radio amatur. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dapat menjalin hubungan yang lebih akrab lagi.

Walaupun tidak pernah bersua, tetapi kemesraan dijaluran menunjukkan hobi radio amatur dapat mengerat hubungan silaturahim sesama rakan radio. Ini disebabkan minat yang sama boleh dikembangkan bagi memajukan lagi hobi yang saintifik ini.

Inilah hobi sangat kompetensi kerana diuji dengan peperiksaan sebelum layak mendapat penguntukan radas atau AA. Kata lebih mudahnya ia perlu ada lesen bagi melayakkan diri untuk mengoperasi sebarang peralatan radio.

Jumpa dan jumpa lagi. Terima kasih atas QSOnya.

73, Jojet de 9W2DYA


Simposium Radio Amatur 2019



Simposium Radio Amatur Malaysia 2019 telah berjaya diadakan pada hari ini di Auditorium SKMM, Bangunan SKMM Jalan Impact, Cyberjaya. Pesertanya terdiri daripada pemimpin-pemimpin persatuan Radio Amatur serta pengamal radio amatur yang lain. Seramai 160 orang direkodkan hadir.


Tiba di Bangunan lama SKMM bersalaman dengan rakan V19 terutama abg An 9W2VJP serta rakan yang lain. Kemudian ke pintu masuk kelihatan 2 buah jelopi terpampang untuk pameran. Masuk ke dalam terus ke meja pendaftaran. Kelihatan juga beberapa meja pameran terdiri daripada Putrajaya, Amsat dan DMR.


Bersalaman beberapa rakan yang sudah lama tidak bertemu serta rakan baru yang lain. Sempat bertanya khabar sebelum duduk di meja bulat untuk bersarapan. Meja bulat rancak mendengar khabar dari rakan-rakan tentang perkembangan terkini. Bagi penulis, aktiviti seperti ini, sudah lama tidak diadakan. Ini peluang untuk eyeball bersama rakan-rakan yang lain.


Jam 9:00 pagi semua peserta mula memenuhi Dewan Auditarium. Dewan ini pernah masuk dulu sewaktu Ujian CW. Peserta memilih tempat duduk mengikut kesukaan. Agak penuh juga, suasana di dalam dewan.


Masing-masing mengenakan pakaian rasmi kelab persatuan sendiri menunjukkan kesatuan dalam berpersatuan. RAKL berbaju hijau muda yang cantik akan meraikan 10 tahun penubuhan pada tahun 2020.


Pengerusi majlis memulakan acara jam 9:12 pagi. Bermula dengan nyanyian lagu NegaraKu serta diikuti dengan Bacaan Doa.
Peserta semakin ramai memenuhi dewan apabila acara bermula.


Kemudian pengerusi majlis menjemput Pengerusi Jawatankuasa Mohd Ashwar 9W2FG memberi ucapan aluan. Tujuan diadakan simposium julung kali diadakan ini ditekankan dalam ucapan. Kini, sebanyak 93 persatuan radio amatur yang berdaftar serta 47 buah lagi tidak berdaftar. Malaysia mempunyai 13269 pemegang AA, berbanding dengan Thailand lebih 200K. Perbezaan bilangan yang amat ketara,bagaimana simposium ini dapat menarik minat ramai untuk menyertai hobi radio amatur.


Jam 9:33 pagi ucapan tamat. Pengerusi Majlis menjemput Ketua Bahagian Teknologi dan Standard SKMM memberi ucapan serta merasmikan Majlis. Maklumat perkembangan RAE diterangkan. Kini hanya ada ERAE di 14 pusat internet di seluruh negara. Kadar kelulusan meningkat tetapi kadar mendudukinya semakin menurun.
Calon semakin kurang untuk menduduki RAE merupakan cabaran bagi persatuan untuk menarik minat ramai mengenali radio amatur.
Perkembangan dan perubahan terkini radio amatur turut dimaklumkan. Ada berita gembira juga kepada kelas B sehinggalah telah disahkan terlebih dahulu.


Jam 9:47 pagi ucapan tamat. Seterusnya Penyampaian surat daripada Presiden MARTS kepada Ketua Bahagian Teknologi dan Standard.


Jam 9:54 pagi Pengerusi majlis menyerahkan kepada moderator Salamon 9W2MON bagi meneruskan Sesi 1.
Topik1 adalah Kawal selia dan Pembangunan Radio Amatur Malaysia. Dua penceramah terdiri daripada En Abd Karim Razak Bahagian Teknologi dan Standard serta Pn Izani Bahagian Pelesenan dan Penguntukan


En Abd Karim menerangkan lebih lanjut tentang perkembangan RAE. Trend terkini jumlah kelulusan meningkat tetapi jumlah menduduki RAE semakin menurun. SKMM akan mencari mekanisme untuk menyelesaikan masalah ini dengan bantuan semua persatuan.


Manakala, Pn Izani pula menerangkan tentang penguntukan radas serta berkaitan tentang yuran yang menjadi topik hangat. Rata-rata pemegang AA tidak setuju dengan yuran yang agak mahal yang perlu dibuat apabila memperbaharui lesen. Namun, pihak SKMM mengambil maklum tentang aduan itu dan dipanjangkan kepada pihak berkenaan. Maklumat notis turut dimaklumkan jikalau ada ahli yang menghadapi masalah. Cara pembayaran terkini juga turut dimaklumkan yang mesra pengguna cepat serta memudahkan.
     Data terkini pemegang AA sehingga 15 Julai 2019;
 Kelas A sebanyak 510, Kelas B sebanyak 12,759 dan Pengulang sebanyak 146 dengan jumlah 13,415.
      Menurut beliau lagi, terdapat hampir 1000 pemegang tidak memperbaharui AA. Ini menunjukkan radio amatur semakin kurang pemegang AA.


Jam 10:42 pagi Topik 2 bertajuk Sumbangan dan Khidmat Radio Amatur di Malaysia. Dua penceramah jemputan ialah En. Abdul Aziz Noor 9M2AU dan En. Abd Rahim Abd Rahman 9M2RR.


Pak Aziz 9M2AU menyenaraikan sumbangan terhadap komunti radio amatur dan sumbangan terhadap kerajaan dan masyarakat. Antaranya;
1. SEANET
2. JOTA pada 1975 tetapi telah mula lebih awal lagi sejak thn 60an.
3. Repeater pertama 9M2RUK
4. 9M2CR satelit
5. 9M2CS Moon Bounce operation.
6. 9M2DX penglibatan Microsat TiongSat-1
7. 40m Net bermula setiap ahad April 1993
8. Spartly 9M0S May 1993
9. Penghapusan cukai alat transceiver atas usaha 9M2SS,9M2CJ,9M2RS pada 1994.
10. Lesen Kelas B 1995
11. Repeater link oleh 9M2RR 
12. CW diadakan semula 2005 sejak 1998-2005 tiada cw test.


Pak Rahim 9M2RR menceritakan pengalamannya bermula kerjaya di JPS hinggalah membawa kepada hobi radio amatur. Pengalaman yang sangat baik dijadikan teladan kepada generasi muda. Menceritakan penglibatan radio CB serta sebagai 'lanun' dengan nelayan, lori sampah dan lain-lain lagi. Seterusnya sejarah penubuhan Persatuan seperti Astra bagi menjadikan peminat radio mempunyai lesen yang sah. 
          Menceritakan pengalaman mendirikan pengulang di Gunung Jerai dan Bukit Larut serta menglinkkan keduanya. 
         Seterusnya pengalaman mendirikan pengulang di tempat lain pula seperti berjaya menghubungkan timur dan barat serta hingga ke selatan Tanahair. Turut mencipta sejarah menghubungkan pengulang ke Medan, Indonesia. Memang meriah transnasional sewaktu ini. Perkongsian Pak Rahim sangat memberi inspirasi terutamanya kepada generasi baru.


Jam 11:24 Sesi 2 dengan Topik 3 Kesedaran serta promosi Radio Amatur kepada masyarakat Malaysia. Tajuk ini dikupas oleh Dr. Ahmad Faizal Mohd Zain 9M2DX. Dr Ahmad turut menceritakan sejarah permulaan minat pada dunia radio amatur serta cerita inspirasi minat pada bidang astronomi. Pengalaman belajar di luar negara serta mengambil peperiksaan radio untuk mendapat lesen di sana. Turut menekankan menjaga etika sebagai pengendali radio amatur kepada masyarakat sekeliling. Perlu menjaga imej serta nama baik kerana masyarakat akan menilai sikap sebenar pengendali seperti memaparkan callsign dibelakang jelopi tetapi memandu tidak sopan serta mengikut undang-undang.


Pelbagai saranan diberikan bagi mempromosi radio amatur kepada masyarakat. Promosi boleh dibuat ke sekolah, pusat pengajian tinggi, Parlimen serta organisasi seperti NGO. Aktiviti JOTA minggu ketiga oktober medan terbaik mendedahkan radio amatur kepada murid-murid bermula usia 9 tahun lagi. 
      Seterusnya melalui perkara yang boleh ditonjolkan dalam radio amatur dan dilihat oleh masyarakat. Seperti isyarat panggilan yang unik dimiliki oleh setiap stesen membawa nama negara juga. Setiap stesen sebagi duta kecil memperkenalkan negara apabila membuat contact ke negara luar dalam aktiviti dxing.


Misi kemanusiaan juga boleh menggunakan radio amatur dalam setiap aktiviti. Memperkenalkan kepada NGO agar dapat menggunakan kelebihan radio amatur pada setiap misi.
     Setiap aktiviti radio amatur, perlu melibatkan pihak media massa bagi membuat liputan berita. Berita dan penyebaran tentang radio amatur dapat didedahkan kepada masyarakat.


Jam 12:15 tengahari bermulanya topik 4 bertajuk Peranan dan pentingnya Ilmu Radio Amatur di dalam sistem pendidikan. Tajuk ini dikupas oleh  Dr Ahmad Azlan B Ab Aziz 9M2AGC.



Lebih dikenali sebagai Cikgu Lan membuat set induksi menunjukkan bagaimana mengetahui sesuatu peralatan radio memancarkan  gelombang radio. Menyalakan lampu pendaflour menggunakan hendheld bukti isyarat radio berfungsi. Ini adalah teknik yang boleh ditunjukkan bagi membuktikan bahawa isyarat radio telah dikeluarkan yang biasa dalam kalangan pengendali radio amatur. Bagi seorang yang profesional pula, cara berbeza digunakan bagi membuktikan wujudnya isyarat gelombang.


Waktu rehat digunakan untuk makan tengahari dan solat. Waktu ini juga digunakan untuk meninjau ruang pameran terutama dua jelopi di pintu masuk utama bangunan SKMM. Jelopi MARES dan Codan menunjukkan kehebatan dengan pelbagai peralatan radio.


Jelopi Puma One kenderaan radio taktikal ini lebih canggih dengan sistemnya tersendiri. Multi-band interconnect system menghubungkan pelbagai band dalam satu sistem. Penulis kedengaran audio di airband dalam jelopi ini sewaktu mengintai-intai.


Staf-staf yang mengendalikan pameran syarikat radio taktikal ini terdiri daripada rakan radio amatur juga iaitu Pak Rosli 9M2RHQ, Weerut 9W2RUT dan M Fadzil @ MikeFox 9W2SMF. Ini menunjukkan daripada hobi boleh membawa kepada satu bidang kerjaya yang cerah masa hadapan.


Jam 2:00 petang semua peserta mula memenuhi dewan semula bagi meneruskan sesi di sebelah petang. Kehadiran masih lagi seramai sesi sebelah pagi. Ini menunjukkan betapa seriusnya peserta untuk memberi sokongan dalam program ini.


Pengerusi majlis memanggil semula Pegawai-pegawai SKMM bagi sesi soal jawab. Peserta-peserta mengemukan pelbagi persoalan dan masalah bagi tindakan pihak SKMM. Segala persoalan yang dikemukan dijawab dan ditangani dengan baik. Mereka mengambil maklum segala aduan dan akan di bawa ke peringkat atasan.


Beberapa peserta mengemukakan persoalan sewaktu sesi soal jawab ini. Antaranya Presiden Astra YBhag. Dato' Bahari bin Taib 9W2DBT. Beliau menanyakan tentang dana, pengulang dan pengurusan bencana. Rizal 9M2RZL turut mengemukakan beberapa persoalan. Vice President Marts Aiznin Sairi 9W2SBS menyentuh bahagian perundangan dalam radio amatur.


Sesi soal jawab ini agak meriah dengan beberapa peserta lagi turut mengemukakan beberapa persoalan terutama tentang bayaran yuran dan peringkat umur bagi radio amatur untuk diceburi.


Habis sesi soal jawab bersama Pegawai SKMM adalah minum petang. Peluang diambil untuk bersembang-sembang sambil meneguk minuman dan menikmati kuih yang dihidangkan. Sempat mengambil gambar antena yang digunakan untuk komunikasi satelit.



Selepas minum petang jam 4:26 sesi 3 bagi topik Peranan persatuan untuk menaikkan bidang radio amatur di Malaysia.
Moderator Zanirul Akhmal Zanirun 9M2PRO untuk menjemput orang pemimpin tertinggi dalam Marts, Nesrac, Jasra dan Mares untuk berkongsi peranan persatuan masing-masing. Sayangnya pada sesi kali ini, Presiden Astra tidak muncul bagi berkongsi dan duduk semeja.
      Presiden Marts Ir. Mohd Aris Bernawi 9M2IR menerangkan peranan Marts dalam radio amatur di Malaysia. Marts merupakan satu-satunya persatuan yang mewakili Malaysia di IARU.
    Presiden Nesrac Mejar (B) Zulkipli A. Malik 9W2ZYC berkongsi cerita peranan Nesrac terutamanya di Negeri Sembilan.
    Presiden Jasra Lt Kol Bersekutu (PA) Dato' Hj. Abd Lah @ Abdullah bin Hj. Awang 9W2HOZ berkongsi peranan Jasra. Pak Lah juga menyarankan semua persatuan bekerjasama ke satu arah untuk memajukan lagi radio amatur di Malaysia.
   Penasihat Teknikal Mares Abdul Aziz Noor 9M2AU berkongsi  cerita perkembangan radio amatur di Malaysia.


Sesi 5 penggulungan isu-isu dan cadangan simposium oleh Pengerusi AJK Mohd Ashwar bin Abdul Aziz Presiden Mares 9W2FG. Kemudian Majlis Perasmian  Penutup dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua AJK terlibat.
   Kemudian sesi memperkenalkan semua presiden setiap persatuan dan kelab radio amatur yang hadir. Harus duduk semeja dan berbincang untuk memajukan lagi radio amatur di Malaysia.

Sesungguhnya simposium ini berjaya menyatukan semua persatuan dalam mencari resolusi meningkatkan tahap radio amatur ke peringkat lebih tinggi. Semua persatuan haruslah mempunyai minda untuk Menuju Ke Hadapan.

Syabas dan tahniah kepada usaha SKMM dan AJK yang terlibat atas penganjuran Simposium Radio Amatur Malaysia 2019. Sama-samalah kita bekerjasama dalam satu matlamat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang lagi.

73, Jojet de 9W2DYA

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...