W5KUB-18 hari ke-56

Belon Altitud Tinggi W5KUB-18 telah masuk hari ke 56 mengelilingi dunia. W5KUB-18 telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 3 kali ketika artikel ini ditulis.



Ketinggian 12480m berada di Alaska, Amerika Syarikat. Beberapa hari yang lalu, belon ini telah berada diantara Amerika dan Canada.
Kemudian naik ke utara hingga ke Alaska. Pada hari ini, kelihatan ia turun ke arah selatan pula. Ini menunjukkan ia masih berlegar di Amerika utara mengikut arah angin.

Bukit Tempurung @ Setia Ecohill 2 Adventure Park Beranang

Pagi ini berkesempatan ke Setia Ecohill 2 Adventure Park Beranang. Sudah lama ingin ke sini, selepas melihat status Pak Hamdan 9W2HXO di FB beliau. Pagi ini pun beliau ada manaikkan statusnya di FB. Tanpa berlengah selepas bersarapan di Bandar Seri Putra terus mencari lokasi tersebut di google map.



Oh! rupanya QTH di Ecohill 2 dekat Beranang. Melalui jalan Bangi
terus memandu jelopi mengikut jalan negeri B24 di Kampung Rinching Hilir. Sudah lama ingin melalui jalan ini. Melihat suasana kampung hingga keluar ke Pekan Beranang melalui jalan Enam Kaki. Patutlah nama sedemikian rupa, sememang lebar jalan makin sempit. Maklumlah berada di kawasan kampung yang mendamaikan. Selisih juga dengan segerombolan penunggang basikal di sini.


Merentasi Pekan Beranang kelihatan ramai orang beratur untuk masuk ke kawasan pasar pagi. Papan tanda Ecohill 2 terpampang selepas itu mengarah ke kiri. Terus melalui kawasan perindustrian dan tiba di Adventure Park mengikut anak panah.


Wah! kagum seketika, ada sebuah taman di Ecohill 2 di kawasan bukit tinggalan ladang getah dan kelapa sawit. Bagus pemaju Setia Ecohill 2 di Beranang ini menyediakan sebuah taman rekreasi kepada pemilik dan masyarakat sekitar.


Meletak jelopi menghadap papan tanda Adventure Park. Kelihatan di hujung sana jelopi Pak Hamdan 9W2HXO masih tidak bergerak. Ada rezeki boleh bersalaman di daratan sekali lagi. Selepas kaji pelan kawasan taman ini, mulalah meneroka kemudahan yang disediakan.

Laluan Biru menjadi pilihan kerana melalui jalan berturap. Lagipun aku tak memakai kasut untuk berjoging. Datang hanya untuk meninjau keadaan taman yang menarik ini. Selepas beberapa meter berjalan, akhirnya berselisih juga dengan Pak Hamdan 9W2HXO. Rezeki pagi ini, bertemu di daratan juga. Beliau ketika itu mahu menghabiskan aktiviti riadah untuk ke base. Tetapi, bila bertemu dengan aku, terus menyambung menambahkan lagi masa dan jarak meneman dan menunjuk jalan dan kemudahan yang ada.


Pak Hamdan 9W2HXO ketika beriadah di sini turut didalam bacpack  dua set radio. Ketika kami berjalan bersama kedengaran di jalur  stesen 9W2DBO dan 9W2VVH. Pada jangkaanku mungkin frekuensi RAKL.


Kemudahan pertama ditemui adalah Forest Playground. Kemudahan nampak baru dan menarik peralatan permainan yang disediakan. Kelihatan beberapa pengunjung sedang menggunakan peralatan dengan seronok sekali. Ada mini flying fox untuk kegunaan kanak-kanak.  Tidaklah terlalu tinggi dan terlalu jauh jaraknya. Boleh sekadar merasa bergayut dari satu titik ke titik. Melatih anak-anak agar lebih berani dan merasai keseronokan bergayut menguji kekuatan tangan menampung berat badan.



Sebelahnya pula adalah obstacle course. Wow! ini kalau buat program team building memang bagus. Lihatlah beberapa halangan disediakan untuk pengunjung. Ada papan tanda menunjukkan cara penggunaan setiap stesen. Penting setiap pengunjung membaca setiap arahan atau maklumat diberi. Bertujuan keselamatan dan cara penggunaan yang betul tanpa disalahguna.


Sementara aku mengambil gambar di sini, Pak Hamdan mengambl peluang berehat di pondok. Cuaca pagi tadi amat baik dan segar. lebih-lebih lagi petang semalam hujan lebat di sini. Menurut Pak Hamdan kawasan ini banyak nyamuk. Maklumlah kawasan ladang getah sememangnya begitu. 


Selepas puas mengambil gambar. Perjalanan ke puncak Bukit Tempurung melalui  jalan berturap yang agak landai dilaluan biru. Sebelahnya agak curam adalah laluan turun. Menurut Pak Hamdan 9W2HXO lagi, kawasan taman ini terdapat ayam hutan dan landak. Pagi ini tidak kedengaran pula kokokan ayam hutan tersebut.


Puncak Bukit Tempurung merupakan puncak tertinggi di Beranang. Ketinggian 122m dari aras laut lebih tinggi di puncak Ecohill 1 92m dari aras laut. Bagi yang sukakan cabaran bolehlah memilih denai di Red Trail. Bagi yang bersama anak kecil boleh menggunakan denai yang lebih selamat untuk keluarga turut disediakan.


Jarak dari Forest Playground ke puncak ini adalah 250m berjalan naik. Seterusnya untuk pulang ke jelopi di Park Info Centre berjarak 350m berjalan kaki manakala berbasikal adalah 490m. Seronok lagi berbasikal turun bukit berbanding dengan mendaki.


Laluan masuk Red Trail yang menjanjikan cabaran yang lebih hebat. Amat sesuai kepada para pendaki dan pelari denai. Lain kali datang ingin mencuba laluan ini. Banyak papan tanda disediakan bagi kemudahan pengunjung bagi menentukan arah tujuan.


Penat mendaki boleh duduk atau baring di hammock yang disediakan. Rasanya tadi ada tiga di puncak Bukit Tempurung. Gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya. Walaupun tiada bayaran dikenakan di taman ini, tanggungjawab bersama perlu dititikberatkan agar dapat digunakan oleh orang lain.



Satu lagi denai yang sesuai bagi berkeluarga. Nampak lebih luas dan ditanda sepanjangnya. Hayati keindahan taman ini, pasti membawa satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tiada sampah kelihatan sepanjang perjalanan. Betapa bagusnya pengunjung menjaga kebersihan. Pastikan membawa bekalan air yang secukupnya. Tiada gerai atau penjaja di tempat letak kereta di bawah tadi.

Credit 9W2HXO
Bergambar bersama Pak Hamdan 9W2HXO di satu simpang ke puncak Bukit Tempurung. Laluan berturap sangat sesuai untuk beriadah melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan mahupun berjoging. Semasa turun selisih dengan dua penunggang basikal bukit. Pasti menguji kemampuan mengayuh hingga ke puncak.

Credit 9W2HXO
Canopy walk satu kemudahan yang harus dicuba, ketika perjalanan turun melalui jalan berturap terpaksa melalui dibawahnya. Perlu ikut denai dari bawah barulah boleh merasai pengalamannya.

Sepanjang perjalanan turun kelihatan beberapa batang pokok rambutan yang ditanam. Masih terdapat pokok herba yang sememangnya wujud sebelum taman ini dibangunkan. Beberapa batang pokok getah berhampiran laluan boleh ditunjuk kepada generasi muda yang tidak pernah mengenalinya.

Setelah berjalan sejauh 350m dari puncak, tibalah di Park Info Center. Terdapat beberapa papan info disediakan untuk pengunjung mendapat maklumat tentang taman ini.

Selepas itu, kami berkonvoi untuk mengeteh di Semenyih. Sepanjang berkonvoi kami menggunakan frekuensi V66 147.495MHz. Laluan yang digunakan adalah dari Ecohill 2 melalui Eco Majestic dan seterusnya Ecohill 1 dan masuk ke Jalan Bangi.

Warung di tepi jalan arah ke Semenyih disebelah kanan kelihatan ramai orang. Maklumlah pagi hari minggu sememangnya ramai orang keluar bersarapan. Aku pekena lempeng dengan teh ais manakala Pak Hamdan lempeng kelapa dengan teh tarik. Sambalnya walaupun pedas memang sedap tak ingat.

Terima kasih Pak Hamdan 9W2HXO dapat juga eyeball pagi ini  tanpa perancangan awal. Lain kali ada kesempatan boleh berjumpa lagi!

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA







Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...