2m net Ceria bersama

Tujuan sebenar diadakan 2m net ceria bersama yang dikendalikan oleh pengawal rangkaian adalah untuk mengetahui sejauh mana capaian pengulang sesuatu tempat, kalau salah sila perbetulkan.Selain itu,sebagai satu wadah untuk menghadapi bencana, kalau salah diperbetulkan. Ada program, ini pihak berkenaan dapatlah mengetahui keupayaan pengulangnya bekerja sama ada baik ataupun tidak di sesuatu kawasan liputannya.Selalunya ia mendapat sambutan yang baik oleh rakan ham untuk memberi laporan tentang capaian pengulang dari sesuatu tempat.Apa yang penting kerjasama yang diberi amatlah dihargai supaya keupayaan pengulang dapat dipantau prestasinya. Jika rosak pihak berwajib bertungkus-lumus memperbaikinya. Kesungguhan rakan ham yang bekerja keras memastikan pengulang ini berfungsi semula amatlah bermakna dan dihargai dengan pengorbanan untuk kesenangan rakan ham yang lain.Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi untuk memastikan ia dapat berfungsi semula. Bukannya mudah kerana kedudukan pengulang ini diletakkan adalah di puncak-puncak gunung. Sememangnya sedia maklum dengan suhu yang rendah dan pelbagai cabaran lagi, ketika perjalanan membuatkan ahli ham ini sememanganya ahli ham yang sejati kerana sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain. Syabas dan tahniah diucapkan, moga tuhan memberkati usaha anda yang ikhlas itu.
Sejak menjadi ahli ham ini terdapat beberapa jalur mengadakan program 2m net ceria bersama:
a)Astra Jalur Panjang Hari Ahad pagi
b) Nesrac Hari Selasa malam
c) Mares Hari Jumaat malam
Jadi rakan-rakan lain boleh menyertainya.9w2dya

MARES EmComm


We would like to invite you to a talk on Emergency Communication by Amateur Radio Operators.

Date: Sunday, 7-Feb-2010
Location: MARES Club House
Topic: MARES Emergency Communication (EmComm)
Time: 10:00AM (+8 GMT)
Presenter: Aziz 9M2AU

Kesempatan menghadiri sesi ceramah ini mmberi satu pengalaman dan pengetahuan tentang pentingnya peranan kita sebagai anggota ahli radio amatur untuk memberi sumbangan terhadap sebarang bencana. Penyampai Pak Aziz 9m2au mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ini. Menurut beliau kita mempunyai peranan yang besar bagi membantu mangsa-mangsa bencana melalui kemahiran berkomunikasi melalui radio amatur. Setiap orang mempunyai peranan bagi memberi sumbangan walaupun hanya sekadar monitor. Walaupun kita tidak ke tempat kejadian dengan maklumat-maklumat yang ada di sekeliling dapat membantu rakan yang berada di tempat kejadian. Masyarakat masih belum mengetahui apa yang dapat kita sumbangkan, tetapi apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini segala sistem komunikasi yang tidak dapat digunakan atau terputus maka sistem perhubungan radio amatur berfungsi untuk mengambil tempat bagi melancarkan segala sistem yang terputus dan mambantu mangsa-mangsa yang memerlukan.9w2dya

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...