Posts

Showing posts from May, 2010

Bali, Indonesia

Image
Gambar di pintu gerbang tradisional masyarakat Bali di Ubud salah satu tempat peranginan yang menarik tumpuan pelancong seluruh dunia. Kawasan tanah tinggi yang udaranya nyaman dan segar menjadi tarikan utama di sini. Banyak kedai-kedai menjual cenderamata untuk di bawa pulang sebagai kenangan  yang datang ke sini. Selain kedai cenderamata, pusat spa dan pelbagai restoran menyajikan makanan dan minuman yang istemewa. Masalah penginapan tidak timbul kerana banyak resort-resort yang menarik wujud mengikut bajet kita. Persekitarannya juga menarik di kawasan persekitaran sawah padi dan bukit yang menghijau. Pada sebelah malamnya juga pusat-pusat kebudayaan ada mengadakan pertunjukan kebudayaan seperti tarian barongan dan macam-macam lagi. Selain Ubud banyak lagi tempat yang menarik di sekitar pulau Bali ini. Ibu kota Denpasar seperti ibukota yang lain sibuk dengan pelbagai aktiviti perniagaan.
Callsign dijumpa di pejabat atau rumah-rumah di Denpasar. Bersalaman dengan rakan ham. Ketika itu…

Dxing V47 Alam Damai Amateur Radio Community

Alam Damai V47 akan mengadakan DXing di Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor.
Tarikh: 28 hingga 30 Mei 2010
Hari: Jumaat hingga Ahad
Jam: Selepas Solat Jumaat.
Bayaran kepada pihak penganjur untuk perbelanjaan makan dan minum. Penginapan sendirian berhad boleh pacak khemah sendiri. Maklumat lanjut hubungi adarc47.blogspot.com

9w2dya

Jambori Di Udara Malaysia ke 3

Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia bersempena Hari Belia Negara 2010 berlangsung di Wetland Putrajaya 14 hingga 16 mei 2010 bertemakan belia kreatif pemacu pembangunan negara.Kesempatan dengan itu lebih kurang 5000 orang ahli pengakap telah mengambil bahagian memeriahkan sambutan Hari Beli Negara. Dianggarkan lebih 4000 ahli pengakap telah berkampung di tapak perkhemahan yang mewakili kontinjen negeri masing-masing dalam menyertai pelbagai aktiviti JOTA Malaysia ke 3. Terdapat beberapa stesen radio amatur telah diwujudkan bagi memeriahkan aktiviti ini seperti 9m4sjz dan 9m4sjb.
Sempena dengan JOTA Malaysia ke 3, Pengakap kumpulan ke 61 daerah Hulu Langat turut mengadakan aktiviti JOTA di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan ahli pengakap. Seramai 51 orang ahli telah hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Bermula dengan pendaftaran setiap ahli diikuti dengan persiapan bahan-bahan pameran berkaitan radio amatur oleh ahli …

Program camping & DXing santai di puncak

Adalah dimaklumkan bahawa Astra Tengah menganjurkan satu perkhemahan & dxing bercorak santai di puncak gunung ulu kali seperti berikut:

Hari: Sabtu 15/5/2010
RV Point: Berkumpul di Petronas Tol Gombak pada 4:00pm.
Contact: 9W2VOL - 0123160537.
MOnitoring Freq: monitor/cq di V44, V20 atau 9M4RBC.
Camping mode: Santai sambil DXing
Kelengkapan: Sendiri - Pakaian Sejuk, Khemah, Tempat tidur, Dapur dsb.
Ration: Sendiri - Sila bawa makanan sendiri - Penderma dialu-alukan....

Sempena dengan program ini, ASTRA TENGAH juga akan membuat kerja-kerja penambahbaikan terhadap repeter 9M4RBC pada 16/5/2010. Kepada yang berminat diharap dapat berkumpul ditapak perkhemahan diatas seperti masa di bawah:
Hari: Ahad 16/5/2010
RV Point: Tapak Perkhemahan Puncak Ulu Kali, 9:00am
Contact: 9W2EEE - 0193400004.
Call/Monitor Freq: monitor/cq di V44, V20 atau 9M4RBC.
Kelengkapan: Sila bawa peralatan/tools yang bersesuaian dengan kerja2 penyelenggaraan repeter


Ceria bersama ASTRA

petikan daripada Astra Te…

Tahniah kepada rakan yang lulus RAE 1/2010

Keputusan yang ditunggu-tunggu telah keluar, melihatnya memberi satu debaran kerana segala usaha telah dicurahkan. Tahniah kepada rakan yang telah lulus manakal yang gagal janganlah kecewa. Usaha berganda perlu diteruskan hingga berjaya kerana ada yang mengambil RAE lebih dari sekali tidak pernah putus asa dan terus mencuba tanpa mengenal jemu. Semangat inilah perlu ada pada rakan sekalian. Belajar dan terus belajar dan mencari pengalaman yang seluas mungkin. Dunia kini tanpa batasan segala maklumat ihujung jari sahaja. Tepuk dada tanya selera, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, saya percaya rakan-rakan boleh melakukannya.Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Jadi boleh mencuba untuk RAE yang akan datang. Semoga berjaya. 9w2dya

Global SET

Global SET 15 may 2010
Written by 9M2SQL - Abdul Mutalib Omar
Apr 17, 2010 at 02:01 PM
Global Simulated Emergency Tests - 2010
Written by G0DUB - Region 1 Emergency Comms Co-Ordinator
The dates for the Global Simulated Emergency Tests in 2010 have been set as:

15th May 2010 0400-0800 UTC
13th November 2010 1100-1500 LOCAL TIME

The timing for the event is planned to change in November to reduce the possibility of interference between IARU Regions as propagation conditions improve.'

Other changes may be introduced following the GAREC conference in October.

Rules and lists of participating stations in the event will be available on the IARU Region 1 website.

Rgds Jim Linton VK3PC
Chairman
IARU R3 Disaster Communications Committee.

Petikan dari mares.org.my
9w2dya

Jamboree di Udara 2010

Image
Pengakap Kumpulan ke 61 Hulu Langat akan mengambil bahagian JOTA Malaysia ke 3 pada 15 Mei 2010. Semoga dengan aktiviti dapat menambah lagi pengetahuan dan minat ahli-ahli pengakap dalam aktiviti radio yang telah memang terkenal dikalangan pengakap di seluruh dunia. Di harap rakan-rakan ham yang berhampiran Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dapat standby di frekuensi untuk memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap qso bersama-sama.Stesen akan dibuka jam 2.00 hingga 5.00 petang pada hari sabtu tersebut. Calling channel di V24 dan jalur lain akan digunakan untuk cq jamboree ini.Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada ahli pengakap tentang dunia radio ini. jumpa dan jumpa lagi 73. 9w2dya