Bali, Indonesia

Gambar di pintu gerbang tradisional masyarakat Bali di Ubud salah satu tempat peranginan yang menarik tumpuan pelancong seluruh dunia. Kawasan tanah tinggi yang udaranya nyaman dan segar menjadi tarikan utama di sini. Banyak kedai-kedai menjual cenderamata untuk di bawa pulang sebagai kenangan  yang datang ke sini. Selain kedai cenderamata, pusat spa dan pelbagai restoran menyajikan makanan dan minuman yang istemewa. Masalah penginapan tidak timbul kerana banyak resort-resort yang menarik wujud mengikut bajet kita. Persekitarannya juga menarik di kawasan persekitaran sawah padi dan bukit yang menghijau. Pada sebelah malamnya juga pusat-pusat kebudayaan ada mengadakan pertunjukan kebudayaan seperti tarian barongan dan macam-macam lagi. Selain Ubud banyak lagi tempat yang menarik di sekitar pulau Bali ini. Ibu kota Denpasar seperti ibukota yang lain sibuk dengan pelbagai aktiviti perniagaan.

Callsign dijumpa di pejabat atau rumah-rumah di Denpasar. Bersalaman dengan rakan ham. Ketika itu aku belum mempunyai callsign tetapi dan berjinak-jinak dengan radio amatur



Lokasi di Bali Indonesia, jalan-jalan cari makan bersama xyl.Terdapat banyak antena disana-sini. Penggunaan radio dua hala disana sangat meluas. Gambar di Legian dan Kuta juga mejadi tarikan pelancong walaupun pernah dibom oleh militan masih lagi menjadi perhatian. Ada memorial dibina bagi memperingati mangsa-mangsa serangan bom itu. Pantai Kuta tempat bermain papan luncur dan bermandi-manda. Memang ramai orang di sini melakukan pelbagai aktiviti riadah  terutamanya waktu petang. Pusat membeli-belah yang banyak juga terdapat untuk melihat pelbagai kerenah manusia yang datang dari pelbagai sudut dunia.

9w2dya

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...