Cuti hujung minggu yang lalu berkesempatan bercuti ke Fraser Hill, Pahang melalui Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Selepas ke waliamtul urus di Selayang jalan Hulu Yam , Sungai Tua persandingan rakan saltmine terus ke Fraser Hill melalui kawasan perkelahan Sungai Tua dan empangan Batu kelihatan ramai orang mengambil cuti bersama keluarga. Perjalanan melalui Pekan Hulu Yam Baru dan Batang Kali dan turut melewati simpang ke Genting Highlands.Selepas melalui pekan Kuala Kubu Baru perjalanan diteruskan melalui kawasan empangan Sungai Selangor yang pada masa dahulu menjad tumpuan aktiviti berkelah di sungai yang berjeram. Kini hanya tinggal kenangan setelah kawasan ini ditenggelami air akibat projek empangan air untuk keperluan rakyat Selangor. Pengunjung terus memberi tumpuan di kawasan Pertak untuk bermandi-manda dikawasan air sungai yang berjeram deras dan mengasyikkan dengan kedinginan terutama pada waktu panas. Kelihatan banyak kereta diletakkan dibahu-bahu jalan menunjukkan betapa ramainya orang berkunjung ke situ.
Seterusnya perjalanan terus mendaki dan berliku-liku menyebabkan xyl aku pening kepala kerana jalan yang berpusing-pusing. Nasib baik driverpun tak pusing kalau tidak masuk gaung habislah. Jadi berhati-hati ketika memandu di sini kerana selekoh yang tajam di samping jalan yang sempit. Kelihatan sekumpulan kera dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Gap. Kita juga akan melalui kawasan bersejarah semasa zaman sebelum kemerdekaan dahulu, tempat serangan pengganas komunis terhadap pasukan keselamatan. Tibanya di Gap kelihatan projek menaik taraf kemudahan dan Rumah Rehat Gap sedang rancak dijalankan. Pembinaan jambatan gantung yang baru menjadi daya tarikan baru dan menarik sementara menunggu giliran naik ke Fraser Hill. Setibanya di Gap pintu ke sana sudah tutup memaksa aku menunggu hampir sejam sebelum giliran naik ke atas. Waktu ganjil adalah untuk kenderaan naik ke atas, manakala waktu genap adalah kenderaan turun dari Bukit Fraser. Sebelah negeri Pahang ini di bina kemudahan Surau, gerai dan tandas membolehkan aku berehat seketika menikmati mili tarik sebelum meneruskan perjalanan.
Tepat pukul 5 kelihatan banyak kenderaan telah beratur untuk meneruskan perjalanan ke atas. Perjalanan satu hala terus ke Fraser Hill sejauh 8km hinggalah ke pusat bandar berhenti dan mencari tempat penginapan.Nasib menyebelahi aku dan xyl kerana hanya terdapat sebuah bilik deluxe yang tinggal di Puncak Inn. Jadi di situlah aku bermalam untuk bercuti di kawasan peranginan yang masih lagi mengekalkan keindahan dan kehijauannya. Di pekan ini terutamanya menara jam terdapat pembinaan untuk mengindahkan lagi kemudahan yang ada. Kesempatan juga bergambar kenangan di sebelah petang dengan suhu yang diingin menjadi kenangan yang tidak dapat di lupakan. Bukan sahaja penduduk tempatan berkunjung di sini, malahan warga asing terutamanya dari Singapura turut berkunjung di Little England ini. Selepas melihat-lihat bilik dan meninggalkan barang. aktiviti di teruskan dengan jalan-jalan cari makan. Terus ke medan selera untuk mengisi perut yang lapar di kawasan taman permainan yang telah dinaik tarafkan.Walaupun harga makanan sedikit mahal tetapi perut yang lapar perlulah diisi selepas perjalanan yang panjang.Ketika ini aku terperasan kenderaan rakan ham 9w2ppd dan 9w2tmp tetapi tak tahu mana tuan yang empunya kenderaan.
Ketika malam cuaca dingin dengan kabus yang tebal meyejukkan hingga ke tulang. Lama sudah tidak merasa suasana begini selepas lama sudah tidak mendaki gunung.Lebih-lebih lagi bersama isteri tercinta mengambil gambar kenangan kerana pada sebelah malam pihak berkuasa menyediakan lampu limpah di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong.
Pada keesokan harinya pada hari ahad 30 mei 2010 aktiviti selepas sarapan adalah trekking ke denai Hammant sejauh 1km. Denai hutan ini menarik untuk melihat keindahan hidupan hutan terutamnya burung-burung yang sememangnya banyak terdapat di Fraser Hill. Seterusnya berjalan ke Paddock dan tempat aktiviti memanah dan woodball.
9w2dya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment