Pemandangan dari Puncak Bukit Resam Ambat
Pemandangan berkabus di puncak
Bergambar kenangan selepas penat mendaki
Kepuasan terpancar berjaya menawan Bukit Resam Ambat
Ekspedisi cuti tahun Baru tahun lepas aku bersama tiga rakan untuk meneroka laluan baru ke puncak Gunung Hitam terletak di Banjaran Titiwangsa sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.Xpdc bermula di Genteng Peres lat 3.1181'N ,long 101.9616'E sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan menyusur laluan bekas trek balak ke atas puncak bukit. Kemudian perjalanan turun melului lembah dan lurah sepanjang sempadan dilihat melalui peta sahaja. Batu sempadan tidak kelihatan berbanding dengan puncak-puncak gunung di trantitiwangsa. Jadi kami bergantung kepada kedudukan gps garmin dan pemerhatian terhadap peta dan keadaan muka bumi terutama aras ketinggian sesuatu tempat. Pengalaman rakan-rakan juga turut membantu dalam mencapai ke puncak. Seterusnya perjalanan di tanda sebagi CP 1 lat 3.126'N, long 101.9623E dengan ketinggian 683m dari aras laut. Kemudian recce diteruskan lagi mendaki dan menuruni dicelah-celah pokok dan puncak-puncak permatang ke Bukit Batu Bulan. Puncak Bukit Batu Bulan lat 3.1429'N, long 101.9632N dengan ketinggian 897m dari aras laut. Akhirnya perjalanan dah semakin lewat hanya tiba ke puncak bukit Resam Ambat 1129m dari aras laut lat 3.152'N, long 101.9589N mengambil gambar kenangan di sini. Pemandangan ditutupi pokok-pokok di atas puncak batu menanda tamatlah penerokaan ke puncak Gunung Hitam tidak kesampaian. Perjalanan pulang patah balik semula ke Genteng Peres selamat tiba waktu malam selepas sehari perjalanan trekking.
9w2dya
ada confusing data di ats.... apakah format coordinates yg anda guna di ats? decimal degrees atau degree and minutes?
ReplyDeletenmpk gaya mcm decimal degrees... tp x ada simbol degree sebaliknya ada simbol minute.... maka bagaimanakah?
terima kasih, decimal degree sebetulnya
ReplyDelete