Kem ini terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Sg Chongkak. Melalui pintu masuk ke tempat letak kereta di hutan ini, kem ini terletak di atas bukit sebelum memasuki kawasan hutan lipur. Mendaki bukit sangatlah curam walau bagaimanapun kereta boleh mendaki terus ke kem ini. Ia terletak di antara jalan dari Sg Chongkak ke Hulu Perdek. Terletak betul-betul diatas permatang bukit pihak pengurusan kem menyediakan pelbagai kemudahan seperti dewan, dewan makan, bangsal untuk peserta serta chalet untuk guru-guru pengiring serta kemudahan bilik air dan tandas.
Rata-rata peserta sangat seronok dan bergembira dengan aktiviti yang disediakan walaupaun tidak cukup tidur kerana menjalankan aktiviti tanpa henti. Mereka mengeluh tidak cukup tidur tetapi teruja untuk meneruskan pelbagai aktiviti yang mencabar serta memberi sejuta pengalaman dan pengetahuan. Aktiviti di kem ini dijalankan oleh tenaga pengajar dari Jabatan Pertahanan awam yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai aktiviti menyelamat.
Pemerhatian saya aktiviti yang dijalankan sangat berfaedah kepada generasi muda kini yang hidup serba kemewahan. Apabila didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar mereka dapat mempelajari pelbagai aspek ilmu ikhtiar hidup dan menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan.Pendidikan luar adalah satu cabang ilmu yang boleh dipraktikkan keadaan semua pelajar bagi merealisasi falsafah pendidikan negara yang berkehendakkan melahirkan pelajar yang holistik serta berguna dan menjadi generasi yang lasak serta berpandangan jauh. Rata-rata generasi kini hidup dalam kemewahan dan kesenangan, jadi latihan ini sebagai persediaan mengahadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Selain menjadi lasak, aktiviti luar dapat membentuk peribadi seseorang menjadi yang positif dalam menangani pelbagai permasalahan dan cabaran mendatang. Mereka dilatih bekerja sebagai satu pasukan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh jurulatih. Peserta juga menggunakan pengetahuan dan ilmu yang dipelajari di sekolah dapa dipraktikkan di sini seperti subjek Sains, Kemahiran Hidup dan Geografi.Semangat kerjasama yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan dapat mengeratkan hubungan dan kesatuan pada diri pelajar. Sikap mementingkan diri sendiri dikikis bagi menjadikan seorang yang boleh menyesuaikan kepada persekitaran. Penyesuaian diri pada persekitaran amat penting bagi melatih pelajar tidak panik dan takut kepada kesukaran dan masalah yang menimpa. Pelajar yang bijak menyesuaikan di pada persekitaran terutam di dalam hutan yang merupakan luar dari kebiasaan secara tidak langsung melatih pelajar berfikir dari luar kotak pemikiran dan keselesaan. Ini turut melatih pelajar berfkir secara kreatif dan inovatif dalam menjalani kehidupan seharian. Latihan pendidikan luar ternyata amat berguna bagi setiap diri individu sebagai melahirkan generasi yang berwawasan dan sanggup menempuh pelbagai rintangan.Rata-rata pelajar yang mengikuti program ini terus bersemangat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan di sekolah.
Berbalik kepada kem ini, saya ketika tiba melihat kemudahan yang disediakan adalah amat asas sekali. Melihat kepada pengisiannya amat baik dan berbaloi terhadap apa yang kita belanjakan. Saya terlihat jelopi rakan ham yang callsign lupa hendak dicatatkan. Ingatkan dapatlah bersalaman di daratan. Tetapi tidak ada rezeki selepas aktiviti ikhtiar hidup diadakan kembali ke kem jelopi rakan itu sudah tiada.9w2dya
No comments:
Post a Comment