Majalah Radio dan komunikasi Monitoring Monthly

Semalam jalan-jalan cari barang di pusat membeli belah di Cheras Selatan terjumpa satu majalah mengenai radio terbitan dari UK. Selalunya kalau jumpa longgokkan majalah-majalah yang telah lama penerbitannya memang aku akan mencari-cari mana-mana majalah yang boleh dijadikan koleksi. Selalunya mencari majalah berkaitan dengan minat seperti Runners World, Mountain Bike, Traithlon, Camping, Backpackers, Climbing dan lain-lain lagi. Semalam terjumpa pula majalah yang berkaitan tentang radio iaitu majalah Monitoring Monthly February 2008 no2 vol 3. Harga cuma RM5 apalagi tanpa teragak-agak terus kebas walaupun terbitan 2008. Apa yang penting majalah berkaitan dengan radio telah aku temui. Pelbagai pengetahuan dan isu diutarakan dalam majalah ini. Terjumpanya majalah ini telah membuka mata bahawa banyak perkara yang tidak diketahui telah menambahkan lagi pengetahuan. website http://www.monitoringmonthly.co.uk/
Banyak perkara yang berkaitan dengan radio komunikasi telah didedahkan dalam penerbitan ini. Kita tunggu pula majalah dari Malaysia pula, harap adalah nanti.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...