Terima signal daripada YD0NXX-7 Lampung melalui RS0ISS ISS ke 9W2DYA-1 Bangi

2014-12-28 20:51:26 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2DYA-1:>ARISS - International Space Station
2014-12-28 20:51:36 MYT: YD0NXX-7>PTP0P1,RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1:`q\xl!nK\]"4<}ke PKU


APRS station YD0NXX-7 - show graphs

Map loading...
Comment:ke PKU
Mic-E message:Off duty
Last beacon:YD0NXX/R
Location:4°00.01' S 105°04.92' E - locator OI25MX99UX - show map - static map
94.8 km North bearing 12° from Kotabumi, Lampung, Indonesia [?]
97.7 km North bearing 350° from Terbanggi-besar, Indonesia
102.5 km East bearing 82° from Baturaja, South Sumatra, Indonesia
110.7 km Southeast bearing 124° from Perabumulih, South Sumatra, Indonesia
Last position:2014-12-28 20:51:36 MYT (1d 1h51m ago)
2014-12-28 19:51:36 WIT local time at Kotabumi, Indonesia [?]
Altitude:37 m
Course:182°
Device:Kenwood: TM-D700 (rig)
Last path:YD0NXX-7>PTP0P1 via RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1(good)

Semalam tidak disangka aku menerima signal daripada YD0NXX-7 di Lampung Indonesia. Ia melalui RS0ISS ke Bangi dari Kotabumi locator OI25MX ke OJ02VV. Pertama kali dapat VHF DX tak kusangka sekali. Ini membakar semangat untuk VHF DX dengan lebih jauh lagi.



73, Jojet, 9W2DYA

Radio Amatur secara langsung di Berita Nasional

Langsung TV1

Secara langsung dibawa dari Kota Bharu 9M2SIX menghubungi 9M4CMA di Angkasapuri Kuala Lumpur ketika Berita Nasional TV1.

Wartawan RTM 9W2EEZ membuat panggilan ke Kuala Lumpur secara langsung dikaca televisyen ditontoni jutaan rakyat Malaysia.

Salah satu cara memperkenalkan perkhidmatan radio amatur kepada umum ketika negara dilanda musibah banjir. Laporan tulus dan benar terus -menerus dilaporkan mengikut situasi semasa yang berlaku ditempat kejadian.

Nampaknya radio amatur sudah terkenal serata negara ketika berlakunya banjir ini. Banyak rakan radio memainkan peranan bagi membantu komunikasi kecemasan ditempat yang memerlukan.



9W2DYA-1 diaktifkan frekuansi 145.825MHz

2014-12-26 09:20:02 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53}

2014-12-26 20:53:42 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2DYA-1:>ARISS - International Space Station

2014-12-26 20:54:47 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1:=0313.45N/10142.30E`hello world ! 9w2vhf@gmail.com - 73 {UISS53}

2014-12-27 10:06:23 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1:=0313.45N/10142.30E`hello world ! 9w2vhf@gmail.com - 73 {UISS53}

Raw path diatas adalah bukti bahawa Igate 9W2DYA-1 berjaya mendapat contact dengan RS0ISS. Bermula pada 26/12/14 selepas aku QSY ke 145.825MHz rupanya RS0ISS dapat ditangkap.

Percubaan Hanif 9W2VHF beberapa kali untuk dapat packet telah berjaya dan tidak disangka juga telah sampai ke 9W2DYA-1 melalui RS0ISS.

RS0ISS juga telah terus ke igate 9W2DYA-1 pada 26/12/14 jam 20:53. Selepas ini aku boleh QSY sahaja ke frekuansi packet ISS untuk mendapat lebih banyak contact lagi.

Jadual laluan ISS perlu diambil dan dikaji untuk QSY ke 145.825MHz agar tidak terlepas dan melepas.


Antena diatas adalah senjata terbaru Hanif 9W2VHF untuk menembak burung besi. Pagi tadi beliau menggunakan ini dengan QRP tanpa ada audio yang bising seperti sebelumnya. Rupanya beliau telah menggunakan senjata baru untuk memburu ISS. Selepas ini bolehlah memburu satelit yang lain pula.

73, Jojet, 9W2DYA

Liputan Radio Amatur dalam Berita TV1 pada 27 Disember 2014






Liputan berita Nasional 5 di TV1 berjaya aku rakam menunjukkan peranan radio amatur menyampaikan maklumat yang tepat semasa bencana. Wartawan berita melaporkan betapa pentingnya maklumat yang tepat diperolehi melalui perkhidmatan radio amatur semasa negara mengalami bencana banjir sejak beberapa hari lalu.

Kerjasama Awam dan Kerajaan dalam penyampaian maklumat. Sukarelawan Unit Radio Amatur dengan call sign 9M4CMA bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia serta RTM - Radio Televisyen Malaysia untuk memastikan maklumat dapat disampaikan kepada orang ramai.

Selamat bertugas kepada sukarelawan yang menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi.

73, Jojet, 9W2DYA

9W2VHF berjaya mendapat packet dari RS0ISS

RS0ISS52014-12-25 21:42:092014-12-26 09:22:03OJ03UF > OK03FR1175.4 km 353°2014-12-26 09:22:03

2014-12-26 09:20:02 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53}
2014-12-26 09:20:34 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2CEH-3:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53}
2014-12-26 09:21:17 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2CEH-3:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53}
2014-12-26 09:22:03 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,HS0BBD:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53}

Akhir setelah beberapa percubaan 9W2VHF berjaya mendapat packet daripada ISS RS0ISS pada 25/12/14 jam 21:42. Manakala pagi tadi jam 9:20 dapat packet melalui RS0ISS ke igate 9W2DYA-1. Seterus dua kali 9W2CEH-3 dan HS0BBD dan jarak paling jauh adalah 1175.4km.

Rupanya aku menukar ke frekuensi 145.825MHz pada 9W2DYA-1 telah berjaya mendapat contact dari ISS pada pagi ini. Stesen 9W2VHF di Gombak telah TX ke ISS stesen RS0ISS dan terus ke Bangi stesen Igate 9W2DYA-1.

Syabas dan tahniah kepada Hanif 9W2VHF yang tidak pernah mengenal jemu untuk mendapat packet dari ISS.


Status Date/Time Downlink Uplink Description Name
ACTIVE 2 hours 6 min ago from now 2014-12-26 09:20:02 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2DYA-1:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53} 2014-12-26 09:20:34 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2CEH-3:=0313.45N/10142.30E`happy new year's 2015 73 {UISS53} 2014-12-26 09:21:17 MYT: 9W2VHF>CQ,RS0ISS*,qAR,9W2CEH-3:=... 9W2VHF
Hanif juga telah melaporkan kejayaan ini dalam ISS fan club dalam packet radio.

73, Jojet, 9W2DYA

Belon Altitud Tinggi (HAB) 9W2NSU-11 dan HS1JAN-1

ANNOUNCEMENT



Para Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa akan mengadakan program 'SPACE ADVENTURE' bersempena pelancaran High-Altitude Balloon (HAB), projek kelas Rekabentuk Kapal Angkasa, ES481 bagi pelajar tahun akhirKejuruteraan Aeroangkasa. Penyertaan terbuka kepada anak-anak staf lingkungan umur 11-17 tahun. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Disember 2014 (KHAMIS)
Masa  : 7.30 pagi sehingga 5.30 petang
Tempat: Hangar , Kampus Kejuruteraan USM
Yuran : RM20 bagi setiap peserta

*Makanan dan sijil penyertaan disediakan
*Pendaftaran terhad kepada 50 orang peserta sahaja

Atucara Program :
8.00 pagi : Pendaftaran peserta di Hangar.
8.30 pagi : Upacara perasmian dan ucapan daripada tetamu kehormat
9.00 pagi : Pelancaran HAB – “Space launch”
10.00 pagi : Permainan interaktif – “Space Race”
12.30 tgh hari : Makan tengah hari solat Zuhur dan rehat​
2.00 petang : Bengkel pembuatan roket air
4.00 petang : Pertandingan roket air – “Space Fun”
5.00 petang : Ketibaan HAB, Penyampaian hadiah,Upacara penutup
5.30 petang : Majlis bersurai

Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan membawa kelengkapan menulis. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi no telefon yang tertera dalam poster dan boleh mengisi borang secara online di link ini. 

Info
Symbol: Balloon
Pkt Type: PositionWTime
Device: APRS

Launch
2014-12-18 01:45:12 UTC
Lat: 5.14767    Long: 100.49533
Altitude: 559 feet
Location: Penang, Malaysia

Max. Altitude
2014-12-18 02:43:52 UTC
Lat: 5.22717    Long: 100.23467
Altitude: 73,218 feet

Last Report
2014-12-18 03:45:38 UTC
Lat: 5.24317    Long: 100.02333
Altitude: 73,088 feet
Comment: /Ti=107/Te=107/V=17237 USM-REAKSI Balloon;?
Packet Count: 880

Info
HS1JAN-11
Symbol: Balloon
Pkt Type: Position
Device: APGJW6-1

Launch
2014-12-21 03:07:43 UTC
Lat: 13.8955    Long: 100.44917
Altitude: 1,049 feet
Location: Nonthaburi, Thailand

Max. Altitude
2014-12-21 06:18:15 UTC
Lat: 14.17483    Long: 100.21317
Altitude: 82,737 feet

Last Report
2014-12-21 06:18:16 UTC
Lat: 14.17483    Long: 100.21317
Altitude: 82,737 feet
Comment: :dev 0.0KHz
Packet Count: 579


PELAJAR AEROANGKASA BERJAYA LANCARKAN BELON ALTITUD TINGGI UNTUK KALI KEDUA PDF Print E-mail
Written by mnmz   
belon 0100
NIBONG TEBAL, 19 Disember 2014 – Sekumpulan pelajar tahun akhir program Rekabentuk Kapal Angkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK Aero), Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya melancarkan dua belon altitud tinggi (HAB) pagi semalam.
Menurut Penyelaras projek Dr. Norilmi Amilia Ismail, belon altitud tinggi itu adalah belon tanpa pemandu diisi dengan helium atau gas hidrogen dan dilancarkan ke lapisan stratosfera dengan ketinggian kira-kira 100,000 kaki atau 32 kilometer dari paras bumi.
belon 0052
Pelancaran pada kali ini merupakan hasil projek daripada dua kumpulan pelajar Aeroangkasa yang menggelarkan diri mereka sebagai Pasukan Levitate dan Aerospace USM (AUSM).
"Projek reka bentuk satelit ini memerlukan pelajar untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan, memperoleh pengalaman dalam mereka bentuk satelit dan fabrikasi mendasarkan pada rekabentuk yang telah dirancang”, kata Norilmi.
"Projek HAB ini juga bermula pada September 2014 dan ini merupakan projek HAB kedua di Malaysia yang melibatkan dapatan semula muatan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar USM”, tambahnya lagi.
Bel
belon 0113
iau berkata, objektif projek adalah meliputi pengambilan fotograf udara, pengumpulan data saintifik atmosfera, mewujudkan kesedaran awam bagi aktiviti belon altitud tinggi dan juga menjadi kumpulan pertama yang membawa Jalur Gemilang kepada ufuk bumi.
Selain itu, muatan untuk kedua-dua misi HAB ini terdiri daripada kamera untuk mengambil gambar ufuk bumi, sensor untuk mengumpul data fizikal atmosfera, GPS untuk mengesan muatan dan yang paling penting adalah Jalur Gemilang bersama-sama dengan bola ping pong yang dihiasi oleh para pelajar.
Sementara itu, berdasarkan kepada data GPS mengesahkan belon telahpun mendarat di laut dan disebabkan oleh cuaca yang buruk dan ombak bergelora, pasukan Search & Rescue (S&R) masih tidak dapat mengembalikan muatan berdasarkan koordinat yang diberi.
"Saya yakin bahawa projek ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara universiti dengan pihak luar seperti Astronautical Asssociation Malaysia (AAM) seterusnya membina pelajar untuk bekerja dalam satu pasukan”, ujarnya lagi.
Projek ini turut mendapat kerjasama serta khidmat nasihat daripada kakitangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PPKM), Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK).

belon 0074
Majlis pelancaran projek telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin di perkarangan Hangar, Kampus Kejuruteraan.  
Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli

SSTV dari ISS jam 12.22 hingga 12.25 tengah malam 21/12/14


Selepas percubaan pertama berjaya, aku meneruskan usaha mendapatkan imej SSTV dari ISS. Akhirnya saat yang ditunggu muncul tepat jam 12.22 hingga 12.25 tengah malam imej SSTV dari RS0ISS berjaya dirakam.


Peluang yang jarang ini harus direbut kerana untuk mendapat SSTV adalah sukar. Selepas ini tidak diketahui waktu seterusnya muncul seperti ini. Nasib menyebelahi aku apabila dua percubaan untuk mendapat imej SSTV berjaya dirakam. Audio yang baik itu terus menukarkan data ke bentuk imej. Itulah SSTV  iaitu slow scan tv imej keluar perlahan hingga habis setelah isyarat berakhir tanpa ada audio lagi.

Peralatan yang digunakan adalah antena quarterwave ground plane dan handheld Sender SD941H serta software MMSSTV. Aku menggunakan kabel audio jack dari laptop ke radio. Ringkas dan mudah untuk dilaksanakan tanpa memerlukan sebuah radio yang mahal. Jadi kita boleh mencuba mendapat imej SSTV dengan radas yang asas sahaja.

Software yang menjadi pilihan adalah MMSSTV bagiku mudah untuk dikendalikan tanpa rumit untuk disetkan. Boleh google untuk mencari perisian yang lain.

Kejayaan pertama aku mencuba SSTV pasti tidak dapat dilupakan. Selepas ini masih berharap dapat packet dari ISS pula.

73, Jojet, 9W2DYA

SSTV dari ISS jam 10.43 malam 20/12/14



Hari ini jam 10.43 malam seperti dalam jadual laluan ISS berjaya mendapat signal dan gambar SSTV dari ISS. Aku menggunakan software MMSSTV ver 1.13A berjaya mendapat gambar yang hampir sempurna. Cuma dihujung signal kurang tetapi gambar yang dihantar dapat dilihat dengan baik sekali.

Sebentar lagi lebih kurang 12.17 tengah malam sekali lagi ISS akan melalui Malaysia. Aku harap dapat gambar yang lebih baik. Terima kasih kepada Weerut 9W2RUT kerana mencadangkan software ini untuk mendapat gambar dari ISS.

73, Jojet, 9W2DYA

Heard RS0ISS 16/12/14

2014-12-16 12:59:44 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station

[UISS Mheard Stations List: 12/16/2014 * Total stations heard:2 ]
9W2DYA-6             12/16/2014 12:28:34 PM

RS0ISS               12/16/2014 12:59:19 PM

Laporan tengahari ini dapat mendengar lagi RS0ISS dapat 4 frame. Nampaknya 9W2DYA-6 menerima lebih awal daripada 9W2CEH-3 dengan beza 25 saat walaupun kedudukan kami tidaklah jauh sangat.

Fm YB6DE-9 To APOTC1 Via RS0ISS*,SGATE,WIDE2-1 [14:35:13]

!0418.15N/09802.78Ev164/028/A=000055 14.9V 25C >> Eddy (YB6DE) mobile tracker <<

[UISS Mheard Stations List: 12/16/2014 * Total stations heard:2 ]
9W2DYA-6             12/16/2014 2:14:20 PM
YB6DE-9              12/16/2014 2:35:13 PM


2014-12-16 14:35:51 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station

73, Jojet, 9W2DYA

Akhinya berjaya mendengar RS0ISS

Dua malam berturut-turut aku cuba untuk mendapatkan packet daripada ISS. Percubaan membuahkan hasil berjaya mendengar RS0ISS sahaja tanpa mendapat packet.

Hari Pertama 14 Disember 2014





[UISS Mheard Stations List: 12/14/2014 * Total stations heard:2 ]
9W2DYA-6             12/14/2014 2:14:58 AM
RS0ISS                    12/14/2014 3:02:48 AM

Hari Kedua 15 Disember 2014





[UISS Mheard Stations List: 12/15/2014 * Total stations heard:2 ]
9W2DYA-6             12/15/2014 2:02:57 AM

RS0ISS                    12/15/2014 2:12:36 AM

2014-12-14 03:03:13 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station
2014-12-15 02:13:01 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station
2014-12-16 01:22:51 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station
2014-12-16 01:24:49 MYT: RS0ISS>CQ,qAR,9W2CEH-3:>ARISS - International Space Station

Raw diatas menjadi panduan aku ketika ISS lalu melalui Malaysia. Stesen 9W2CEH-3 sentiasa mendapat contact ketika ISS melalui di atas negara kita. Sebentar tadi aku mencuba tetapi tiada signal dan ternyata benar kerana 9W2CEH-3 juga tidak mendapat contact seperti kebiasaannya. Aku mencuba ketika 2.53 pagi dan sehingga ke sepuluh minit tidak mendengar bunyi apa-apa. 

Sebentar tadi ISS melalui dari India bersebelahan Sumatera ke lautan Hindi. Ketika semalam ISS betul-betul melalui Semenanjung Malaysia dan sehingga tepat di base aku mendapat signal dari RS0ISS. Ini menunjukkan ISS berada tepat dengan kita maka peratus untuk mendapat signal adalah tinggi.

Ternyata setiap percubaan memberi pengalaman yang berbeza. Ini barulah dinamakan hobi yang saintifik kerana mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mencapai matlamat.

73, Jojet, 9W2DYA

Percubaan 9W2DYA-6 mendapat packet dari ISS

Aku sudah mengaktifkan 9W2DYA-6 menggunakan software UISS 5.3 untuk mendapatkan packet melalui ISS. Kejayaan rakan semasa bengkel di PD yang lepas menjadi pemangkin aku untuk mencuba pergi lebih jauh lagi.

Laluan seterusnya akan berlangsung jam 2.58 pagi ini. Harap dapat signal lebih baik. Semalam aku mencubanya tetapi signal kurang baik untuk mendapat packet. Harap kali ini berjaya jika signal dari ISS bagus pada waktu pagi ini.

[UISS Mheard Stations List: 12/13/2014 * Total stations heard:5 ]
9W2DYA-6             12/13/2014 10:26:27 PM
9W2VXP-3             12/13/2014 10:30:44 PM
9W2PD-1              12/13/2014 10:31:28 PM
9W2YFS-9             12/13/2014 10:32:42 PM

9W8HAM-12            12/13/2014 10:35:06 PM

[UISS Mheard Stations List: 12/13/2014 * Total stations heard:9 ]
9W2DYA-6             12/13/2014 10:26:27 PM
9W2VXP-3             12/13/2014 10:30:44 PM
9W2PD-1              12/13/2014 10:31:28 PM
9W2YFS-9             12/13/2014 10:32:42 PM
9W8HAM-12            12/13/2014 10:35:06 PM
9W2CEH-3             12/13/2014 10:38:01 PM
9M4RTB-3             12/13/2014 10:38:30 PM
9M2TPT-9             12/13/2014 10:39:09 PM
9M4RKA-3             12/13/2014 10:40:06 PM

[UISS Mheard Stations List: 12/13/2014 * Total stations heard:12 ]
9W2DYA-6             12/13/2014 10:26:27 PM
9W2VXP-3             12/13/2014 10:30:44 PM
9W2PD-1              12/13/2014 10:31:28 PM
9W2YFS-9             12/13/2014 10:32:42 PM
9W8HAM-12            12/13/2014 10:35:06 PM
9W2CEH-3             12/13/2014 10:38:01 PM
9M4RTB-3             12/13/2014 10:38:30 PM
9M2TPT-9             12/13/2014 10:39:09 PM
9M4RKA-3             12/13/2014 10:40:06 PM
9M2NIA-9             12/13/2014 11:00:05 PM
9W2CEH               12/13/2014 11:01:27 PM
9W2EDK-1             12/13/2014 11:07:54 PM

Jadual di atas pula adalah stesen yang dapat didengari menggunakan APRS 144.390MHz. Cuma ia tak dapat dipaparkan di aprs.fi 9W2DYA-6.

73, Jojet, 9W2DYA

XTVT APRS 11/12/14

Malam ini aku mengaktifkan 9W2DYA-2 untuk mendengar mana-mana stesen yang dapat. Malam ini juga berjaya menambah dua packet lagi kepada 9W2CEH.

Antara stesen yang dapat didengari malam ini adalah:

1. 9W2AA-9 jarak 32.1km
2. 9W2VXP-3 jarak 40.1km
3. 9W2CEH jarak 6.4km
4. 9M4RKA-3 jarak 64.1km
5. 9M2CJ-9 jarak 42.2km
6. 9W2ZSU-1jarak 44.2km


9W2CEH akhirnya dapat juga oleh 9W2DYA-2

11:31:28R 9W2CEH>WIDE2-1 Port=2 :
!0255.84N/10148.34E&Bangi APRS | PK-232 & APRX | Bonar de 9W2CEH
11:31:28R 9W2CEH>WIDE2-1 Port=3 :
!0255.84N/10148.34E&Bangi APRS | PK-232 & APRX | Bonar de 9W2CEH

9W2CEH12014-12-11 11:31:522014-12-11 11:31:52OJ02VW > OJ02VU6.4 km 355°2014-12-11 11:31:52
Selepas beberapa kali mencuba akhir dapat juga packet oleh 9W2CEH oleh 9W2DYA-2. Strategi melihat kepada kekerapan 9W2CEH mendapat packet dari 9W2DYA-1 menjadi pemangkin untuk menangkap 9W2CEH.

Akhirnya dapt juga pada jam 11:31 pagi ini. Percubaan seterusnya pada minit ke 46 dan minit ke 01.

Bateri laptop yang dah kong menyebabkan aku sentiasa caj semula sebelum menyambung semula ke radio.

Sambungan terus semasa caj tidak membenarkan audio masuk ke laptop ini menyebabkan packet tidak dapat decode. Tetapi tidak diketahui pula kepada stesen lain. Inilah yang terjadi pada aku semasa hendak mengaktifkan Igate ini.

 


Percutian di pulau lagenda





Pada 3 hingga 6 Disember yang lalu aku bersama XYL sempat bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah. Perjalanan yang menggunakan pesawat Airasia melalui KLIA 2 dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Tempahan dibuat melalui agensi pelancongan Erwin di Kajang bagi mendapatkan harga yang berpatutan. Bagi menempah tiket penerbangan pastikan anda mengetahui caj yang dikenakan. Ini kerana jika anda silap membuat keputusan pasti caj-caj yang diluar jangka pasti akan dikenakan.

Contohnya berat beg, tempat duduk dan insurans, perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya. Sekarang ini kita boleh check-in terus dan dikehendaki mencetaknya. Jika tidak memilih tempat duduk pihak penerbangan akan meletakkan tempat duduk secara rawak dan pasti kita tidak duduk bersama pasangan kita walaupun sebenarnya banyak lagi tempat duduk yang kosong sebenarnya. Akhirnya tambah RM6 setiap seorang bagi setiap penerbangan bagi tempat duduk bersama pasangan kita.

Ini adalah julung kalinya kami penggunakan penerbangan melalui KLIA 2. Pada pendapat aku KLIA 2 mempunyai kemudahan yang sangat baik dan selesa dan mudah untuk menggunakannya. Penerbangan Langkawi menggunakan pintu J16, yang boleh dikatakan agak jauh juga. Tetapi sebenarnya ada pintu yang lebih jauh lagi jika terlewat pasti akan ketinggalan penerbangan.

Penerbangan mengambil masa dalam sejam sahaja. Tiba di LIA hujan yang agak lebat menyambut ketibaan kami pada hari pertama di sana. Nasib baik payung disediakan untuk berjalan ke bangunan terminal dari perut pesawat. Aku telahpun menempah kereta sewa terlebih dahulu dengan bantuan rakan maktab yang berasal dari Langkawi ini. Harga yang ditawarkan agak berbaloi lebih lagi masa puncak ini. Malangnya kereta viva yang disewakan itu bolehlah dikatakan agak baik juga asalkan tidak sangkut ditengah jalan. 

Kemudian kami terus check-in hotel di Kuah berdekatan dengan Pekan Rabu Langkawi. Walaupun lewat menyediakan bilik, pihak staf sedia melayan dengan baik sekali. Tiga malam aku menempahnya untuk keselesaan kami bercuti waktu musim sekolah ini. De Baron Resort menjadi pilihan kami lebih lagi berdekatan dengan jeti pelancongan untuk ke pulau-pulau peranginan.


Selepas mendapat bilik dan meletak barangan kami terus ke jeti point untuk mengisi perut yang lapar ini. Medan selera berdekatan menjadi pilihan utama. XYL memilih laksa yang sememangnya menjadi kegemarannya manakala aku memilih nasi goreng kampung sahaja bersama dengan coconut shake yang sememangnya menghilangkan dahaga badan.

Selepas perut diisi, kami berjalan ke Dataran Lang yang tidak jauh dari situ. Mataku terpaku pada antena vertical yang berada di sebuah restoran di sebelah sana, lalu mengambil gambar kenangan. Replika burung helang kawi ini kelihatan ramai pengunjung turut bergambar kenangan.


Selepas itu berjalan-jalan di pekan Kuah untuk melihat harga coklat yang akan dibawa pulang nanti. Kami kembali semula ke medan selera berdekatan jeti point untuk menikmati ikan bakar pula. Selepas kekenyangan pulang ke bilik untuk menamatkan hari pertama.


Hari kedua 4 Disember 2014 selepas bersarapan kami terus ke jeti pelancongan untuk aktiviti melawat pulau-pulau. Bot pelancong yang dinaiki itu, memuatkan seramai 8 orang termasuk pemandu. Destinasi pertama adalah Pulau Beras Basah yang mengambil masa 30 minit. Ombak agak kuat  dari tiupan angin dari laut Andaman. Sekali- sekala bot membelah ombak yang agak besar menyebabkan ia terangkat agak tinggi lebih lagi kami duduk dibahagian hadapan memang menyeronokkan. Sampai di jeti Pulau Beras Basah kelihatan ramai pengunjung telah berada menikmati keindahan pulau dengan pantai yang memutih.

Selepas sejam kami meneruskan perjalanan ke Pulau Singa Besar untuk melihat burung helang mencari makanan. Berhenti seketika ditengah laut untuk melihat bagaimana beberapa ekor burung helang yang terbang kemudian turun ke permukaan laut untuk mengambil makanan yang dicampakkan oleh pemandu bot. Pengalaman yang sememangnya menarik  dapat melihat spesies burung helang banyak terdapat di sini seperti replika di Dataran Lang itu.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pulau Dayang Bunting. Pemandu bot memberhentikan bot dipertengahan perjalanan untuk menunjukkan kami bentuk pulau yang seakan orang mengandung. Bentuk dari kepala hinggalah bahagian kaki seolah dibentuk dari formasi pulau itu. Tibanya di jeti bahagia hujung pulau ini kami disambut dengan Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Mataku terpaku dengan antena yang terpacak di situ. Rupanya ada juga rakan radio amatur menyediakan antena  yang tinggi ini untuk komunikasi. Petugas di jeti ini pada pemerhatianku turut menggunakan radio dua hala bagi melancarkan pengurusan bot dan pengunjung yang tiba, lebih lagi musim sekolah sememangnya ramai.


Pemandu bot memberi masa sejam untuk kami meneroka tasik Dayang Bunting. Kamipun berjalan ke arah tasik melalui denai yang disediakan. Perjalanan agak mendaki kerana tasik semulajadi yang dikelilingi laut itu berada di atas sedikit.
Laluan berjambatan ini dibina juga tidak mengganggu batu-batu semulajadi yang wujud berjuta-juta tahun dahulu. Sampai di tasik aku meyewa jaket keselamatan untuk berendam di tasik yang indah ini. Sememangnya keindahannya memang terserlah dikelilingi dengan bukit batu kapur yang indah.
Selepas sejam seperti dijanji perjalanan pulang semula ke Kuah memberi seribu pengalaman yang sukar dilupakan.

Aktiviti berendam kami diteruskan di kolam hotel memandangkan
pakain kami sudah tersedia untuk berenang. Sememang menyeronokkan dapat meneruskan aktiviti berenang selepas tidak puas berendam di tasik kerana kesuntukan masa.

Sebelah petang pula kami bersiar ke Porto Malai pula untuk menikmati keindahan pulau pada waktu petang.

S

Pemandangan pulau-pulau pada waktu pagi  tadi dapat dilihat dari sini. Sememangnya keidahan pulau lagenda ini tiada tolok bandingnya yang mempunyai 99 buah pulau. Kelihatan jauh di sana adalah pekan Kuah. Pelayar tidaklah sebanyak seperti di Kuah yang kelihatan hanya beberapa buah kapal layar sahaja.

Kelihatan juga jeti untuk aktiviti melawat pulau dari arah sini selain di Kuah. Pelancong yang menginap dari Pantai Cenang biasanya akan menaiki bot dari sini.


Kemudian kami bersiar hingga ke lobi hotel ini kelihatan replika Rumah Api. Rumah Api yang tiada api ini boleh dilihat dari jauh bangunannya walaupun tidak mengeluarkan cahaya apinya. Selepas puas bersiar perjalanan diteruskan ke Pantai Cenang. Memandangkan waktu senja kami bersiar dalam bangunan pusat membeli-belah di sini.



Selepas puas window shopping sasaran seterusnya adalah mengisi perut yang kosong dengan memakan ikan bakar. Harganya masih berpatutan walaupun kedai semakin dihimpit oleh bangunan baru yang mula banyak dibina di sini. Pantai cenang semakin membangun dengan banyak dibina kedai-kedai serta pusat membeli-belah di samping resort.



Hari ketiga 5 Disember 2014 destinasi seterusnya disambung sebelah petang. Destinasi pertama adalah Kilim Karst Geoforest Park seluas 2451 hektar. Sampai di sana aku menanya bayaran bot yang disediakan. Malangnya untuk dua orang seorang dikenakan RM250 dalam sejam. Mahal betul! lepas aku beredar dia datang kepada kami semula dan menurunkan harga ke RM150 tetap mahal bagiku. Sedangkan ke Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting yang begitu jauh aku membayar RM35 sahaja. Memamg tidak berbaloi memandangkan waktupun semakin lewat.




Kemudian masuk ke Galeri Perdana tetapi XYL tidak berminat untuk masuk ke dalam dan terus keluar ke Ayer Hangat Spa Village. Menarik tempat dengan landskap yang cantik mengelilingi kolam air panas di sini. Pondok yang menarik untuk merendam kaki turut di sediakan. Bilik jakuzi yang tertutup untuk kemudahan privasi pengunjung. 

Satu pelantar pemandangan disediakan kepada pengunjung untuk menikmati keindahan desa yang permai. Kelihatan di sana sekumpulan kerbau dan bangau berkubang dan mencari makan. Pemandangan dilatari bukit-bukau yang menghijau. Padang ragut tempat kerbau berkubang menghiasi suasana desa yang jarang diperolehi serta udaranya terasa nyaman sekali. Sekali-sekala hidung menusuk berbau lumpur kubang kerbau itu. Kawasan paya di bawah pelantar ini pasti banyak lintah dan pacat menghuninya.




Selepas puas menikmati pemandangan dan menghirup udara nyawan kami ke kawasan spa. Landskapnya amat menarik dengan binaan air pancuran melambangkan spa yang berkait rapat dengan air. Kemudahan laluan refleksologi turut disediakan di sini. Tanaman herba juga turut ditanam dan dilabelkan dapat menambah pengetahuan terutama tumbuhan yang jarang ditemui kini.


Selepas puas bergambar kenangan, perjalanan diteruskan ke Airport. Kali ini XYL ingin menikmati Laksa Power ditepi pantai berhampiran runway. Ramai orang menikmati hidangan yang ditawarkan. Dua mangkuk laksa dirasai dan kemudian memilih pasembor untuk mencubanya. Ternyata laksa itu memang power sehinggakan XYL menambah semangkok lagi. Laksa utara yang sedap sebegini sememangnya sukar dicari jika kita tidak berada di utara sendiri.

Malamnya pula aktiviti membeli cokelat adalah menjadi agenda utama. Memandang keesokan merupakan hari terakhir di Langkawi, Haji Ismail Group menjadi pilihan utama. Pusat membeli-belah yang tersergam indah ini menjadi pilihan utama.



Hari keempat 6 Disember 2014 adalah terakhir kami di sini. Sebelah paginya memang cerah dan indah sekali. Malamnya pula dibasahi hujan memandangkan musim tengkujuh kini. Pemandangan dari tingkap bilik hotel dirakam bagi kali terakhir selama 3 malam di sini. Syabas dan tahniah kepada semua staf de Baron Resort yang memberi perkhidmatan terbaik sepanjang kami berada di sini. Makanan breakfastnya juga sedap dan menarik terutama pastanya.

Sebenarnya Zaki 9M2ZAK turut bercuti di langkawi ketika ini dan tiada rezeki untuk bereyeball kerana kekangan masa.



Sepanjang di langkawi aku mengaktifkan APRS 9W2DYA dan 9W2DYA-8. Hinggalah dari langkawi ke Bangi turut aku aktifkan sebagai bukti ke sana hihi.

73, Jojet, 9W2DYA

Hari terakhir di MAHA 2014

Pameran  Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014 telah berakhir semalam. Aku dan xyl sempat ke sana pada hari terakhir pada tahun ini. Pada kali ini aku masuk melalui pintu satu berdekatan dengan Dewan. Tempat letak kereta yang luas dan banyak memudahkan memilih tempat yang lebih dekat dengan dewan.



 Dewan D menjadi destinasi pertama yang wajib kerana di situ letaknya Makanan Popular di Malaysia. Sememangnya hendak ke sana lebih-lebih lagi perut dalam kelaparan maka makanan yang sedap menjadi pilihan.

Selepas itu, naik ke Dewan A dan B untuk ke Bazaar Industri Asas Tani melihat pameran produk barangan berasaskan pertanian.

Kemudian turun ke bawah ke Pavilion Negeri yang melambang keunikan negeri masing-masing.

Sebelum tu bergambar di kawasan taman bunga yang menggalakkan masyarakat menanam bunga menggunakan bahan terbuang.

Selepas itu ke kawasan pavilion negeri di kawasan pintu gerbang buah-buahan tempatan. Bergambar dengan pohon cermai yang berbuah agak lebat. Banyak pohon buahan di tanam di kawasan ini.

Pengunjung dapat melihat pokok dan tumbuhan yang jarang dijumpai terutamanya generasi muda kini yang tidak mengetahuinya.




Setiap negeri memaparkan kreativiti bagi menarik perhatian mengunjungi rumah pameran. Hasil produk asas tani dari negeri masing-masing ditunjukkan kepada pengunjung. Kebanyakan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dihias dipersekitaran.

Labu sayong yang besar ini menarik perhatianku bergambar kenangan di Rumah Negeri Perak.
Terdapat tiga buah labu besar disusun rapi menghias laman negeri Perak bertentangan dengan Rumah Johor.






Sememangnya idea kreativiti yang menarik dapat memikat pengunjung untuk berkunjung ke sana. Oleh kerana hari terakhir dapat dilihat di kebanyakan negeri telah mula berkemas untuk pulang setelah berkampung selama 10 hari.







Rumah negeri Perak yang melambangkan keindahan senibinanya.







Rumah negeri Sabah yang berbumbung bulat melambangkan seni bina tradisionalnya.






Tidak ketinggalan negeri Johor memaparkan rumah berbumbungnya.






Selain flora haiwan peliharaan seperti arnab dan haiwan ternakan seperti rusa turut dipamerkan. Hanya rumah negeri Pahang terdapat kedua haiwan ini di laman negeri Pahang.




Sememangnya berkunjung ke MAHA memberi seribu pengetahuan dan pengalaman. Pameran seterusnya akan diadakan pada tahun 2016. Harap pihak penganjur dapat menambah lagi aktiviti dan tempat menarik di MAEPS pada MAHA tahun seterusnya.






Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...