SSTV dari ISS jam 12.22 hingga 12.25 tengah malam 21/12/14
Selepas percubaan pertama berjaya, aku meneruskan usaha mendapatkan imej SSTV dari ISS. Akhirnya saat yang ditunggu muncul tepat jam 12.22 hingga 12.25 tengah malam imej SSTV dari RS0ISS berjaya dirakam.
Peluang yang jarang ini harus direbut kerana untuk mendapat SSTV adalah sukar. Selepas ini tidak diketahui waktu seterusnya muncul seperti ini. Nasib menyebelahi aku apabila dua percubaan untuk mendapat imej SSTV berjaya dirakam. Audio yang baik itu terus menukarkan data ke bentuk imej. Itulah SSTV iaitu slow scan tv imej keluar perlahan hingga habis setelah isyarat berakhir tanpa ada audio lagi.
Peralatan yang digunakan adalah antena quarterwave ground plane dan handheld Sender SD941H serta software MMSSTV. Aku menggunakan kabel audio jack dari laptop ke radio. Ringkas dan mudah untuk dilaksanakan tanpa memerlukan sebuah radio yang mahal. Jadi kita boleh mencuba mendapat imej SSTV dengan radas yang asas sahaja.
Software yang menjadi pilihan adalah MMSSTV bagiku mudah untuk dikendalikan tanpa rumit untuk disetkan. Boleh google untuk mencari perisian yang lain.
Kejayaan pertama aku mencuba SSTV pasti tidak dapat dilupakan. Selepas ini masih berharap dapat packet dari ISS pula.
73, Jojet, 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment