Hari ini melancarkan misi mencari batu dan geocache di sekitar Seremban 2 dan Labu. Hasil pencarian hari ini berjaya menemui satu batu Titik Kawalan atau Pillar Titik Penentu (PTP). Buat julung kalinya bertemu batu 6 segi. Maka, bertanya dengan Meta Ai kecerdasan buatan yang tak berapa nak bijak juga. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dikongsikan oleh Meta AI tersebut. Banyak temberang juga setelah beberapa kali bersembang berkaitan batu JUPEM ini. Maklumat yang diterangkan tidak konsisten dan boleh berubah. Penulis hanya terima dari segi teknikal berkaitan dengan kerja survey ini sahaja. Mungkin pakar-pakar di luar boleh komen dan menambah serta berkongsi ilmu dan panduan bersama.
Menurut Meta Ai, JUPEM PTP adalah Pillar Titik Penentu. N 0376 merupakan nombor siri batu ini. Besi tengah berlubang merupakan titik tepat untuk alat total station atau GPS.
Kenapa bentuk berbeza?
Ini model lama tahun 1980an - 1990an. Pada zaman dahulu, JUPEM pakai batu konkrit enam segi. Kini sudah tukar kepada plat logam kerana senang tanam dan kukuh.
TP = Titik Penentu berfungsi sama seperti Tanda Rujukan Utama untuk pegang koordinat XY kawasan tersebut.
Batu TPT N 0376 ini terletak sebelah kiri Jalan Labu menghala ke NIlai. Beberapa meter ke hadapan terdapat simpang masuk ke kuari. Lori sangat sibuk mengangkut batu kelikir bagi projek pembinaan bangunan mahupun jalan raya. Kawasan rizab jalan ini seperti baru dikemas. Ternampak besi tengah berlubang itu semasa melalui batu tersebut.
Kenapa Jalan Labu banyak batu JUPEM?
1. Jalan lama = Jalan ini dibuka tahu 1970an. Zaman itu JUPEM tanam batu konkrit enam segi seperti batu N 0376 ini.
2. Tanah pertanian kepada perumahan = Banyak projek baru menyebabkan kontraktor selalu terlanggar batu ini.
3. Koridor Pembangunan = Kawasan industri serta kawasan perumahan baru dibuka menjadikan titik kawaan adalah banyak.



.jpg)
No comments:
Post a Comment