Tidak boleh ambil gambar!


 Hari kedua berturut berjaya melancarkan misi memburu batu tanda aras. Ahad bertarikh 28 Januari 2024 meneroka kawasan Hulu Langat pula. Usai urusan peribadi di Bandar Baru Bangi terus ke arah Semenyih. Masuk melalui Setia Alamsari keluar melalui Serene Height merupakan jalan pintas ke Semenyih.


Masuk laluan FT31 di Batu 3 Bangi mata mulalah melilau mencari batu tanda. Jangkaanku mesti berada di Balai Raya Kampung Sungai Purun. Ternyata telahanku benar. Batu tanda aras sememangnya berada dalam kawasan tersebut. BM#37 nombor siri B 0963 lokasi Balai raya Kg Sg Purun.


Batu tanda aras berada dalam kawasan berpagar Balai Raya Kg Sg Purun, Semenyih. Koordinat bagi BM#37 nombor siri B 0963 adalah 2.933530 darjah Utara dan 101.832218 darjah Timur.


Pencarian diteruskan melalui Jalan Sungai Lalang  laluan B19. Tiba Pekan Semenyih belok ke kiri arah Kajang. Kemudian di lampu Isyarat belok ke kanan pula di Jalan Sungai Lalang. Bermula laluan ini mata sudah mula melilau kiri dan kanan bahu jalan.


Batu pertama berada di Masjid Kariah Kampung Pasir Baru. Pada mulanya meninjau di Klinik Desa Sg Lalang tetapi tiada kelibat dilihat. Rupanya hadapan sedikit lagi berada di depan masjid sahaja.


Tapi, sayangnya plat nombor siri telah dicabut ataupun hilang entah ke mana. Hanya tinggal paku atau skru sahaja pada bahagian tengah batu.

Namun rezeki tetap tertulis. Nombor siri berada bertentangan batu tertulis B2316. Betullah format nombor siri bermula dengan huruf mengikut negeri diikuti dengan empat angka. Huruf 'B' merupakan abjad bagi negeri Selangor.



BM#38 nombor siri B2316 berada di sebelah pintu masuk masjid. Ini juga merupakan klu bagi mencari batu tanda aras selain Balai Polis, Balai Raya serta Klinik Desa. Koordinat bagi BM#38 nombor siriB2316 adalah 3.003531 darjah Utara dan 101.871124 darjah Timur.


Kemudian perjalanan diteruskan ke arah Pekan Batu 18 Hulu Langat. Memasuki kawasan Empangan Semenyih laluan bengkang-bengkok menjadi kegemaran penunggang motorsikal. Menghampiri km 19 berjaya mengesan batu tanda aras di hujung penghadang jalan.


Alamak! plat nombor siri turut hilang lagi sekali.Tiada pula spray nombor siri di tepi longkang bertentangan. Jadi, tak dapatlah nak rekod nombor siri bagi BM#39 menghampiri km 19 Pekan Batu 18.
Batu tanda aras yang kedua direkodkan kehilangan plat nombor siri.


Pemandangan arah ke Pekan batu 18 Hulu Langat. Kereta diletakkan ditepi bahu jalan sebelah kiri. Perlu melintas jalan untuk ke arah BM#39 ini. Koordinat bagi BM#39 adalah 3.085017 darjah Utara dan 101.886504 darjah Timur.


Menghampiri km 16 terdapat satu lagi batu tanda aras di tepi longkang sebelah bahu jalan. Terus berhenti kereta di bahu jalan. Berpatah balik berjalan kaki untuk ke batu.


BM#40 nombor siri B 2416 km 16 empangan Semenyih tidak hilang platnya. Boleh dilihat simen menutup sebahagian atas pasti sukar untuk dicungkil. Koordinat 3.099858 darjah Utara dan 101.898670 darjah Timur.


BM#40 nombor siri B 2416 berada di tepi longkang dan tebing bukit yang di penuhi resam. Batu Tanda jalan laluan B19 turut berhampiran. Pemandangan hala ke Pekan Batu 18 Hulu Langat. Jalan persekitaran empangan Semenyih mempunyai bahu jalan berumput yang luas. Selamat untuk kereta diletakkan. Trafikpun kereta jarang sangat kelihatan tapi awas pemanduan agak laju.


Seterusnya memandu ke hadapan lagi telah jumpa batu tanda aras di sebelah bahu kanan jalan. Berhenti di tempat selamat dan melintas untuk ke batu lagi.


BM#41 nombor siri B 0525 di hujung penghadang jalan. Agak jauh juga menapak untuk ke batu bagi meletakkan kereta di tempat yang lebih selamat. Jadi mata perlu melihat kiri dan kanan bahu jalan bagi mengesan batu tanda aras. Koordinat BM#41 nombor siri B 0525 adalah 3.102814 darjah Utara dan 101.904095 darjah Timur.


BM#41 nombor siri B 0525 mempunyai tiga angka. Kemasan nombor plat terserlah. Tertera Jabatan  Ukur dan Pemetaan serta tulisan Batu Aras. Perasan batu lama tulis Batu Aras manakala yang baru tulis Tanda Aras. Maksud kedua sama sahaja.


Pemanduan seterusnya hingga ke simpang Kampung Orang Asli Donglai Baru. Kelihatan batu tanda aras seterusnya berdekatan dengan pencawang elektrik TNB.


BM#42 simpang masuk Kg Orang Asli Donglai Baru berdekatan dengan pencawang elektrik TNB. Pemandangan jalan menghala ke Pekan Batu 18. Persekitaran bersih dan dijaga dengan baik.


BM#42 nombor siri B 2418 berturutan dengan BM#40 nombor siri B 2416. Koordinat 3.114670 darjah Utara dan 101.911591 darjah Timur.


Plat nombor siri turut seperti pernah disapu cat berwarna biru firus. Sudah menjumpai batu tanda aras yang ada kesan cat seperti ini. Tidak pasti punca diperbuat sedemikian rupa. Pasti ada alasan yang tersendiri.



Melepasi simpang Kuala Klawang masuk ke kiri. Hala ke Kuala Klawang di halang susunan tembok batu. Kerja-kerja pembaikan cerun masih sedang dijalankan. Pengguna perlu berhati-hati ketika melalui laluan ke Kuala Klawang ini. Pemanduan melalui Kampung Sungai Lui. Terlihat batu tanda aras di bawah pokok durian. Batunya juga sudah membusut. Pasti ia akan ditelan oleh busut anai-anai ini jika tidak diselenggara.



BM#43 nombor siri B 2257 di Kampung Sungai Lui. Koordinat 3.156160 darjah Utara dan 101.899442 darjah Timur.


Kereta diletakkan dihadapan sedikit kerana selamat untuk diparkir. Berjalan berpatah balik bukanlah menjadi satu masalah yang besar. Kawasan kebun buah-buahan yang agak kemas membolehkan batu tanda aras mudah dilihat.


Seterusnya singgah semula di Masjid Ar-Rahman Sungai Lui untuk mendapatkan koordinat bagi batu tanda aras. Pertama kali menemui batu ini pada 14 januari 2024 bersama harmonic. Ketika itu, lupa untuk mengembil koordinat. Alang-alang sudah lalu di kawasan ini maka teruslah singgah semula.


Batu tanda ini milik Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Nombor siri pada plat adalah JMG.B.HL/02 bertarikh 2 Oktober 2020. Koordinat 3.165067 darjah Utara dan 101.880881 darjah Timur. Jika terjumpa batu seperti ini lagi pasti menyeronokkan.


Keluar dari masjid terus menghala ke Pekan Batu 18 Hulu Langat. Tiba hadapan Kampung Batu 20 Sungai Lui seberang sana terlihat batu tanda aras sebelah longkang. Meletak kereta hadapan Balai Raya. Kemudian terus melintas ke seberang jalan yang terdapat batu tanda aras.


BM#44 nombor siri B 2354 Kampung Batu 20 Sungai Lui. Batu ini bersebelahan longkang berhadapan rumah orang.


Pemandangan batu tanda aras BM#44 nombor siri B 2354 arah Sungai Lui. Hadapan itu merupakan jalan masuk rumah orang. Koordinat 3.168358 darjah Utara dan 101.876954 darjah Timur.


Seterusnya singgah di kedai runcit dekat kolam air panas Kg Jawa. Beli bekalan air dan sebungkus roti buat tekak. Tidak beberapa meter di Masjid Kg Jawa terlihat batu tanda aras.


BM#45 nombor siri B 0518 di Masjid Kampung Jawa. Lokasi berhampiran tembok masjid mudah dikesan.


Terdapat calitan cat biru seperti warna tembok masjid yang baru dicat. Nasib baiklah batu ini tidak turut dicatnya. Pasti sudah serupa tembok masjid juga. Pemandangan arah Sungai Lui. Koordinat BM#45 di Masjid Kg Jawa adalah 3.167076 darjah Utara dan 101.852867 darjah Timur.


Seterusnya menghala ke Pangsun. Jumpa batu TBM di dalam Stesen Kawalan Banjir Negeri Selangor. Phak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor turut mempunyai TBM batu arasnya dalam stesen ini. Nombor stesen 3218101 serta nama stesen adalah TNB Pangsun.


Sungai Langat yang jernih dan mengalir deras di bahgian hulu dekat Pangsun ini. Pasti sejuk ketika berendam walaupun seketika. Ia bersebelahan dengan Masjid Pangsun sahaja.


Air mengalir deras dicelah-celah longgokan batu-batu sungai menghasilkan arus yang lebih deras. Ada laluan tangga boleh turun untuk menikmati kedinginan dan kederasan sungai Langat ini. Pemandangan diambil dari jambatan Masjid Pangsun.

Stesen Graviti Tertib Pertama GP 0236


 Semalam berkesempatan mendapat lagi 20 batu tanda aras menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 36 buah. Memandu terus ke Pekan Batu 11 Cheras untuk menghala simpang Taming Jaya. Sepanjang Pekan Batu 11 Cheras ke Seri Kembangan telah berjaya menemui empat batu tanda aras.


Bermula Cheras Jaya BM#4 B5331, Hentian Impian Ehsan BM#8 B5333, Taming Jaya yang ini BM#17 B5334 dan terakhir SK SgBesi Indah BM#5336. Nombor siri berturutan kemungkinan antaranya pasti ada batu tanda aras yang tidak ditemui atau sememangnya tiada.


Batu tanda aras Taming Jaya ini merupakan koleksi yang ke-17 penemuan. Elok ia terletak di tengah cabang masuk ke Taming Jaya. Sudah pastilah mudah dilihat. BM#17 nombor siri B5334 dan koordinat 3.025559 darjah Utara dan 101.736633 darjah Timur.


Pemandangan dari laluan Batu 11 Cheras Lebuhraya SILK E18. Perlu keluar ke susur bawah sebelum terus ke simpang Taming Jaya.


Koordinat di atas bagi batu tanda aras Taming Jaya ini, Boleh masukkan koordinat dalam googel map. Pasti ia akan bawa terus ke destinasi ini. Mencari batu inipun tanpa apa-apa panduan hanya dengan melihat dengan mata yang tajam sahaja.


Kemudian menghala pula ke Seri Kembangan. Terjumpa batu tanda km 1 dan berhenti berhadapan Klinik Kesihatan. Pekan ini pun sudah berubah. Jalanpun sudah besar dan lebih selesa. Stesen MRT juga sudah terdapat di sini. Perjalanan terus ke Putra Permai, melewati stesen Petronas terlihat batu tanda aras di sebelahnya.


Tanpa berfikir panjang terus masuk ke stesen minyak tersebut. Lagipun memang hendak tuang minyak yang hampir habis ini. Meletak kereta dahulu dan ke tandas sebentar. Selesai urusan terus ke arah batu dan mendokumentasi seperti biasa.


Kedudukan yang agak tinggi dari jalan raya memudahkan ia dikesan. Rumput yang hijau tidak bersemak memudahkan lagi ia dilihat. BM#18 ini nombor siri B5339. Jumpa dilaluan FT3215.


Pastikan berada di laluan utama atau jalan besar bagi mencari batu ini. Laluan ini merupakan Seri Kembangan ke Puchong. Walaupun telah dinaik taraf seperti Pekan Batu 11 Cheras ke Mines. Ia merupakan laluan jalan lama atau jalan asal bagi Cheras ke Serdang atau Seri Kembangan. Jalan taman-taman setakat ini penulis sememangnya masih tidak mejumpai.


Koordinat bagi BM#18 nombor siri B5339 Seri Kembangan 3.017088 darjah Utara dan 101.703051 darjah Timur.


Seterusnya selepas minyak diisi teruskan pencarian ke Dengkil. Sayangnya tidak terlihat sebuahpun batu tersebut. Tiba Dengkil belok ke kanan menghala ke Banting pula. Mata melilau di tepi jalan sambil memandu dengan berhati-hati. Melepasi simpang Paya Indah Wetlands terlihat satu batu tanda aras di bahu jalan.


Batu tanda aras BM#19 ini berhadapan dengan Pasar Mini Boundry. Kereta diletakkan sebelah gerai buah yang tutup. Maka berjalan sedikit terus kedai untuk membeli air sebentar. Menghilang dahaga terus ke BM#19 nombor siri B5082(lama) B5254.


Pemandangan dari arah Dengkil. Kelihatan kerja-kerja meratakan bahu jalan telah dilakukan. Oleh kerana persekitaran bersih, maka mudahlah terlihat batu ini.

Koordinat bagi BM#19 nombor siri B5254 Bukit Changgang adalah 2.838709 darjah Utara dan 101.638981 darjah Timur.


Kemudian terus ke hadapan lagi, tiba Jalan Nilam satu batu telah kelihatan di bahu jalan. Masuk ke Jalan Nilam tersebut untuk mencari parkir. Keluar balik dan terus letak kereta di bahu jalan sahaja.


Batu BM#20 nombor siri B5523 bagi laluan FT31 dari Dengkil ke Banting. Batu ini kelihatan telah tergerak sedikit akibat kerja-kerja meratakan bahu jalan.


Kedudukan batu BM#20 di tepi laluan masuk Jalan Nilam. Kedudukannya telah beralih sedikit kesan kerja-kerja meratakan bahu jalan. Simen dasarnya bergerak-gerak bila dipijak. Ini menandakan bahawa batu ini boleh dialih dengan mudah. Nasib baiklah kontraktor tidak menyodok sampai ia tergolek atau tertonggeng. Jelas tertera setiap batu tanda aras Jabatan Pemetaan dan Ukur Malaysia. Aset kerajaan tidak boleh dimusnahkan sesuka hati. Ia merupakan kepentingan awam.

Koordinat BM#20 nombor siri B5523 Jalan Nilam adalah 2.833130 darjah Utara dan 101.631828 darjah Timur.


Kemudian memandu ke hadapan lagi hingga ke Klinik Desa Olak Lempit. Ternyata di situ terdapat sebuah batu tanda aras. Ini merupakan penemuan kedua batu aras dijumpai berhadapan Klinik Desa. BM#5 nombor siri B0364 merupakan batu tanda aras yang ditemui di Klinik Desa Bangi.


BM#21 nombor siri B5262 di Klinik Desa Olak Lempit. Ia bersebelahan dengan SK Olak Lempit. Ternyata lokasinya di Klinik boleh dipertimbangkan bagi mencari klu batu ini. Premis kerajaan antara tempat yang selamat untuk diletakkan batu BM oleh JUPEM.



Kedudukan BM#20 mudah dikesan tepi pagar klinik sahaja. Kemudian terus menyeberang jalan untuk ke masjid solat zohor. Masjid Nurul Huda, Olak Lempit sentiasa menjadi persinggahan solat. Usai solat perjalanan diteruskan ke Banting.

Koordinat BM#20 nombor siri  B5262 Klinik Desa Olak Lempit adalah 2.836276 darjah Utara dan 101.587082 darjah Timur.


Memasuki laluan nombor 5 Port Dickson ke Klang melihat-lihat di sebelah kiri jalan. Ternyata di masjid terdapat batu tanda aras di Taman Seri, Telok Datuk. Belok ke kiri menghala ke masjid. Hadapannya papan tanda Taman Seri terpampang indah. Batu tanda aras berada diantara dua tiang papan tersebut.


BM#22 nombor siri B5528 Telok Datok dijaga baik oleh masyarakat setempat. Penjagaan seperti ini dapat terus mengekalkan kewujudan batu tersebut sehingga bila-bila.


BM#22 ini telah menjadi sebahagian daripada aset masyarakat setempat. Seharusnya komuniti lain turut perlu mencontohi sikap sedemikian.


Koordinat bagi BM#22 nombor siri B5528 Taman Seri Telok Datok adalah 2.818201 darjah Utara dan 101.520181 darjah Timur.


Oleh kerana masih belum makan. Tiba di Pekan Banting baru berkesempatan untuk mengalas perut. Sebelum itu pergi ke BSN untuk keluarkan wang terlebih dahulu.


Makan nasi kukus di jalan Sungai Lang. Sepinggan berharga RM5.00 sahaja pasti tertarik hati mencubanya. Usai makan perjalanan diteruskan menghala ke Morib. Tiada batu tanda aras dapat ditemui dalam perjalanan itu.


Tiba di Kampung Batu Laut sebelum Kafe Cikgu terlihat batu tanda aras yang lama. Batu BM jenis yang lama tidak kelihatan plat nombor siri. Tertera huruf BM menghadap jalan.


Kedudukan BM#23 sangat dekat dengan jalan Banting - Port Dickson laluan nombor 5. Batu BM yang jarang jumpa masih kekal di situ menandakan bahawa kedudukan tidak pernah berubah. Gambaran menunjukkan jalan ini tidak pernah berubah atau diperbesarkan.


Pemandangan dari atas BM#23 tidak ada plat nombor siri. Sekadar hanya skru besi atau paku ditengah-tengahnya. Agak rendah berbanding batu tanda aras yang baru yang mempunyai plat aluminium nombor siri.


Koordinat BM#23 batu tanda aras lama Kg Batu laut yang rare ini adalah 2.682593 darjah Utara dan 101.502564 darjah Timur. Kalau terlajak dari Kafe Cikgu dari Banting maksud batu ini telah terlepas.


Beberapa meter di hadapan terjumpa pula satu lagi batu tanda aras yang baru. Kedudukan batu ini turut senget bersebelahan jalan laluan nombor 5.


BM#24 nombor siri B5367 Kampung Batu Laut. Agaknya batu BM ini menjadi rujukan terkini bagi kerja-kerja mengukur.


Semasa tiba di batu ini kelihatan dua Pakcik sedang bersembang di bangsal  bertentangan. Maka, maklumkan pada mereka berdua tentang tujuanku di situ. "Nak ambil gambar batu ni," terangku pada mereka. Pakcik itupun tersenyum sambil menjawab, "Ambillah gambar". Sambil meneruskan perbualan tanpa menghiraukan aku.


Koordinat bagi BM#24 nombor siri B5367 Kg Batu Laut adalah 2.672303 darjah Utara dan 101.532952 darjah Timur.


Seterusnya memandu ke hadapan terlihat pula batu tanda aras yang dicat warna kuning. Lokasi masih di Batu laut dekat dengan Kg Kundang tidak silap mata memandang. Siapa pula yang mengecat warna kuning pada BM#25? Sangat prihatin orang itu tentang keselamatn diutamakan.


Habis keseluruhan batu ini dicatkan warna kuning. Nombor siri batu inipun hampir tidak dapat dilihat. BM#25 nombor siri B0212 masih dapat dibaca nombornya walaupun agak tidak kelihatan.

Koordinat bagi BM#25 nombor siri B0212 Batu Laut adalah 2.668865 darjah Utara dan 101.536382 darjah Timur.


Pemandangan batu tanda aras seterusnya dari arah Banting. Memasuki kawasan Tanjung Sepat menjumpai batu ini sebelum jambatan Sungai Gapin.


Rumput dikelilingi batu dicabut dan dibersihkan. Bagaimana dalam semak boleh terlihat batu ini? Jawapannya plat aluminium bahagian atas itu memancar balikan cahaya mentari petang. Warna yang berkilau memudahkan ia dikesan dengan mata kasar ketika memandu bagi yang mencarinya.


Kereta dengan mudah hanya diletakkan ditepi jambatan Sg Gapin yang agak luas itu. Hanya berpatah balik beberapa meter untuk menyampai ke batu ini yang dikelilingi rumput. Cuaca petang itu agak panas tidak menjadi halangan untuk terus memburu batu tanda aras. Musim panas dan kering menjelang tiba. Lebih-lebih lagi kemunculan bulan Ramadan tidak berapa lama lagi.


BM#26 nombor siri B5368 berdekatan jambatan Sungai Gapin ketika ditemui. Nombor turutan selepas BM#24 nombor siri B5367 tadi. Antara turutan dua batu ini adalah BM#25 yang mempunyai nombor siri yang berbeza iaitu B0212 yang mempunyai tiga angka sahaja. Ini menggambarkan BM#25 adalah batu tanda aras yang lebih lama kewujudannya. Sebab itulah pentingnya mengetahui nombor siri sesuatu batu itu. 



Koordinat bagi BM#26 nombor siri B5368 Sungai Gapin Tanjung Sepat adalah 2.665498 darjah Utara dan 101.547214 darjah Timur.


Perjalanan diteruskan hingga ke Pekan Sungai Pelek. Terlihat batu tanda aras berada di hadapan Balai Polis. Meletak kereta dihadapan deretan kedai. Kemudian melintas jalan untuk mendapatkan batu tersebut.


Pemandangan arah Pekan Sungai Pelek. Satu lagi klu untuk mencari batu ini adalah Balai Polis selain Klinik Desa. Carilah dan pandanglah premis tersebut. Pasti anda tidak akan pulang kecewa.


BM#26 nombor siri B0352 di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang. Beberapa daerah telah dijelajahi bermula Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.


Koordinat bagi BM#27 nombor siri B0352 di Balai Polis Sungai Pelek adalah 2.640080 darjah Utara dan 101.714141 darjah Timur. Kemudian menghala ke Pekan Sepang sempat singgah membeli bekalan air. Walaupun sudah lewat petang, bahang tetap terasa hangat tubuh.


Kemudia perjalanan menyeberangi sempadan Negeri Sembilan. Ingin mencuba melihat ke Bukit Pelandok pula. Terus malalui laluan 5 hala ke Lukut. Berhenti di pintu masuk Ladang Bukit Pelandok milik Sime Darby.


Tidak jauh dari pintu masuk terdapat BM#28 nombor siri N0203. Ada bekas cat berwarna biru pada plat nombor siri manakala keseluruhan batu ini dicat putih. Tertulis Batu Aras disamping JUPEM.


Jadi, antara klu yang boleh juga digunakan adalah di pintu masuk ladang-ladang bagi mencari batu aras tanda. Pasti pihak perladangan akan turut menjaga terutama bahagian pintu masuk merupakan kawasan yang sentiasa dikunjungi.


Koordinat bagi BM#28 nombor siri N0203 Ladang Bukit Pelandok laluan FT5 adalah 2.668317 darjah Utara dan 101.771893 darjah Timur. Perjalanan diteruskan ke Chuah melalui Bukit Pelandok. Tiada batu tanda aras ditemui. Ini dapat disimpulkan bahawa ia hanya terdapat di laluan utama sahaja.


Masuk semula laluan 5 belok ke kiri menghala ke Sepang semula. Melepasi Tanah merah melalui jalan dikelilingi kelapa sawit yang bengkang-bengkok. Kemudian terlihat batu tanda aras di sebelah kanan bahu jalan. Berhenti kereta di sebelah kiri bahu jalan ditempat yang agak selamat. Terpaksa melintas jalan berjalan kaki sedikit untuk mendapatkan batu tersebut.



BM#29 nombor siri N5149 melepasi Tanah Merah terconteng dengan liquid paper nombor siri N5149. Oleh kerana batu ini di atas rumput di tepi jalan memudahkan ia dilihat.


Pemandangan arah ke Sepang dari Tanah Merah, Port Dickson. Bahu jalan rumput mennghijau cantik mata memandang. Lagi-lagi seketul batu dikelilingnya mudahlah mencari.

Koordinat bagi BM#29 nombor siri N5149 Tanah Merah adalah 2.625019 darjah Utara dan 101.802427 darjah Timur.


Perjalanan diteruskan hingga ke Balai Polis Tanah Merah. Kali kedua menjumpai batu tanda di Balai Polis. Maka, ini juga boleh menjadi klu bagi mencari batu tanda aras.


Kali ini batu tanda aras kelihatan agak pelik dari kebiasaannya. Ia kelihatan bersimen di bahagian bawah yang lebih lebar. Plat nombor siri tetap ada seperti batu yang lain.


Tertera pada plat Stesen Graviti Tertib Pertama GP 0236. Satu penemuan yang baru dan memberi satu pengetahuan yang baru. Tidak pernah tahu tentang kewujudan stesen ini. Mungkin ada stesen sebegini di tempat lain pula. Bolehlah dicari nanti akan kewujudannya.


Pemandangan dari atas rupa bentuk Stesen Graviti Tertib bersama dengan batu tanda aras. BM#30 nombor siri N5145 di hadapan Balai Polis Tanah Merah.



BM#30 nombor siri N5145 turut mempunyai kesan cat biru pada plat. Masih juga tertulis menggunakan liquid paper tertulis N 5145. Ini mungkinmemudahkan ia dilihat atau dibaca bagi kerja-kerja di lapangan.
Koordinat bagi Stesen Graviti Tertib Pertama GP 0236 adalah 2.648933 darjah Utara dan 101.784426 darjah Timur.


Seterusnya perjalanan ke hadapan lagi hala ke Sepang semula. Terlihat lagi sekali batu tanda aras di tepi jalan atas rumput. Berpatah balik dan terus ke batu memandangkan kawasan bahu jalan yang lapang.


BM#31 nombor siri N5143 berada sebelum simpang Tanah Merah - Bukit Pelandok. Mudah dilihat dari jalan kerana batu tersebut ditengah-tengah rumput menghijau.


Jalan bengkang-bengkok konar baring sanbil mata tajam melihat benda yang dicari sangat menyeronokkan. Kepuasan diperolehi setelah batu berada didepan mata.

Koordinat bagi BM#31 nombor siri N5143 simpang sebelum Tanah Merah-Bukit Pelandok adalah 2.662372 darjah Utara dan 101.774667 darjah Timur.


Kemudian batu terakhir untuk daerah Port Dickson petang itu di Ladang Bukit Pelandok Division B 2. Ternyata setiap pintu masuk ladang yang terdapat Pondok Polis Bantuan Sime Darby terdapat batu tanda aras. Hanya terlepas satu pintu iaitu Ladang Tanah Merah tidak sempat singgah.


BM#32 nombor siri N5141 merupakan batu pertama dari sempadan Negeri Sembilan dan Selangor. Melihat kepada turutan nombor siri adalah bertepatan menurut kedudukan setempat. Bermula BM#32 nombor siri N5141, BM#28 menggunakan nombor siri lebih awal N0203, BM#31 nombor siri N5143, BM#30 nombor siri N5145 dan BM#29 nombor siri N5149. Kemungkinan di Ladang Tanah Merah nombor siri N5147 yang dicari apabila ada masa lapang lagi.


Pintu masuk Ladang, batu tanda aras dijaga baik oleh syarikat. Walaupun kelihatan hampir tenggelam, tetapi ia tetap dapat dilihat. Pernah masuk ke dalam ladang ini kerana belon KLIA jatuh di situ.

Koordinat bagi BM#32 nombor siri N5141 Ladang Bukit Pelandok Division B 2 adalah 2.688668 darjah Utara dan 101.754851 darjah Timur.


Misi seterusnya kembali semula ke Sepang. Singgah solat di Masjid Sepang terlebih dahulu. Usai solat terus menghala ke Salak. Laluan dari Sepang ke Salak telah di naik taraf. Pasti batu tanda aras tidak wujud lagi.


BM#33 nombor siri B7071 lokasi berdekatan simpang Salak dan Nilai. Berada di bahu jalan dikelilingi rumput. Terus meletak kereta berhampiran batu setelah ia dikesan.


Merujuk pada plat nombor siri seolah nombor lama telah dipadam. Maka tertera nombor siri terkini B7071.


Koordinat bagi BM#33 nombor siri B7071 simpang Salak - Nilai adalah 2.785816 darjah Utara dan 101.751788 darjah Timur. Laluan B48 dari Sepang ke Jenderam.


Laluan ke hadapan lagi bertemu batu di Masjid Kampung Salak Tinggi. Berada di tepi pagar maasjid. Masjid juga boleh menjadi klu selain Klinik Desa dan Balai Polis.


BM#34 nombor siri B0261 di Masjid Kampung Salak Tinggi. Nombor siri tiga angka ini menunjukkan kedudukan batu ini lebih lama dari batu yang lain. Tulisan pada plat lebih kemas dan lebih teratur.

Koordinat bagi BM#34 nombor siri B0261 Masjid Kampung Salak tinggi adalah 2.794949 darjah Utara dan 101.748343 darjah Timur.


Pemandangan batu tanda aras hala ke Bandar Baru Salak Tinggi. Persekitaran berpasir di keliling tar berdekatan pintu masuk masjid.


Seterusnya beberapa meter di hadapan terlihat batu tanda aras di tepi tiang papan tanda. Berdekatan jalan masuk Pangsapuri Cempaka, Taman Salak Maju.


Rumput agak tinggi tidak dipotong dan dikemaskan. Namun, mata yang tajam dan lebih fokus pasti ia mudah dikesan walaupun keadaan semakin lewat petang.


BM#35 nombor siri B5258 bagi Pangsapuri Cempaka Taman Salak Maju. Ini juga merupakan batu yang kedua terakhir ditemui pada hari tersebut.

Koordinat bagi BM#35 nombor siri B5258 Pangsapuri Cempaka, Taman  Salak Maju adalah 2.802736 darjah Utara dan 101.747497 darjah Timur.


Batu tanda aras yang terakhir ditemui di Taman Tasik Teratai. Lokasi berdekatan tempat letak kereta.


BM#36 nombor siri B2224 Taman Tasik Teratai mudah dilihat kerana bentuk fizikal yang nampak sepenuhnya.


Pemandangan BM#36 ke arah Jenderam. Kedudukan terletak jalan masuk Taman Tasik Teratai ini. Walaupun jauh dari laluan B48 Sepang ke Jenderam tetapi masih selari atau berdekatan dengan jalan utama itu.


Koordinat bagi BM#36 yang terakhi misi pada kali ini nombor siri B2224 Taman Tasik Teratai adalah 2.809599 darjah Utara dan 101.746426 darjah Timur.

Perjalanan pulang terus ke Jenderam sebelum balik ke Bangi. Sepanjang perjalanan tidak diketemukan sebarang batu.

73, Jojet de 9w2dya

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...