Monumen 0 KM Seremban dan Seri Menanti


Hari ini berjaya menjejaki dua monumen 0 Km Seremban dan Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kesempatan ini diambil selepas menghadiri jemputan rakan sejawat di Lenggeng. Habisnya menjamu selera terus ke Seremban melalui Kg Sompo. Batu tanda sekitar Lenggeng berjaya ditemui pada 28 Disember 2023 yang lalu.


Monumen 0 Km Seremban terletak di luar pagar Pejabat Pos Seremban. Pihak Pos telah mengambil inisiatif membuat monumen yang menarik. Replika seorang Posmen bersama basikal merah yang menjadi ikon menghantar surat sejak zaman berzaman. Sebelahnya pula peti surat dari zaman British telahanku. Pin 0 km Seremban pula di sebelah paling kanan. Rugi rasanya jika tidak mengabadikan gambar kenangan bersama monumen 0 km Seremban ini.


Manakala, bersebelahan dengan monumen ini terdapat sebuah papan infomasi mengenai Km 0. Ia turut menunjukkan gambar monumen asal 0 km Seremban dan tempat-tempat lain di Malaysia. Ini merupakan Monumen KM 0 yang kedua yang dijumpai penulis selepas Port Dickson.


Terdapat beberapa laluan yang menjadi asas pengukuran jarak dari Seremban. Laluan 1 Seremban  ke Gemas dan Kuala Lumpur (jalan Lama). Laluan 11 Bahau ke Keratong. Laluan 51 Seremban ke Kuala Pilah. Laluan 86 Seremban ke Kuala Klawang - Simpang Pertang. Laluan 97 Paroi ke Senawang.


Selepas Seremban terus ke Paroi. Merujuk group FB ada batu tanda 0 km di situ. Namun, tiba di lokasi tiada pula dapat dilihat kelibat. Terus masuk ke masjid At-Taqwa Kg Paroi berhampiran untuk menunaikan solat Zohor. Oleh kerana, Paroi gagal ditemui batu tersebut yang kemungkinan telah hilang atau telah pecah dilanggar kenderaan. Terus memandu ke Kuala Pilah. Berjaya menemui batu tanda 1 km Kuala Pilah FT51. 


Seterusnya menghala ke Karak masuk pula ke simpang Kuala Jelai. Batu tanda 1km Kuala Pilah N112 dari Kuala Jelai. Berhenti kereta di bahu jalan sebelum berjalan ke hadapan sedikit untuk dokumentasi gambar bukti.


Pergerakan stesen 9W2DYA-5 dari batu tanda Kuala Pilah N112 ke batu tanda Sg Dua Kecil N126. Mengaktifkan APRS ketika menjejak batu tanda amatlah penting. Ini memudahkan penulis mengesan kedudukan terkini dan dapat merancang laluan seterusnya.


Selepas berpatah balik ke Pekan Kuala Pilah masuk pula jalan Dioh. Masuk ke kiri hala ke Sg Dua Kecil. Batu tanda 1km Sungai Dua Kecil N126 berjaya ditemui.


Masih pada batu tanda yang sama. Sebelah belakang tertera 1km Dioh N126. Agak bersemak sedikit pada permukaan belakang ini. Ini arah dari Sg Dua Kecil.


Seterusnya berpatah balik semula ke Dioh dan belok ke kiri pula. Terus kehadapan sedikit berjaya menemui batu tanda Dioh N117 dari Sg Dua Kecil. Mudah letak kereta kerana laluannya agak lapang. Persekitarannya rumput agak tinggi memaksa memijak dengan berhati-hati.


Berpatah balik semula ke Pekan Kuala Pilah meneruskan pencarian 3km ke hadapan di Senaling. Kemudian masuk ke kanan menghala ke Seri Menanti. Batu tanda 1km Senaling N24 dari Seri Menanti. Meletak kereta berhampiran rumah kampung. Terpaksa berpatah balik berjalan kaki untuk mengambil foto.


Teruskan perjalanan hingga ke Bulatan Seri Menanti. Pada bulatan Seri Menanti tersebut terletaknya lokasi km 0 bagi Seri Menanti. Namun, destinasi ke Istana Lama Seri menanti matlamat utama dahulu.


Pada masa kini, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti  ini ditutup bagi kerja-kerja membaik pulih. Pagar disekelilingnya telah di bina bagi tujuan keselamatan pengunjung.


Walaupun tutup, bahagian belakangnya ada disediakan kemudahan melepaskan lelah. Boleh menjamu selera dan membasah tekak kerana gerai minuman ada disediakan dibawah Istana bahagian belakang.


Pelbagai maklumat dan papan kenyataan disediakan bagi kemudahan pengunjung untuk mengetahui tentang sejarah. Ini dapat menambah pengetahuan serta pengalaman.




Kawasan Istana lama telah di pagar menjadi kawasan larangan bagi pengunjung. Bolehlah pergi ke bangunan pentadbiran sebelahnya bagi mendapatkan maklumat.


Terdapat laluan penyambung antara bangunan utama dengan bangunan bahagian belakang yang terdapat gerai kopi bahagian bawah.


Rumah tradisi milik Tukang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Ada batu maklumat sejarah di hadapan rumah tradisi ini. Rumah ini terletak diantara bangunan pentadbiran dan Istana.


Rumah tradisi yang berbumbung curam teknologi nenek moyang membolehkan air hujan dicurahkan turun dengan lebih laju lagi. Rumah bertangga dan bertiang tinggi bagi mengelakkan binatang atau haiwan liar serta banjir.


Antara barang peninggalan di bawah Istana Lama ini. Boleh dilihat juga kerusi meja dibelakang sana merupakan gerai minuman yang disediakan untuk pengunjung.


Selepas berkunjung ke Istana Lama, singgah di bulatan untuk mengambil gambar monumen 0 km. Kemudian terus ke Masjid berhampiran untuk menunaikan solat Asar pula.


Pemandangan diambil dari bulatan monumen 0 km pintu gerbang sebuah resort di sana.


Satu sudut pandangan menghala ke Istana Lama dari bulatan pula. Kelihatan jelopi diletak berhampiran pagar. Ketika tiba kelihatan rakan ham mengabadikan foto menggunakan dron. Tak sempat hendak bersalaman didaratan.


Usai solat asar terus pulang melalui Seremban. Batu tanda Seri Menanti N29 telah ditemui dari simpang menghala ke Tanjong Ipoh. Kereta diletakkan di pintu pagar berhampiran Kelab Golf.

Terus kehadapan berjaya menemui batu tanda Terachi N29 dari Seri Menanti. Meletakkan kereta dihadapan kawasan luar pagar rumah yang agak lapang.

Pulang semula ke Paroi kerana tidak puas hati hendak menemui batu tanda 0 km. Ternyata kelibat sememangnya tiada di situ. Terus ke jalan lingkaran tengah Seremban menuju jalan ke Labu. Batu tanda Labu FT362 di sebelah bahu jalan. Kereta diletakkan kehadapan sedikit di lokasi yang selamat. Kemudian berpatah balik berjalan kaki ke batu tanda.

Tamatlah misi pencarian batu tanda untuk hari ini.

Jumpa dan jumpa lagi,

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...