Pada cuti Tahun Baharu 2024 yang lalu bersama harmonic ke Selangor Fruit Valley.Terletak di KM 7, Jalan Rawang Bestari Jaya. Jalan dari Rawang mendaki bukit yang banyak selekoh disajikan gelagat monyet liar merebut makanan. Seterus pemandangan bukit menghijau menandakan tempat menarik ini semakin menghampiri.
Masuk sahaja pintu gerbang bayaran letak kereta sebanyak RM1 sahaja. Memandang cuti umum banyak kenderaan telah tiba lebih awal. Perjalanan dari Bangi hingga ke Ibukota melalui lebuhraya. Selepas itu mengikut jalan Kuching terus ke Rawang.
Meletak kereta dikawasan yang dikhaskan sahaja. Beberapa gerai jualan hasil pertanian wujud disekitar bangunan kaunter tiket. Tiket dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15 untuk warganegara. Buka setiap hari kecuali tutup hari Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kemudahan surau dan tandas turut disediakan. Ini memudahkan para pengunjung untuk menguruskan diri.
Selepas membeli tiket kami diberi nombor giliran untuk menaiki tram. Pihak pengurusan turut membekalkan setiap tiket dengan sebungkus buah potong. Boleh menikmati buah sebelum bergerak menaiki tram ke tempat-tempat menarik yang disediakan terlebih dahulu.
Destinasi pertama kami adalah Eco Bridge. Banyak kemudahan menarik boleh diteroka dikawasan persekitarannya. Namun, harmonic lebih tertarik dengan binatang eksotik. Bayaran masuk RM5 seorang. Terdapat kaunter bayaran disediakan.
No comments:
Post a Comment