Hari ini seperti yang dijadualkan stesen 9M4USM telah diaktifkan. Sempat monitor di frekuensi 435.975MHz ketika semua stesen menggunakan pengulang yang dibawa dalam payload belon altitud tinggi. Mendengar beberapa stesen menghantar lokasi masing-masing melalui pengulang ini.
Kemunculan stesen 9M4USM-11 jam 9.00 pagi seperti yang diwar-warkan. Lokasi pelepasan belon altitud tinggi di Kampar. Igate 9M4USM-10 sempena penerbangan stesen 9M4USM-11 turut diwujudkan bagi memastikan ia sentiasa mendapat packet.
Sempat menonton secara live di facebook Reaksi yang membuat liputan secara langsung di tempat kejadian. Maka berkesempatan melihat belon dilepaskan di facebook tersebut. Tidak sempat untuk memantau seterusnya memandang memandu membawa harmonic untuk berjalan.
Semasa dalam perjalanan dari Bangi ke Dengkil sempat monitor di frekuensi 435.975MHz. Kedengaran beberapa stesen sibuk melaporkan diri di frekuensi. Berhenti sarapan di Dengkil sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Meranti.
Kebetulan semalam ketika balik dari Masjid Meranti terlihat Bug's Paradise Farm. Ingin melihat apa yang ada di tempat itu memandang harmonic sangat suka pada haiwan.
Tiba sahaja terus meletakkan jelopi ditempat kereta yang agak luas di hadapan tempat ini. Masuk pintu sahaja merupakan ruang pameran produk organik yang berhawa dingin. Pelbagai produk makanan kesihatan yang organic boleh dibeli di sini.
Keluar dari ruang jualan temapat makan terbuka dengan kerusi meja dan bangku panjang memenuhi ruang. Ia juga restoran makanan vegetarian yang organic. Suasananya sangat menarik walaupun dewan terbuka. Pemandangan batas-batas sayur yang menghijau sejuk mata memandang.
No comments:
Post a Comment