Monumen KM 0 Puchong


Hari ini berjaya menemui Monumen KM 0 Puchong bagi percubaan kedua. Sebelum ini, ada mencari tetapi lupa pautan untuk koordinat tidak digunakan. Monumen bukan berdekatan Pejabat Pos tetapi bersbelahan dengan peti surat.


Kejayaan ini merupakan penemuan kali ketiga monumen KM 0 dengan cogan kata Sayangi Jalan Persekutuan. Sebelum ini, berjaya menemui monumen seperti ini di Port Dickson dan Seremban.


Pencarian bermula selepas makan tengah hari dan solat zohor di Bandar Baru Bangi. Tanpa apa-apa perancangan tergerak hati ingin melihat monumen jikalau wujud di Pejabat Pos Sungai Besi. Terus masuk ke Lebuhraya Sungai Besi hingga ke pekan.


Tiba di pekan berpusing-pusing mencari Pejabat Pos. Akhirnya jumpa juga bersebelahan stesen MRT. Meletak kereta dihadapan kedai. Menyeberang jalan ke Pejabat Pos mencari monumen KM 0. Bersebelahannya bangunan kerajaan yang sudah usang terbiar. Terus pulang perasaan hampa setelah mengetahui sememangnya ia tiada.



Seterusnya perancangan ke Pulau Meranti. Terus menghala ke Bukit Puchong. Selepas melewati lampu isyarat persimpan LDP terlihat batu putih menegak yang biasa dilihat di puncak gunung.


Monumen berwarna putih menegak ini tertera Hak Kerajaan Malaysia. Batu tanda aras ini tertera lambang JUPEM dan My HSR Corp. HSR merupakan projek rel berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura. Kemungkinan ini merupakan batu tanda laluan rel tersebut.


Tertera lambang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan MyHSR Corp syarikat penuh milik Kementerian Kewangan. Nombor rujukan tertera UG0691 S1HSR03.


Kepada yang berminat untuk mencarinya juga boleh merujuk koordinat di atas. 2.986931 darjah Utara dan 101.618750 darjah Timur.

Kemudian terus memandu ke Bukit Puchong melewati Lotus Puchong. Terlihat batu tanda aras atau Bench mark di tepi jalan. Masuk menghala Masjid Bukit Puchong, meletak kereta di tepi jalan. Deretan gerai-gerai dikunjungi ramai pada sebelah petang yang mendung seharian.


Melewati gera-gerai dan merentasi padang rumput laluan gas bawah tanah. Terus ke tepi jalan untuk bukti bergambar. BM pertama ini tertera nombor rujukan B 7028.


Jelas tertulis Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Nombor rujukan bagi batu tanda aras ini adalah B7028.


Bagi yang berminat untuk turut mencari boleh merujuk koordinat di tas. 2.980830 darjah Utara dan 101.618158 darjah Timur.


Kemudian terlihat batu tanda aras (BM) yang kedua bersebelahan Masjid Meranti. Terpaksa membuat pusingan U di tempat yang telah ditetapkan. Terus masuk perkarangan masjid. Meletak kereta dahulu sebelum keluar pagar.


Kebiasaannya bergambar bukti terlebih dahulu. Selesai sahaja mengambil gambar batu tanda Pulau Meranti, azan Asar terus berkumandang. Terus masuk Masjid Meranti untuk solat Asar berjemaah. Usai solat terus menghantar jelopi untuk dibasuh  ke tempat basuh kereta dalam perkarangan masjid tersebut.


Bagi penemuan batu tanda aras yang kedua ini terdapat sedikit perbezaan. Batu ini tertera Tanda Aras berserta nombor siri 3020.
Nama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).


Percubaan untuk mencari batu BM  perlu merujuk koordinat di atas. 2.969615 darjah Utara dan 101.640786 darjah Timur. Selamat menjejak!


Selesai kereta dibasuh terus memandu arah ke Putrajaya. Terjumpa batu tanda 1 km. Batu tanda Putrajaya dari Pulau Meranti. Sebenarnya ada terlihat satu lagi batu tanda 1 km di hadapan dari Cyberjaya. Tak sempat hendak berhenti kerana laluan selekoh yang merbahaya.

Jumpa dan jumpa lagi,

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...