Batu Tanda Aras B 5331, B 0354 dan B 62922

Dua hari berturut berjaya mencari Batu Tanda Aras semasa perjalanan ke sekolah. Semalam 22 Januari 2024 berjaya mengesan batu tanda aras di simpang Cheras Jaya E18.


Keluar sahaja simpang dibahu jalan terlihat batu tanda aras dalam pembahagi jalan dan tepi longkang. Pusingan pertama memerhati tempat yang selamat hendak letak kereta. Pusingan kedua meletak kereta di laluan bengkel lori yang telah berpagar. Berpatah balik ke batu tanda aras dan mengambil gambar bukti.

BM#4 koleksi yang telah dijumpai No. B 5331. Koordinat 3.030040 darjah Utara dan 101.761619E. Boleh cari berdasarkan koordinat di atas.


 Sementara hari ini pula berjaya mengesan dua batu tanda aras. BM#5 telah dikesan di Klinik Desa Bangi. Berhenti kereta bertentangan dengan klinik berdekatan kedai barangan logam. Melintas jalan dan terus dapatkan batu tersebut. Plat aluminium telah dicat berwarna merah. Nasib baik tulisan masih dapat dibaca.


BM#5 No. siri B 0364 bertentangan dengan pagar Klinik Desa Bangi. Sebenarnya batu ini telah terperasan kewujudan sejak beberapa hari yang lepas.  Cuma pagi ini berkelapangan untuk mencarinya.


Pemandangan dari atas batu tanda aras yang telah dicat merah. Badannya turut dipenuhi lumut. Ini menunjukkan ia telah bertapak lebih lama di sini.


Kenderaan pacuan empat roda KKM turut berada ketika gambar diambil. Batu tanda ini diletak berhadapan premis kerajaan lebih terjamin keselamatan. Selain itu, batu tanda aras turut berada di jalan utama atau jalan besar.


Koordinat No. B0364 adalah 2.901840 darjah Utara dan 101.778348 darjah Timur. Boleh lock koordinat terlebih dahulu bagi sesiapa yang berminat untuk memburu batu tanda aras tersebut.



Misi kedua pula dekat pintu masuk utama Agensi Nuklear Malaysia BM#6 koleksi yang ke-enam. Elok berada diantara longkang utama.


No. B 62022 turut ditumbuhi banyak yang lumut. Tidak hairanlah lokasinya dikelilingi tumbuhan di hutan. 


Sudut pandangan sisi atas ini kelihatan lumut lebih banyak tumbuh.


Pemandangan menghadap pintu masuk Agensi Nuklear Malaysia. Batu diletakkan sedikit di bawah cerun. Sebab itu setiap hari lalu di sini pasti terperasan.batu tanda aras ini.


Koordinat BM#6 adalah 2.906472 darjah Utara dan 101.766916 darjah Timur.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...