MALAYSIA DX CONTEST 2020 - 9MDXC

TARIKH: 25 – 26 Januari 2020
MASA PERTANDINGAN:
[MULA]
00:00 UTC, 25 Januari 2020 (Sabtu) / 08:00 MST, 25 Januari 2020 (Sabtu)
[TAMAT]
23:59 UTC, 25 Januari 2020 (Sabtu) / 07:59 MST, 26 Januari 2020 (Ahad)
TEMPOH PERTANDINGAN: 24 jam.
TUJUAN:
Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur dari seluruh Malaysia dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti ‘contest‘ iaitu ianya memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan.
BANDS:
Hanya 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m.
JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:
SSB   ->   RST + UMUR pengendali. (Contoh: 59 + 30)
[CONTOH]
o Jika umur pengendali radio adalah 30 tahun pertukaran RST : (59 + 30)
o Pengendali radio wanita boleh memberikan pertukaran RST umur (contoh 30 tahun) akan tetapi dibenarkan untuk memberikan RST : (59 + 30) atau (59 + 00)
o Multi Operator boleh memberikan pertukaran RST secara umur purata. Jika umur pengendali antara 25 – 35 tahun. RST (59 + 30) untuk purata semua pengendali.
CARA PANGGILAN PERTANDINGAN: 
SSB : “CQ…….. MYDX…… CONTEST”
KATEGORI:
[Stesen MALAYSIA]
1. SOSB LP –> Single Operator Single Band Low Power (9W2, 9W6 & 9W8 only). Kuasa pancaran mengikut AA.
2. SOAB HP –> Single Operator All Band High Power (9M2, 9M6 & 9M8 only). Kuasa pancaran mengikut AA.
3. MOST HP –> Multi Operator Single Transmitter High Power (9M4 akan dikira sebagai MO)Kuasa pancaran mengikut AA.
[Stesen DX]
1. SOAB LP –> Single Operator All Band Low Power. Max power 100W
2. SOAB HP –> Single Operator All Band High Power. Max power 1500W
3. MOST HP –> Multi Operator Single Transmitter High PowerMax power 1500W
*** Single Band akan dikira sebagai All Band bagi stesen DX.
PEMARKAHAN:
[Stesen MALAYSIA]
o ‘Contact’ dengan 9M2/ 9W2/ 9M4: 10 mata.
o ‘Contact’ dengan 9M6/ 9W615 mata.
o ‘Contact’ dengan 9M8/ 9W815 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang sama: 5 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang berlainan: 7 mata.
[Stesen DX]
o ‘Contact’ dengan negara sendiri: 2 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang sama: 5 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang berlainan: 7 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen Malaysia: 15 mata.
PENDARABAN:
Jumlah Mata x ( Jumlah Prefix 9M + Jumlah Negara ).
Contoh: 1000 mata QSO x ( 3 prefix 9M + 70 negara ) = 73000 (Mata akhir)
LOGGING SOFTWARE:
Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia DX Contest 2020 ini.
CABRILLO FORMAT:
Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.
USER DEFINE CONTEST (UDC):
Sila muat turun fail UDC di sini.
*** Fail UDC sudah boleh dimuat turun.
PERATURAN UMUM:
1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua stesen radio amatur.
2. Dupe log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.
3. Kiraan mata yang dinyatakan dari perisian N1MM Logger akan mengalami perubahan setelah dikira semula oleh sistem ‘Cabrillo Evaluator‘. Hal ini adalah kerana perisian N1MM Logger tidak dapat membezakan penyertaan daripada kategori SOLP/ SOHP dan MOHP.
4. Log yang dihantar perlu menggunakan ‘callsign’ anda yang ditulis dengan huruf besar.
5. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 sahaja. Sila hantar log anda dalam format Cabrillo di sini.
6. Jawatankuasa 9MDXC tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.
7. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 7 hari selepas tamat pertandingan iaitu 2 Februari 2020 (23:59 UTC)Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai ‘check log‘.
8. Perlakuan ‘self spotting’ adalah tidak dibenarkan.
9. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.
10. Semua peralatan ‘transmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.
11. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.
12. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.
13. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.
14. Keputusan pertandingan  Malaysia DX Contest 2020 ini akan diumumkan pada 29 Februari 2020.
SIJIL:
Semua stesen yang menyertai Malaysia DX Contest 2020 ini akan diberikan sijil dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC.
PLAK:
[Stesen MALAYSIA]
o Top Single Operator Single Band Low Power.
o Top Single Operator All Band High Power.
o Top Multi Operator Single Transmitter High Power.
[Stesen DX]
o Top Single Operator All Band Low Power.
o Top Single Operator All Band High Power.
o Top Multi Operator Single Transmitter High Power.

Terima beacon RS0ISS dan YB0X-1

Awal pagi ini berjaya mendapat satu beacon RS0ISS. Satelit Lapan A2 YB0X-1juga mendapat empat beacon.



Terima beacon YB7VVA melalui YB0X-1

Malam ini berjaya menerima beacon stesen YB7VVA melalui YB0X-1. Turut mendapat tiga beacon YB0X-1. Pada sebelah pagi berjaya mendapat 6 beacon YB0X-1.





01/23/2020 9:11:49 PM+08:00YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-5:T#013,142,197,253,000,000,00000010

Jam 9:11:49 berjaya mendapat satu packet.

Terima beacon RS0ISS dan YB0X-1

Pagi ini menerima beacon RS0ISS dan YB0X-1. Beacon RS0ISS diterima sampai ke I-gate 9W2DYA-5 pada jam 5:52:40 pagi.



Manakala, beacon YB0X-1 mendapat sebanyak 7 beacon pada pagi ini



01/20/2020 9:42:46 PM+08:009W2EVR-7>APDR13,YB0X-1*,WIDW1-1,qAR,YF1ZQA-10:=0308.02N\10222.83ES/A=000200 DE:9W2EVR OJ13ed

Malam juga turut memburu YB0X-1 ialah stesen 9W2EVR-7

Terima beacon HS6TUX-6 melalui YB0X-1

Sebelah pagi berjaya menerima 7 beacon YB0X-1. Manakala sebelah malam pula menerima 4 lagi beacon YB0X-1. Jumlah keseluruhan beacon YB0X-1 yang diterima pada hari ini adalah sebelas.


Sebelah malam juga, turut berjaya menangkap beacon  HS6TUX. Bermobile dengan jarak1591km




Stesen HS5GDX-4 di Kajang

Petang ini kelihatan stesen HS5GDX-4 berada di Kajang.


Terima beacon HS6KLJ-4 melalui YB0X-1


Pagi ini mendapat satu lagi stesen dari HS Land iaitu HS6KLJ-4. Terima 2 beacon YB0X-1 kali ini. Jaraknya 1601.87km ke Bangi.

Credit DU6DKL
Rakan dari DU land Kako DU6DKL telah menghantar gambar dalam FB menunjukkan 9W2DYA-5 berjaya direkodkan pada layar radio Kenwoodnya.
Credit DU6DKL
Beliau merupakan stesen yang aktif dengan aktiviti APRS. Banyak stesen berjaya dapat dihubungi melalui aprs ini.

Creidt DU6DKL
Kako DU6DKL selalu berkongsi maklumat terutama stesen yang berjaya didengari melelaui frekuensi 145.825MHZ. Terutamanya ketika lintasan ISS dan Lapan A2



Pada malam ini juga, semasa lintasan Satelit Lapan A2 YB0X-1 satu stesen dari negara jiran HS land berjaya didengari. Beacon HS6TUX-6 dengan jarak 1579.73 berjaya masuk ke Igate 9W2DYA-5.


Beacon YB0X-1 sebanyak 5 telah berjaya menembusi Igate 9W2DYA-5 di Bangi. Maka jumlah keseluruhan pada hari ini adalah 7 beacon YB0X-1.

Credit HS6TUX
Stesen HS6TUX-6 bermobile ketika lintasan YB0X-1 hingga ke stesen YF1ZQA-10 di YB land. Ketika inilah beacon HS6TUX-6 turut ditangkap di Bangi.

Credit HS6TUX
Radas yang digunakan untuk stesen HS6TUX-6 di dalam jelopinya.

01/16/2020 9:29:52 PM+08:009W2DYA-1>APET51,WIDE1-1,WIDE2-1,DU6DKL-9,WIDE2-1*,qAR,DU6DKL-1:!0303.43N/10146.49ErKg Batu 10 Ch

Raw data diatas juga menunjukkan stesen 9W2DYA-1 berjaya didengari oleh DU6DKL-1 di Filipina. Jaraknya dari Filipina ke Bangi 2490.46km.


Stations that heard 9W2DYA-1 directly during January 2020.

StationNumber of packetsLatest heardLongest distance
Symbol  9W2DYA-570801/17/2020 10:09:48 AM+08:0018.08 km
Symbol  9W2DYA-316801/17/2020 9:49:50 AM+08:0018.08 km
Symbol  9W4GOT-110601/10/2020 9:58:42 AM+08:0017.56 km
Symbol  DU6DKL-1101/16/2020 9:29:52 PM+08:002490.46 km
Symbol  9W2NTN-9101/07/2020 7:36:04 AM+08:0017.31 km

Terima beacon HS6KLJ-6 melalui YB0X-1

Pagi ini berjaya menerima satu beacon HS6KLJ-6 melalui YB0X-1 Satelit Lapan A2. Beacon YB0X-1 berjaya mendapat tiga.


Petang semalam berjaya menerima 6 beacon YB0X-1.



73, Jojet de 9W2DYA

SONDEBMKG @ Surabaya

Pagi ini belon cuaca SONDEBMKG dikesan telah diaktifkan. Ia dilepaskan dari Juanda BMKG. Rekod tertinggi pada pagi ini telah mencatat 31457 meter pada jam 8:47 pagi. Data terakhir merekodkan ketinggian 6365 meter pada jam 9:05 pagi.



Belon Cuaca di Surabaya dan Bali

Pagi ini kelihatan pergerakan belon cuaca di Surabaya dan Bali. Aktiviti mencari data-data berkaitan cuaca menggunakan belon meteorologi.



Belon di Surabaya menggunakan isyarat panggilan SONDEBMKG daripada YG3CJY-11. Kemungkinan dilepaskan dari sekitar Lapangan Terbang Antarabngasa Juanda. Ia menggunakan iMS-100 GPS Radiosonde.

GPS radiosonde is an upper-air sounding instrument to measure various types of meteorological data; wind speed, wind direction, pressure, temperature and humidity. Wind speed, wind direction and pressure are calculated from the travel speed and altitude obtained by GPS positioning techniques. Every 1 second measured data are transmitted to ground receiving system via 400-406 MHz band.

Compact and commonly-used devices are aggressively adopted in iMS-100 to achieve downsizing (just only 38 g including one battery) and its cost reduction. iMS-100 also serves for total operation cost saving by using smaller balloon and reducing the gas amount depending on the target height. Furthermore, the lightweight package greatly enhances safety in the sounding operation even without parachute when it accidently falls down on land, especially.

Improved sensor boom achieves higher accuracy in temperature measurement. Also, newly developed high response humidity sensor enables more accurate humidity measurement even in low temperature environment (below –40℃). In addition to the advantages of cost and safety, the innovative downsizing can minimize pendulum motions and heat contamination from the sonde itself during launch, which improves the measurement performances in terms of wind and temperature.

Compact & Light Weight Radiosonde


  • Much higher accurate measurements of temperature and humidity, wind for the upper-air soundings
  • Light weight 38 g iMS-100 helps enhancing safe operation especially when it falls down to the ground.
  • Tiny iMS-100 effectively reducing overall operational costs (smaller balloon, fewer gas consumption) depends on the target height
  • Downsized iMS-100 can contribute to reduce environmental burden through the entire life cycle (manufacturing, transportation, storage, and disposal)
  • One lithium battery enables more than 4 hours sounding operation.
  • High stability transmitter complying with ETSI (EN 302 054 V1.1.1)

  • Easy preparation through wireless infrared communication (IrDA) between radiosonde and sonde checker unit before launch


  • Ketinggian terakhir dicatat adalah 119 meter pada jam 9:25 pagi.


    Belon di Bali menggunakan isyarat panggilan IMS6B381D daripada YD9ACN. Ketinggian terakhir direkodkan pada 4880 meter. Kemungkinan turut dilepaskan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

    73, Jojet de 9W2DYA

    Terima packet RS0ISS

    Pagi tadi berjaya menerima satu packet RS0ISS. Packet dari Stesen Angkasalepas Antarabangsa ISS bermula jam 11:12 pagi. Menerimanya di penghujung laluan iaitu jam 11:24:35 pagi waktu Malaysia.


    Ini merupakan packet kedua daripada aktiviti satelit melalui APRS. Sebelum ini satelit Lapan-A2 YB0X-1 berjaya mendapat satu packet juga oleh  Igate 9W2DYA-5 01/05/2020 11:24:34 AM+08:00RS0ISS>CQ,qAR,9W2DYA-5:>ARISS - International Space Station



    Credit DU6DKL
    Sementara itu, rakan dari Filipina  Kako Kilayko Lizares DU6DKL melaporkan bahawa stesen Pumbaa 9W2PUM telah dikesan oleh Igatenya.
    Credit DU6DKL
    Ini mungkin berlaku sewaktu stesen 9W2PUM-8 sedang menaiki kapal terbang dari Johor ke Pulau Pinang. Namun Kako DU6DKL tidak manyatakan waktu gambar diambil. Perasan ketika penerbangan adalah waktu jam 7 lebih. Melihat tail yang panjang dari Johor ke Pulau Pinang dengan altitud melebihi seribu meter. Jangkaan sebegitu pastilah berada di dalam kapal terbang di ruang udara Semenanjung Malaysia.


    Credit DU6DKL
    Terdapat beberapa stesen dari 9M land pada raw data gambar yang dikirimkan. Stesen tersebut adalah 9W2UHF-9 dan 9W2JDY-1.
    Apabila diteliti gambar tersebut terpapar waktu jam 20:54 waktu Filipina kemungkinannya.



    Stesen Peter Jennings VE3SUN telah dikesan berada di Singapura. Merujuk pada laman sesawang beliau http://nomadness.benlo.com
    beliau sangat aktif mengembara bersama campervan Romahome. Beliau telah menjelajah sebanyak 119 buah negara. Mungkinkah akan merentasi Semenanjung? Tunggu dan lihat stesen VE3SUN di aprs maps.

    73, Jojet de 9W2DYA

    Satelit YB0X-1 berjaya dipukat

    Pagi ini berjaya mendapat tiga beacon Satelit Lapan A2 YB0X-1. Sudah lama tidak mendapatkannya. Pagi ini dipermulaan tahun baru merupakan satu petanda yang baik.



    Pagi ini juga, stesen 9W2JDY-1 di Kuantan turut mendapat satu packet. Satu stesen lagi dari 9M land adalah 9W2RLW-4 di selatan tanahair. Setakat pagi ini, 3 stesen dari Malaysia berjaya mendapat packet YB0X-1.


    Stesen yang mendahului adalah YF1ZQA-10 sebanyak 36 packet. Satu lagi stesen  dari YB land adalah YB8XM-1 dengan satu packet.

    Stesen VK land yang paling aktif VK6HV-10 tempat kedua kedudukan dengan 28 packet. Dua stesen HS land yang mengikuti rapat adalah HS3LSE-11 dengan 23 packet serta HS9DMC-10 dengan 3 packet.

    Stesen DU land yang aktif DU6DKL-5 mendapat 2 packet serta DU6DKL-10 mendapat 1 packet.

    Beacon YB0X-1 berjaya menebar ke seluruh Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan hingga ke Australia.

    73, Jojet de 9W2DYA

    Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

      Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...