Total Pageviews

Sunday, December 28, 2014

Liputan Radio Amatur dalam Berita TV1 pada 27 Disember 2014






Liputan berita Nasional 5 di TV1 berjaya aku rakam menunjukkan peranan radio amatur menyampaikan maklumat yang tepat semasa bencana. Wartawan berita melaporkan betapa pentingnya maklumat yang tepat diperolehi melalui perkhidmatan radio amatur semasa negara mengalami bencana banjir sejak beberapa hari lalu.

Kerjasama Awam dan Kerajaan dalam penyampaian maklumat. Sukarelawan Unit Radio Amatur dengan call sign 9M4CMA bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia serta RTM - Radio Televisyen Malaysia untuk memastikan maklumat dapat disampaikan kepada orang ramai.

Selamat bertugas kepada sukarelawan yang menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment