SSTV dari ISS jam 10.43 malam 20/12/14



Hari ini jam 10.43 malam seperti dalam jadual laluan ISS berjaya mendapat signal dan gambar SSTV dari ISS. Aku menggunakan software MMSSTV ver 1.13A berjaya mendapat gambar yang hampir sempurna. Cuma dihujung signal kurang tetapi gambar yang dihantar dapat dilihat dengan baik sekali.

Sebentar lagi lebih kurang 12.17 tengah malam sekali lagi ISS akan melalui Malaysia. Aku harap dapat gambar yang lebih baik. Terima kasih kepada Weerut 9W2RUT kerana mencadangkan software ini untuk mendapat gambar dari ISS.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

9M2AHF menyapa 9W2DYA

  Tengah hari semalam ketika hendak ke saltmine telah disapa oleh stesen  Mohd Zulhelmi 9M2AHF. Ini berlaku semasa memberhentikan jelopi di ...