Tahniah kepada rakan yang lulus RAE 1/2010

Keputusan yang ditunggu-tunggu telah keluar, melihatnya memberi satu debaran kerana segala usaha telah dicurahkan. Tahniah kepada rakan yang telah lulus manakal yang gagal janganlah kecewa. Usaha berganda perlu diteruskan hingga berjaya kerana ada yang mengambil RAE lebih dari sekali tidak pernah putus asa dan terus mencuba tanpa mengenal jemu. Semangat inilah perlu ada pada rakan sekalian. Belajar dan terus belajar dan mencari pengalaman yang seluas mungkin. Dunia kini tanpa batasan segala maklumat ihujung jari sahaja. Tepuk dada tanya selera, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, saya percaya rakan-rakan boleh melakukannya.Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Jadi boleh mencuba untuk RAE yang akan datang. Semoga berjaya. 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Wetland Upper Bisa

  Pagi ini meneroka bahagian timur Tasik Putrajaya. Bermula dari tempat letak kereta belakang blok D. Cuti hujung minggu pagi ini ramai oran...