Total Pageviews

Tuesday, May 6, 2014

Masih dapat text bersama 9W2OTG-5


Malam ini sekali lagi dapat text bersama 9W2OTG-5 melalui aprs.
Cubaan menghantar audio gagal di channel simplex V66. Beliau tidak mendengar audioku. Tak kesampai ke Nilai signal aku.

Semasa mengaktifkan RF kedengaran bunyi packet semasa text dihantar agak berbeza sedikit daripada kebiasaannya. Segala bunyi dalam digital mode adalah data itulah aku belajar masa seminar APRS yang lepas.

Semua jenis mode digital mempunyai bunyi yang tersendiri itu kesimpulan yang dapat dibuat apabila pembentangan Abg Salleh 9W2STT/M0GJE tentang digital mode. Selama ini hanya teori dalam pembacaan sahaja, tetapi dalam seminar ini baru dapat didedahkan tentang pelbagai jenis dalam mode digital.

Mode digital ini menyebabkan radio amatur bertambah menarik dan berkembang berbanding hanya menggunakan suara sahaja. Ia menarik minat generasi baru yang lebih terdedah dengan sains dan teknologi yang semakin dan sentiasa berubah. 

Sebenarnya menarik dapat meneroka sesuatu yang baru yang tidak terbatas dalam digital mode ini. Hanya dengan kesungguhan dan minat pasti perkara baru dapat diterokai.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment