Team SAR Kuantan dapat senjata baru

Credits 9W2FVC

 Pagi ini senjata yang dibekalkan oleh Wak Mid 9M2TPT dari Sungai Buloh telah berfungsi dengan baik di base station Fitri 9W2FVC. Team SAR Kuantan ini telah mempunyai stesen feeder untuk mencerap belon Kuantan di Mentakab. Hasil sumbangan Wak Mid 9M2TPT diharap dapat menjejak radiosonde model baru ini dengan lebih cekap lagi.

credits 9M2TPT

Hardware yang disumbangkan Wak Mid 9M2TPT bagi pembangunan radiosonde Team Kuantan. Raspberry Pi dan dongle RTL SDR untuk mendekod isyarat radiosonde WxR-301D keluaran Weathex Korea.

credits 9M2TPT

Zak 9M2ZAK turut membantu configured perisian yang diperlukan dalam mendekod radiosonde ini. Setelah selesai barulah ia dapat berfungsi dengan baik. Zak 9M2ZAK dari Kulai boleh membantu Wak Mid 9M2TPT di Sungai Buloh dengan adanya teknologi internet masa kini. RealVNC viewer membolehkan kerja-kerja perisian dilakukan oleh orang lain kepada orang lain berada di tempat yang berbeza dalam waktu yang sama. Kerjasama dua stesen ini berjaya memudahkan kerja-kerja yang dijalankan.

credits 9M2TPT

Senjata telah berada dalam kotak disediakan oleh Wak Mid 9M2TPT. Sesi penyerahannya telah diadakan pada malam tadi di Sungai Buloh.

credits 9M2TPT

Wak Mid 9M2TPT turut menyumbangkan monitor hdmi bagi memudahkan memantau pergerakan belon. Mudahlah Fitri 9W2FVC memantau pergerakan radiosonde di Mentakab.

credits 9M2TPT

Pemantauan di aprs pergerakan rakan-rakan menuju ke Sungai Buloh. Kelihatan di tangkap layar adalah stesen  Yatt 9W2MFE-5 dari Klang dan 9W2XOR-9 dari Bentong bersama Fitri 9W2FVC dari Mentakab. Turut hadir adalah stesen 9W2OCX Arul bersama Choong 9M2CEI dari Shah Alam.

credit 9W2MFE

Sesi eyeball di Sungai Buloh sempena penyerahan senjata untuk Team SAR Kuantan oleh Wak Mid 9M2TPT. Stesen yang hadir gambar dari kiri Yatt 9W2MFE, Ajoe 9W2XOR, Choong 9M2CEI, Arul 9W2OCX, Fitri 9W2FVC dan tuan rumah Wak Mid 9M2TPT.

Semangat Ham dan pemburu belon terserlah dapat dilihat dalam sesi eyeball ini. Sanggup datang dari jauh bagi mengeratkan ikatan dan perhubungan kerana mempunyai minat yang sama. Semangat ini perlu dicontohi dan diteruskan bagi mengekalkan minat yang berterusan di masa hadapan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...