Hampir 12 jam bateri masih hidup

credit 9W2XOR

 Belon Kuantan pagi tadi jatuh ke darat lagi. Pada kali ini, ia dikesan jatuh di Sri Jaya. Fitri 9W2FVC dan Ajoe 9W2XOR agak lewat tiba dikawasan kejadian. Hampir 6 petang isyarat masih lagi kedengaran di corong radio.


Kelihatan kawasan Persatuan Pasukan Bomba Sukarela Sri Jaya berhampiran lokasi kejadian.


Video pertama menunjukkan isyarat masih lagi aktif walaupun jam melepasi enam petang. Berbanding dengan DFM-17, kuasa bateri mampu bertahan sehingga jam 4 petang sahaja.


Video kedua menunjukkan isyarat radiosonde oppa semakin kuat. Jadi isyarat boleh didekode menggunakan raspi dan rtl-sdr yang dibawa. Percubaan mengesan isyarat ketika bermobile telah gagal. Oleh itu, atas cadangan rakan di group agar berhenti di suatu tempat kawasan yang lebih tinggi. Kawasan tinggi dapat mencerap isyarat dengan lebih mudah dan stabil penerimaannya.

credit 9M2CEI

Pin dalam google map menunjukkan koordinat terkini yang berjaya dicerap. Gambar satelit menunjukkan berada berdekatan sebuah rumah.

credit 9W2XOR

Belon Kuantan radiosonde 2302105665 merupakan belon kelima yang dijumpai dalam masa tiga hari. Tahniah atas kesungguhan  Fitri 9W2FVC dan Ajoe 9W2XOR atas kejayaan menjumpai oppa walaupun sibuk dengan tugasan masing-masing.

credit 9M2ZAK

Zak 9M2ZAK yang membuat pemantauan dari Kulai telah mengesahkan data yang diterima adalah benar. Maka, koordinat yang dicerap itu adalah tepat dan stabil. Mudahlah kedua stesen untuk terus ke lokasi kejadian.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...