Stesen K4UAH-6 berada di tenggara Krasnoyarsk, Rusia


Petang ini, stesen K4UAH-6 masih meneruskan penerbangannya ke arah selatan tanah besar Rusia. QTH  terkini berada di tenggara Krasnoyarsk, Rusia.

Jam 16:08 kelajuan 63km/h dengan bearing 150 darjah. Altitud 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar pada petang ini 4.30 volt. Locator NO75QN.

Jam 16:38 kelajuan 30 km/h dengan bearing 159 darjah. Altitud 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator NO75RK.

Jam 19:18 merupakan detik terakhir K4UAH-6 diaktifkan pada hari ini. Kelajuan 31 km/h dengan bearing 89 darjah semakin mengarah ke timur. Altitud 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar yang terakhir digunakan adalah 3.50 volt. Locator NO84CV.

Semakin penerbangan ke timur zon waktu semakin berubah. Kini waktu tempatan di Rusia bersamaan waktu di Malaysia. Mudahlah sikit hendak memantau pergerakan belon ini.



 

No comments:

Post a Comment

Misi Mencari Radiosonde di Banting

  Semalam lima misi mencari radiosonde dilancarkan lagi di Banting. Misi berdua bersama Hanif 9W2VHF. Kali ini berjumpa jam 10 pagi di Jalan...