Stesen K4UAH-5 dan K4UAH-6 super pressure balloon keliling dunia.

 


Stesen K4UAH-5 dan K4UAH-6 merupakan dua super pressure balloons sedang misi mengelilingi dunia. Ia dilancarkan oleh Space Hardware Club. University of Alabama Huntsville, Amerika Syarikat.



Stesen K4UAH-5 telah dilancarkan pada 20 Februari 2021. Manakala, stesen K4UAH-6 dilancarkan kemudian pada 8 Mac 2021. Kedua belon ini dilengkapi dengan WSPR tracking 20m 14.0956MHz.


SBS-12 Specifications

New SBS-12 Version 2 is a machine seamed Super Pressure Balloon.
Estimated Altitude (41k-43k feet)  (12.4km -13.1km)
Dimensions when flat on table (3’ W X 6.42’ L)  (0.91m W X 1.96m L)
Film Thickness, (1mil)

SBS-12 merupakan super pressure balloon menggunakan aerospace film untuk prestasi yang lebih baik ketika penerbangan mengelilingi dunia. Telah diuji kemampuannya mengelilingi dunia tanpa sebarang masalah. Ia merupakan keluaran syarikat Scientific Balloon Solutions.






The APRS Skytracker comes pre-assembled with solar panels, Supercap and antenna wires attached. It is ready to fly out of the box with fishing line and tape included. The WSPR version comes with spools of magnet wire taped to fishing line but you will have to measure and cut the antenna wires to length and there is some soldering involved to attach the antenna wires.


The APRS Skytracker yang digunakan turut dihasilkan oleh syarikat yang sama. Panel solar untuk kelangsungan tenaga bagi terus berfungsi dengan baik.


Bagi stesen K4UAH-5, telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 6 kali. Seterusnya, stesen K4UAH-6 telah 5 kali mengelilingi dunia. Kedua stesen ini masih aktif diruang angkasa. Pada hari ini. kali terakhir stesen K4UAH-6 dikesan berada di kepulauan Andrean menghala ke Alaska 7 jam yang lalu.

Sementara itu, stesen K4UAH-5 dikesan kali terakhir berada diantara Hawaii dan Kribati 10 jam yang lalu. Altitud stesen K4UAH-5 ketika itu adalah 13900m. Manakala, stesen K4UAH-6 adalah alltitud 12300m.

Update Ahad 6/6/2021 9:00MST

K4UAH-5  menghala ke Baja California arah timur laut. Altitud 13900m dengan kelajuan 57km/h. Kuasa bateri 3.40 volt serta suhu 5 darjah selsius.

K4UAH-6 berada di Teluk Alaska menghala ke arah tenggara benua Amerika. Altitud 12540m dengan kelajuan 72km/h. Kuasa bateri 4.50 volt serta suhu 5 darjah selsius.

Update Ahad 6/6/2021 22:30MST

K4UAH-5  telah memasuki ruang udara negara Mexico. Altitud 13780m dengan kelajuan 104km/h. Kuasa bateri 3.60 volt serta suhu 5 darjah selsius. 

Jam 22:38 menghala ke tenggara dengan altitud 13720m dengan kelajuan 115km/h. Kuasa bateri meningkat ke 4.00 volt dengan suhu 25 darjag selsius.

Jam 22:47  Altitud meningkat semula kepada 13780m. Penerbangan semakin perlahan sedikit dengan kelajuan 104km/h. Kuasa bateri bertambah lagi kepada 4.20 volt dengan suhu yang sama 25 darjah selsius.

Jam 22:57 Altitud turun semula ke 13720m. Penerbangan menghala ke timur dengan kelajuan semakin perlahan kepada 100km/h. kuasa bateri meningkat lagi kepada 4.40 volt dengan suhu jatuh kepada 20 darjah selsius.

Jam 23:06 Altitud 13780m dengan bearing 105 darjah serta kelajuan meningkat sedikit 104km/h. Kuasa bateri masih kekal 4.40 volt dengan suhu menurun ke 15 darjah selsius.

Jam 23:16 Altitud 13720m dengan bearing masih arah yang sama 105 darjah. Kelajuan penerbangan kekal 104km/h. Kuasa bateri meningkat lagi kepada 4.60 volt dengan suhu meningkat semula kepada 20 darjah selsius.

Jam 23:26 Altitud meningkat kepada 13840m dengan bearing 118 darjah. Kelajuan semakin perlahan kepada 57km/h kerana pendakian ke altitud yang lebih tinggi. Kuasa bateri kekal kepada 4.60 volt. Suhu turun semula kepada 15 darjah selsius.

Jam 23:36 Altitud turun kepada 13780m dengan bearing 105 darjah. Kelajuan meningkat semula kepada 104km/h kerana menjunam sedikit. Kuasa bateri kurang kepada 4.50 volt. Suhu menurun kepada 10 darjah selsius.

Data menunjukkan bahawa, setiap 10 minit beacon akan diaktifkan.

Jam 23:46 melepasi Tasik Santiaguillo bearing kekal 105 darjah. Altitud penerbangan kekal 13780m. Kelajuan turut kekal 104km/h dengan baik sekali. Kuasa bateri meningkat semula kepada 4.60 volt. Suhu turut meningkat kepada 20 darjah selsius.

Jam 23:56 arah ke timur dengan altitud yang sama 13780m. Kelajuan menurun sedikit kepada 100km/h. Kuasa bateri turun kembali kepada 4.50 volt. Ini menunjukkan radas berfungsi dengan baik. Suhu pula, menurun sedikit kepada 15 darjah selsius.

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...