Selepas seminggu penerbangan belon K4UAH-6 berada di Rusia. Pagi ini telah memasuki negara Mongolia. Kemungkinan sekadar melaluinya sahaja sebelum memasuki negara China. Sempadan negara China juga tidaklah berapa jauh mengikut arah pergerakan ketika ini.
Jam 11:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 127 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar pagi adalah 4.30 volt. Locator ON79EX.
Jam 11:38 kelajuan semakin meningkat kepada 65 km/h dengan bearing 147 darjah. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar turun sedikit kepada 4.20 volt. Locator OO70GA.
Jam 11:48 kelajuan menurun kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah ke arah selatan. Altitud ketingian masih kekal 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar masih kekal kepada 4.20 volt. Locator ON79FU.
Seperti yang dijangkakan jam 15:38 stesen K4UAH-6 telahpun memasuki ruang udara negara China. Kelajuan 44 km/h dengan bearing 127 darjah arah tenggara. Altitud ketinggian adalah 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar petang ini adalah 4.40 volt masih lagi dalam keadaan baik. ON88DS.
QTH berdekatan dengan tiga sempadan negara. Berhampiran dengan Tasik Hulun penerbangan masih diteruskan. Hulunbuir terdapat dua stesen yang aktif iaitu BG3LDS-N dan BG3LDS.
Berdasarkan pergerakan semasa, kebarangkalian ia akan terbang masuk semula ke Mongolia. Jangkaan akan melintasi Tasik Buir sebelum kembali semula ke negara China.
Jam 16:48 kelajuan 44 km/h dengan bearing 126 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator ON88KI.
Jam terakhir 17:48 kelajuan 39 km/h dengan bearing 110 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar terakhir 3.30 volt. Locator ON88QE.
No comments:
Post a Comment