Stesen K4UAH-6 berada di Daqing, China

 


Pada pagi, stesen K4UAH-6 masih lagi berlegar-legar di Heilongjiang Sheng. Hari ketiga berada di daerah ini. Penerbangan sangat perlahan tidak bergerak keluar dari kawasan ini.

Jam 12:08 altitud ketinggian 12960m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN26EG.

Jam 16:08 kelajuan 46 km/h dengan bearing 125 darjah. Altitud ketinggian 12960m semakin meninggi ke udara. Tenaga solar 4.20 volt. Locator PN25ON. Berada di barat daya Harbin.

Jam 16:18 kelajuan menurun kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah arah selatan. Altitud ketinggian masih sama 12960m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.0 volt. Locator PN25OM. Berada di timur laut Songyuan.


Arah angin terkini menunjukkan K4UAH-6 kemungkinan akan terbang ke selatan.

Jam 16:38 kelajuan 33 km/h dengan bearing 144 darjah. Altitud ketinggian 12960m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.80 volt. Tanda-tanda ke arah jam terakhir tenaga semakin kurang. Locator PN25PK.

Jam 16:48 kelajuan semakin perlahan kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah arah selatan. Altitud ketinggian kekal 12960m dengan suhu meningkat lagi kepada 25 darjah celsius. Tenaga solar masih 3.80 volt. Locator PN25PJ.

Jam terakhir 17:08 kelajuan 44 km/h dengan bearing 154 darjah. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar 3.40 volt. Locator PN25QG.




No comments:

Post a Comment

Misi Mencari Radiosonde D20052320 Berjaya di Shah Alam

  Hari ini berjaya mencari radiosonde D20052320 di Shah Alam. Belon ini jatuh pada 18 Disember 2021 sewaktu banjir besar melanda Selangor da...