Belon altitud tinggi (HAB)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli dan sahabat R.E.A.K.S.I

Sukacita dimaklumkan bahawa R.E.A.K.S.I dan MARTS akan berkolaborasi dengan Pusat Pengajian Aeroangkasa USM Kampus Kejuruteraan dalam projek pelancaran Belon Altitud Tinggi (HAB). R.E.A.K.S.I akan terlibat sepenuhnya dalam penyediaan dan pemasangan Crossband Voice Repeater VHF/UHF untuk kegunaan semua ham terutamanya penggemar komunikasi satelit di Malaysia (AMSAT-MY). Pelancaran belon tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Pelancaran : 29 April 2018 (Ahad)
Masa Pelancaran : 9.00 Pagi
Tempat Pelancaran : USM Transkrian, Nibong Tebal
Anggaran Ketinggian Max. Belon : 25 000 meter
Anggaran Tempoh Belon di Udara : 3-4 jam

Oleh itu, semua ham diharap dapat bersama-sama memantau dan menggunakan kemudahan repeater yang disediakan untuk tujuan QSO sesama ham.  Frekuensi repeater tersebut akan dimaklumkan kemudian. Sekian terima kasih.

Aktiviti belon altitud tinggi HAB yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kali ini USM HAB akan berkolaborasi dengan R.E.A.K.S.I dan MARTS. Satu peluang warga ham untuk menguji pancar kemampuan radas masing-masing.

Kali ini turut diletakkan voice repeater dalam payload. Jadi rakan ham boleh memantau serta menggunakan kemudahan repeater semasa ia terbang ke udara.

Pasti tracker aprs turut terbang bersama untuk menentukan kedudukan terkini pergerakan belon ini. Berlepas dari USM Transkrian, Nibong Tebal berdekatan dengan digipeater di sekitar Pulau Pinang. Jikalau ia terus ke utara lagi, digipeater di Gunung Jerai boleh menerima packet lagi.

Jikalau ke arah Kelantan masih juga terdapat digipeater dan Igate yang aktif. Jarak penerbangan diantara tiga hingga empat jam bergantung pada bantuan angin pasti boleh bergerak lebih jauh lagi.

Jikalau ke selatan, digipeater Gunung Brinchang dan Bukit Kledang boleh turut membantu menentukan kedudukan. Walau apapun pada hari kejadian penulis akan memantau di aprs.fi serta habhub.org dan di frekuensi yang akan digunakan.

Rasanya kolaborasi seperti ini, pernah dilakukan beberapa tahun dahulu. Kali ini peluang tidak harus dilepaskan untuk memantap dan memeriahkan lagi dunia radio amatur di Malaysia.

Kebenaran untuk membuat penerbangan bukanlah mudah. Memandang USM HAB selalu membuat aktiviti ini, kerjasama ini haruslah tidak dilepaskan begitu sahaja. 

Setiap tahun pihak USM HAB melancarkan belon altitud tinggi ini. Penggunaan tracker aprs pastilah membolehkan rakan ham mengaktifkan Igate dan digipeater masing-masing. Mobile Igate turut boleh diaktifkan sepanjang penerbangan bagi memastikan ia sentiasa mendapat packet hinggalah ia selamat mendarat.

73, Jojet de 9W2DYA

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Pulau Pangkor

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne