Eyeball V47 Kajang-Cheras

Malam tadi berkesempatan untuk eyeball bersama rakan V47 Kajang-Cheras. Bertempat di Medan sate Taman Prima Kajang tempat untuk bertukar pendapat dan berkongsi ilmu berkaitan hobi radio amatur.
credit 9M2OOO

Stesen yang sempat beramah-mesra ialah YB0EYE, 9M2KUE, 9M2OOO, 9M2YOT dan xyl 9W2JYL, 9W2GCD, 9W2XIK, 9W2MSH dan 9W2LRN.

credit 9M2OOO

Agenda utama adalah menunggu lintasan satelit AO-85 pada jam 11:24 malam. Sebelum itu mereka telah menembak satelit IO-86 Lapan-A2. Komuniti V47 Kajang-Cheras antara yang aktif dalam komunikasi satelit pada waktu ini. Mereka telah berjaya menarik minat rakan ham lain untuk mencuba dalam komunikasi satelit dalam radio amatur.

credit 9M2OOO

Perkembangan seiring dengan kemunculan satelit yang banyak sediakan untuk berkomunikasi. Media sosial menjadi medan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi menarik minat lebih ramai lagi untuk menceburi dalam bidang sosial.

Arechik 9W2XIK yang sering berkongsi di FB tentang aktiviti memburu burung besi ini. Bermula dari membuat antena, frekuensi serta teknik mengendalikan hinggalah sampai untuk membuat contact. Hasilnya ramai rakan ham menunjuk minat untuk memburu burung besi ini.

Komunikasi satelit semakin meriah dan banyak stesen telah berjaya membuat contact bersama rakan ham dari Indonesia, India, Sri Lanka, Singapura dan lain-lain lagi.

Semasa aktiviti ini dijalankan turut menarik perhatian masyarakat sekeliling. Mereka melihat rakan-rakan sedang menggunakan antena sambil berkomunikasi dengan pelbagai gaya. Antena juga pelbagai bentuk dan saiz samada dipegang atau menggunakan tripot.

Selepas puas hati mendapat contact mode voice, percubaan untuk mendapat beacon aprs pula. Frekuensi satelit  untuk mode aprs adalah 145.825MHz. Ini secara tidak langsung turut memperkenalkan rakan ham terhadap aprs.

Sememang hobi radio amatur mempunyai pelbagai perkara yang boleh dipelajari dan dikuasai. Bukan secara tradisi  bercakap antara dua stesen sahaja. Malahan banyak mode digital boleh diterokai seiring dengan kemajuan teknologi serta radas yang pelbagai fungsi.

Syabas dan tahniah kepada komuniti V47 Kajang-Cheras yang mempunyai perancangan yang pelbagai bagi ahli komunitinya untuk kemajuan radio amatur.

73, Jojet de 9W2DYA





No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...