Kedudukan terkini 9A5BDE-8

Kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 yang sedang berlayar ke Jepun berada di Laut China Selatan. Masih lagi kelihatan ikon Satellite dish yang diguna digoogle map. Koordinat 6 24.49N dan 107 38.70E
Kedudukan itu antara Semenanjung dan Sabah Sarawak dan di selatan Vietnam. Bergerak sejauh 28km/h dan altitude -138m.
Pulau yang terdekat adalah Con Son di selatan Vietnam. Percubaan menghantar mesej kepada beliau sejak 5.30 petang masih lagi belum berbalas.
Satu lagi stesen, kelihatan di Phnom Phhen, Kemboja iaitu BG2AZY yang satu-satunya aktif. Jikalau melihat kepada peta Negara Thai, betapa meriahnya APRS di sana.
Pada jam 6.20 petang stesen 9A5BDE-8 masih lagi aktif dikedudukan 6 31.82N dan 107 44.98E. Bergerak 22km/h dan altitude 45m.




73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...