Stesen APRS baru setup 9W2PIO, 9W2MLW dan 9W2KHQ

Pagi ini kelihatan beberapa stesen aprs muncul menggunakan APRStrack. Merupakan apps android pada telefon pintar.
Hasil perkongsian kepada beberapa stesen. Ada antaranya berjaya mengaktifkan aprs melalui apps ini.
Antara stesen itu adalah 9W2PIO Putrajaya, 9W2MLW Melaka dan 9W2KHQ Kedah.
Sempat juga mencuba message bersama 9W2KHQ-8 di Kedah.
Bagi ingin mencuba layari sesawang http://www.aprstrack.com.
Boleh download telefon pintar anda.
Lepas download setup masukkan callsign.
Dapatkan password melalui email.
Bila dah dapat password maka aktiflah stesen aprs anda.
Antara apps yang paling mudah untuk berjinak-jinak dalam aprs.

Apa kepentingan APRS?
- dapat mengetahui QTH rakan.
- dapat mengetahui pergerakan rakan.
- mengetahui jarak semasa QSO antara dua stesen.
- pelbagai data dapat diketahui selain jarak.
- antara mode digital yang mudah diaktifkan.
- boleh hantar mesej walau takde no telefon.
- real time secara langsung.
- boleh sambung pada radio.

Kebanyakan kita ada telefon pintar bersama data internet. Tiada masalah  untuk aktifkan.




1 comment:

Stesen BX3AES-10 berada di IOI Resort

  Kelihatan satu stesen dari Taiwan BX3AES-10 telah diaktifkan di IOI Resort. Nampaknya berjalan kaki dari hotel ke IOI Mall. Stesen BX3AES-...