The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium tarikan terbaru negeri Melaka. Terletak ditingkat 2 dan bayaran untuk dewasa adalah RM35. Bayaran meliputi cermin mata 3D dan sekeping fridge magnet. Soalan kuiz jugs diberikan untuk dijawab dan cenderamata menarik diberi kepada jawapan yang betul.

Tempat terbaik untuk mempelajari ekosistem negara. Bagi yang ingin memberi makan penyu bayarannya RM10.60
Beberapa tema atau segmen menarik pengunjung antaranya adalah  Interactive touch pool, Magic aquarium, jungle quest, sea shells museum, river story, dangerous marine species, living fossil, fun freakish, kampung penyu, Ocean theatre, ocean journey dan shark quest.
Ikan pari dan jerung ini boleh dibelai dan disentuh dengan pengawasan petugas. Tapak sulaiman juga tidak terkecuali. Ia terletak pada segmen interactive touch pool. Jinak dan manja haiwan- haiwan ini.
Lalu dibawah jerung berenang-renang. Walau tak sehebat terowong di Akuaria namun ia tarikan tersendiri.
Ikan yang berwarna-warni seperti dalam watak animasi memang memikat hati. Pelbagai spisies yang cantik dipamerkan.

Ikan air tawar turut dipamerkan dalam river story. Ikan arowana dan piranha menarik tumpuan.

Arowana berenang mengelilingi pokok.

Akhir sekali adalah kampung penyu. Pengunjung boleh memberi makan penyu. Anakku sangat seronok melihat penyu makan lebih lagi apabila berebut makanan.
Ocean theatre menayangkan movie bertajuk A Turtle's Adventure dalam 3D. Harus menggunakan cermin 3D untuk menontonnya.
Ada juga pameran dalam bentuk 3D.
Selain Oceanarium, the shore juga mempunyai tarikan lain seperti Sky tower bayaran dewasa RM25 kanak-kanak RM18, Toy museum dewasa RM30 kanak- kanak RM20 dan the shore Interactive park dewasa RM30 kanak-kanak RM 20


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...