Bayaran masuk dewasa
RM46 untuk Mykad.
Pelbagai spesies hidupan marin dipamerkan. Menarik minat golongan kanak-kanak tentang hidupan air laut mahupun sungai. Tidak terkecuali anakku yang mencecah setahun sangat seronok melihat ikan berenang dalam akuarium.
Ia juga tempat untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Banyak maklumat tentang sesuatu spesies hidupan marin.
Ia juga tempat menggalakkan masyarakat menjaga dan mencintai alam semulajadi serta spisies terancam.
Ruang pameran mempunyai pelbagai tema serta penyampaian yang interaktif menarik minat pengunjung dalam dan luar negara.
Paling menarik ketika melalui terowong akuarium. Ikan dapat dilihat berenang dikeliling terowong banyak sekali.
Antara menarik perhatian adalah ikan jerung, ikan pari dan penyu.
Selepas puas melihat singgah di kedai cenderamata untuk kenangan. Gambar kenangan juga diambil untuk simpanan oleh staf akuaria.
No comments:
Post a Comment