Rumah terbalik Port Dickson

Cuti sekolah bertembung cuti hujung minggu yang panjang sempena Maulidur Rasul menyebabkan tempat tumpuan pelancong sesak.
Cuti kali ini membawa keluarga ke Port Dickson sahaja.
Nasib baik dapat menginap di Seri Ratu Hotel & Spa di Teluk Kemang.
Bilik hari pertama mempunyai masalah water heater yang rosak. Televisyen jenis lama bergantung pada aerial tv semata menyebab penerimaan kurang baik dan satu saluran sahaja.
Hari kedua tukar bilik sebelahnya yang water heater berfungsi baik tetapi televisyen tidak dapat digunakan masalah yang sama.

Berbalik pada percutian ini kunjungan ke pantai peranginan adalah diharuskan.
Pada hari kedua berkesempatan ke tempat tarikan ramai.

Upside down art galery lokasi no 13A &15, Jln coral Walk, Batu 9, Jln Pantai. Bayaran dewasa RM20.
Bahagian rumah terbalik yang menarik perhatian. Ruang yang diterbalikkan adalah bilik bujang.
Meja solek juga tidak ketinggalan.
Kabinet televisyen

Hulk merempuh pintu gambar 3D
Model rumah yang kecil
Ruang dapur menarik perhatian ramai.
Cover majalah menyambut kedatangan pengunjung untuk bergambar kenangan
Bilik baby juga ada untuk bergambar kenangan.
Ostrich farm juga berhampiran rumah terbalik. Ia juga bersebelahan Politeknik Port Dickson. Bayaran masuk adalah RM15 untuk dewasa.
Telur burung untuk mampu menahan beban sehingga 120kg. Maklumlah burung unta itupun sangat besar.
Unta juga terdapat disitu. Jualan rumput RM3 seikat untuk memberi makan haiwan di situ. Pengalaman memberi makan pada burung unta sukar untuk dilepaskan. Terdapat seekor burung unta yang sangat jinak apabila diberi makan. Ia akan keluar masuk kandangnya jika dedak diberikan. Penjaganya mengambil gambar kami ketika memberi makan rumput.
Ketika tiba di Teluk Kemang sempat melihat keindahan pantai waktu petang.
Damia sangat seronok pertama kali di bawa ke pantai. Ia melihat deruan ombak serta kanak-kanak bermain.













No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...