Total Pageviews

Thursday, December 8, 2016

SISMAA-06 Gempa bumi di Acheh 6 Disember 2016



Ikon gempa bumi SISMAA-06 di utara Sumatera berlaku 6 Disember 2016. Gempa berlaku 22:03Z dengan kekuatan magnitude 6.4 pada infonya. Laporan media pula melaporkan magnitude 6.5 berlaku 22:00Z 5.03 pagi Selasa pada kedalaman 17 kilometer berdasarkan (USGS).
Koordinat 5 17.40'N dan 96 09.00'E sumber callsign daripada IK3SVW. Hampir 100 maut dan berates lagi cedera di Indonesia semalam apabila gempa kuat menggegarkan wilayah Aceh, menurut laporan media.


Sementara itu, kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 menghala ke barat bergerak 26km/h dengan bearing 268 darjah. Koordinat
5 35.06'N dan 90 19.69'E. Kedudukannya di barat Banda acheh.


Stesen 9W2ZVB-9 pada awal pagi ini Berjaya mendapat 7 packet ketika melalui PLUS highway dari selatan ke utara. Maklumlah base bersebelahan sahaja. Jikalau menurut raw mendapat 13 packets ketika melalui lebuhraya itu.
Ia menambahkan lagi stesen yang mendapat packet daripada 9W2DYA-5.
Stesen YB6HJE-1 satu paket jarak 321.1km
Stesen 9W2EDK-2 satu paket jarak 21.7km
Stesen 9W2JQQ-3 satu paket 14.8km


73, Jojet de 9W2DYA


No comments:

Post a Comment