Cuba Lagi

Credit 9M2YAT
Hari ini merupakan Peperiksaan Radio Amatur Kelas A. Penulis buat kali kedua menduduki peperiksaan ini. Kali pertama pada tahun lepas bulan februari bertempat di NADI Presint 9, Putrajaya. Masih tempat yang sama mencuba nasib sekali lagi. Ramai juga rakan ham yang turut hadir memberi sokongan moral. Apapun tahniah kepada empat stesen yang lulus manakala yang gagal boleh cuba lagi. Sudah pasti perlu mencari tarikh ujian dalam waktu cuti sekolah masa hadapan.



Oleh kerana mempunyai banyak masa lagi, terus menghala ke SMK USJ 23. Venue bagi Kejohanan Olahraga MSS Selangor tahun 2026. Berkesempatan berjumpa Ellina Irez yang berjaya memenangi acara 800m dengan rekod kejohanan. Pasti akan mewakili negeri Selangor peringkat MSSM di Kuantan nanti.


Ellina Irez yang kini belajar di Sekolah Sukan Malaysia di Bandar Penawar, Johor. Terus mendapat tunjuk ajar Coach Radhi di sana. Pasti ada strategi yang terbaik bagi perancangan masa hadapan Ellina oleh Coach tersebut.


Ellina ada beberapa acara lagi. Kejohanan berakhir jumaat ini 7 Ogos 2026. Sama-sama kita doakan kejayaan Ellina meraih banyak pingat lagi untuk pasukan Hulu Langat. Atlet berbakat sejak sekolah rendah lagi telah mencipta kejaayaan hingga ke peringkat kebangsaan. Kini tetap mewakili daerah Hulu Langat walaupun bersekolah Sukan Malaysia. Kelebihan bagi setiap daerah apabila atlet mereka bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia mahupun negeri.


Cuaca pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSS Selangor amat panas sekali. Sudah pasti memberi cabaran yang hebat. Kekuatan fizikal dan mental perlu ada pada setiap atlet. Ellina mengakui sendiri seasa bertanding selepas tengah hari tadi sangat terik. Namun, tetap memecah rekod kejohanan juga.


Berbalik kepada peperiksaan radio amatur tadi. Soalan berbentuk objektif aneka pilihan. Jawab berkomputer dalam masa 1 jam 30 minit. Setelah menamatkan menjawab markah terus diberi sama ada lulus atau gagal sahaja. Markah boleh dilihat pada skrin komputer Penyelia Peperiksaan di hadapan bilik peperiksaan. Penulis berjaya menjawab 25 soalan yang betul daripada 50 soalan yang diberi. Markah lulus perlu dapat 70% lulus atau 35 soalan yang betul. Perlu lagi cari 10 markah lagi untuk lulus. Berusaha lagi agar hasrat tersebut dapat dicapai.


Semasa tiba daripada NADI Presint 9, Putrajaya. Acara akhir 100m sudah berakhir. Sempatlah tengok aksi acara riben biru. Aksi jaguh 100m Selangor beraksi. Kemudian aksi 200m Hepta perempuan. Sempat bersembang dengan Coach Acab Ketua Jurulatih HuLa. Katanya salah seorang atlet hepta tersebut tidak menjadi bagi disiplin lompat tinggi. Mungkin gugup kerana buat pertama kali beraksi di pentas negeri.


Atlet yang mendahului 50 m pertama. Penulis berada di hadapan astaka melihat semua atlet melepasi dengan lajunya. Pelari pecut dari daerah Petaling berbaju kuning itu. Tiada pula kelibat pelari HuLa.


Beberapa meter lagi menghampiri garisan tamat. Semua pelari pecut bersemangat menghabiskan pecutan. Sudah pasti yang mencecah dahulu garisan akan menang.


Pelari 200m acara hepta beraksi mengumpul mata untuk medahului keseluruhan. Ini antara pelari HuLa yang Coach Acab kongsikan tadi. Atlet yang mempunyai kemahiran dan berbakat dalam pelbagai acara boleh dilatih menjadi atlet heptathlon yang berpotensi. Perlu bersungguh dan mempunyai minat yang tinggi bagi menguasai pelbagai disiplin untuk mengutip mata yang banyak.


Acara terakhir balapan adalah 5000m Jalan kaki lelaki. Atlat HuLa berjaya mendapat tempat kedua. Sementara itu, acara merejam lembing turut dijalankan di padang. Berbalik sewaktu tiba di sekolah ini, seperti biasa gerai yang menjual baju menjadi sasaran. Sempat menyelam sehelai Air Fighter dan dua helai Outfit. Harga sehelai mencecah RM55. Nasib baik boleh bayar guna debit kad. Boleh ambil Outfit dua helai. Maklumlah cikgu PJK setiap hari t-shirt berkolar sahaja.


Usai acara jalan kaki tadi, majlis penyampaian sijil dan medal dijalankan pula. Sempatlah melihat Ellina naik podium. Lupa nak ambil gambar bersama sijil dan medal. Ketika itu menyembang bersama Halwani yang baru habis bertugas sebagai pencatat. Setelah habis acara barulah Halwani datang ke astaka. Cik Yam sebagai ketua pencatat masih melakukan tugas akhir.


Cik Yam dan Wani merupakan classmate PJSS di Maktab Sultan Abdul Halim, Sungai Petani tahun 2005. Baru berkesempatan hendak jumpa mereka berdua. Hari itu berjanji hendak jumpa di Stadium UiTM Shah Alam tempat kami belajar juga. Ketika itu mereka bertugas untuk MSSD Klang. Tapi tak jadi penulis melencong ke Olahraga MSS Putrajaya berjumpa Petit dan Kuchai juga classmate PJSS MPSAH 2005.


Mana rakan yang dekat bolehlah berjumpa semula. Manakala yang lain bertugas di negeri lain sukar untuk bertemu. Lainlah jika terlibat dengan peringkat MSSM yang sukannya ada dianjurkan di lembah klang ini.


Mereka berdua mengajar dalam daerah Klang. Jadi bolehlah berjumpa di MSSS pada kali ini. Kebetulan ada masa terluang bolehlah tiba sebelah petang ini. Mengikut perancangan awal MSSS akan buat di Stadium UiTM juga. Namun, rezeki di SMK USJ 23 ini lebih dekat dan mudah untuk di akses dari Putrajaya.


Akhir kalam selamat bertugas kepada Cik Yam dan Wani hingga jumaat nanti. Ada kelapangan boleh bertemu lagi. Selamat maju jaya. Majulah sukan untuk negara. Hidup PJSS!

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Maju Jaya!
73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Checkerboard Marker

  Cuti Maulidur Rasul hari ini sempat menjalankan misi mendokumentasikan Ground Control Point (GCP) atau Checkerboard Maker . Terdapat dua ...