Cuti Maulidur Rasul turut dipenuhi dengan memburu batu sempadan. Mendapat info dari peta google. Batu-batu ini telah dipinkan. Kebetulan lokasi sangat dekat dengan saltmine. Berdasarkan maklumat gambar yang dimuatnaik dalam pin tersebut telah berlaku tiga bulan lepas. Sememangnya batu tanda sempadan ini baru sahaja diletakkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Ini kerana lokasi letaknya batu tersebut sebelum ini tiada di situ. Kewujudannya sudah pasti berita gembira bagi penulis menambah koleksi pemburuan batu lagi.
Pemburuan pertama adalah nombor 5/33. Batu tanda ini terletak di Jalan 40/154, Taman Dahlia. Bersebelahan dengan gerai-gerai makanan. Lokasi juga bertentangan dengan Jalan Suadamai. Kereta diletakkan berdekatan dengan batu tanda ini kerana lebih selamat. Pemandangan menghadap Taman Dahlia. Perjalanan pemburuan bermula dari batu tanda ini.
Pemandangan sebelah negeri Selangor di Jalan Suadamai. Koordinat 3.055011 darjah Utara dan 101.748759 darjah Timur. Belakang batu tersebut ada longkang. Hendak ke batu perlu mendaki tebing juga dari tepi jalan. Usai dokumentasi bergerak ke batu sebelah pula. Batu sempadan ini selari dengan jalan menghala ke Bandar Damai Perdana.
Batu tanda yang kedua adalah nombor 5/34 dikelilingi pokok serai. Ia bersebelahan dengan warung kopi. Nampaknya ada orang berkebun dalam tanah rizab jalan tersebut.
Terpaksa masuk dicelah-celah pokok serai tersebut bagi mengambil gambar sebelah negeri Selangor. Mesti selepas batu ini dibana barulah serai ini ditanam semula. Batu tanda sempadan ini merupakan bukti fizikal sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur. Ini penting bagi kerja mengukur dan sempadan pentadbiran kerajaan.
Masih di Jalan 40/154 Taman Dahlia, Kuala Lumpur. Koordinat 3.054917 darjah Utara dan 101.747734 darjah Timur. Usai dokumentasi terus keluar ke jalan besar ahal ke simpang empat Damai Perdana.






No comments:
Post a Comment