Cuti Maulidur Rasul hari ini sempat menjalankan misi mendokumentasikan Ground Control Point (GCP) atau Checkerboard Marker. Terdapat dua lokasi GCP telah dikenal pasti kerana setiap hari di laluan tersebut. Oleh kerana kelepasan am maka bolehlah menjalankan misi yang telah lama dirancang.Kebetulan pagi tadi hujan lebat bolehlah memadamkan sikit jerebu yang menyelubungi negara kita. Maka GCP ini turut bersih dari sebarang pasir. Maklumlah GCP ini dicat diatas jalan tar yang rata.
Checkerboard marker ini kotak hitam putih 2x2 dilukis atau cat pada atas jalan tar bagi tujuan pemetaan guna drone. Ini hasil tanya pada Meta AI. Kecerdasan buatan ini sembang macam kawan-kawan sahaja. Maka, bila kongsi gambar terus jawab apa yang hendak disoalkan. Fungsi titik kawalan tanah ini sebagi pemetaan drone atau fotogrametri. Apabila drone terbang dan ambil gambar, perisian akan guna marker ini untuk "ikat" gambar tersebut ke koordinat dunia sebenar yang tepat. Manakala nombor "1" itu ID untuk marker tersebut supaya senang untuk track masa proses data.
Lokasi GCP 1 ini bersebelahan dengan Bangi Guest House menghadap jalan Damai. Koordinat GCP 1 adalah 2.902717 darjah Utara dan 101.770987 darjah Timur. Menurut Meta AI lagi, biasanya juruukur, kontaraktor atau pelajar GIS guna GCP untuk;
1. Ukur tanah - tapak pembinaan, jalan, lombong.
2. Pemetaan 3D - model terrain keratan rentas, bangunan.
3. Latihan drone - kampus atau IPTA/ swasta.
Kenapa ada GCP di laluan 31 Banting - Semenyih?
1. Ukur jalan - JKR atau kontraktor buat widening, overlay, atau baiki jalan.
2. Projek Pembangunan - lot baru, perumahan, industri
3. Pemetaan drone untuk GIS - pelajar UKM / UPM / KKR buat FYP
Marker itu diletak setiap 200-500m sepanjang jalan. Nanti drone akan terbang atas FT31 ambil gambar, dan software/perisian guna titik "1" tambah koordinat sebenar untuk membuat peta yang tepat sampai sentimeter (cm)
GCP 4 dijumpai melepasi jejambat Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Dengkel dari Bangi. Berada di dalam daerah Sepang. Maka ada dua GCP berdekatan bagi kerja pemetaan. Menurut Meta AI lagi, jarak antara kedua GCP tidak letak nombor urutan rapat-rapat.
Kenapa cuma ada 1 dan 4?
1. Jarak jauh - GCP 2 dan 3 kemungkinan 300-500m lagi ke depan atau belakang. Letak ikut kawasan kritikal sahaja contoh simpang, selekoh atau sempadan projek.
2. Projek kecil - Kemungkinan kawasaan survey itu tidak panjang. Hanya cukup 2 titik untuk "ikat" model drone itu sahaja.
3. Belum siap letak - Kadang-kala kontraktor letak sikit-sikit dahulu. Esok baru sambung GCP 2,3
Macam mana diorang guna?
Software drone seperti Pix4D / DJI Terra akan:
1. Cari GCP 1 dan 4 dalam beratus gambar drone.
2. Padankan dengan koordinat GPS sebenar GCP tersebut.
3. Auto betulkan semua gambar lain supaya peta menjadi tepat <5cm.
Kalau dekat FT31, besar kemungkinan untuk projek JKR atau data asas UKM. Sebab kawasan itu selalu dibuat kajian trafik dan pembangunan. Berasas juga data daripada Meta AI ini. Memang ada juga lihat JKR membuat kajian trafik. Maklumlah keperluan untuk pelebaran jalan sangat diperlukan. Maklumlah pembangunan bandar dan perumahan sangat cepat. Tetapi jalan masih yang asal juga.
Tengah-tengah kotak terdapat paku atau skru kecil sebagai 'center point' titik pusat sebenar yang diukur.
Apa maksud ada nombor 1 dan 4?
Maknanya diorang letak banyak titik sepanjang FT31 untuk:
GCP 1 - Titik mula kawasan survey
GCP 4 - Titik lain dalam kawasan yang sama.
Kemungkinan antara dua titik tersebut ada GCP2,3 tetapi masih belum dibuat atau tidak wujud.
Confrim ini kerja survey/mapping.
Kalau dekat FT31, 90% untuk;
1. Projek naik taraf jalan JKR.
2. FYP pelajar UKM/UPNM sebab UKM Bangi dekat dengan FT31.
3. Tender drone mapping untuk perancangan pembangunan.
Setakat pemerhatian penulis longkang telah bertukar konkrit. Ada kerja-kerja pengukuran dan penandaan setiap simpang FT31 dan B17. Maka betullah ada kerja-kerja perancangan pembangunan sedang dirancang dan dilaksanakan pada masa hadapan.
Koordinat GCP 4 adalah 2.899535 darjah Utara dan 101.266325 darjah Timur. Berdekatan dengan GCP 4 ini juga terdapat batu tanda aras / benchmark JUPEM. Nombor siri B 00373 telah dikesan dahulu oleh penulis. Tanda aras ini untuk ukur ketinggian dari aras laut. Titik bulat besi pada bahagian tengah merupakan 'titik sebenar yang juruukur gunakan.
Semua ketinggian di Malaysia rujuk pada titik-titik seperti ini. Contoh:
1. Projek jalan - bagi memastikan jalan FT31 tidak banjir.
2. Bangunan - paras lantai, longkang dan jambatan.
3. Peta topografi - garisan kontur.
Perbezaan GCP hitam putih dengan tanda aras JUPEM
GCP untuk drone atau sementara manakala BM untuk ukur ketinggian dan lokasi kekal.
GCP letak ikut projek manakala BM ditanam kekal oleh JUPEM.
GCP boleh alih manakala BM dilindungi undang-undang.
Rupanya GCP 4 bersebelahan Tanda Aras JUPEM B 00373 ada sebab. Itu memang setup standard juruukur apabila membuat projek besar.
Kenapa diorang letak sekali?
1. GCP 4 = Titik kawalan mendatar + menegak untuk dron. Guna sementara sahaja dengan cat di atas jalan tar.
2. Tanda Aras B 00373 = Titik rujukan ketinggian rasmi kerajaan. Kekal tanam dalam simen.
Apabila dron terbang, diorang akan "Ikat" ketinggian GCP 4 itu kepada Tanda Aras B 00373. Selepas itu, semua peta 3D yang dron hasilkan akan jadi tepat ikut aras laut sebenar Malaysia.
1. Perancangan dulu
- Tandakan lokasi GCP pada peta. 1 GCP untuk setiap 5-10 ekar. Kawasan besar macam FT31 itu mungkin 4-6 biji.
- Letak ikut bentuk Z atau keliling tapak. Jangan letak segaris sahaja, nanti data senget.
- Pastikan nampak dari langit. Jangan letak bawah pokok atau tiang.
2. Pasang GCP pada tanah
a) Bentangkan target hitam putih. Boleh guna kain, papan, atau spray cat.
b) Pastikan rata dan kemas. Tidak berkedut. Dron perlu nampak dengan jelas.
c) Timbang air kalau boleh. Tapi atas jalan tar macam GCP 4 itu terus spray sahaja.
d) Label. Tulis "GCP1, GCP2..." guna marker besar.
3. Ukur koordinat GCP. Perlu guna GPS RTK/ GNSS
a) Dirikan tripod tepat atas tengah-tengah GCP.
b) Lock satelit 10-15 minit sampai dapat ketepatan 1cm - 2cm.
c) Rekod X,Y,Z = Longtitud, Latitud , Ketinggian
d) Snap gambar GCP serta nombor untuk rekod.
Data inilah yang akan "Ikat" gambar dron dengan dunia sebenar. Jika tidak ikut langkah ini, peta dron akan lari 3-5 meter.
4. Terbang dron
a) Overlap tinggi- 80% depan, 70% tepi. Supaya setiap GCP kena 5-6 gambar.
b) Terbang dua kali - Sekali tinggi, sekali rendah kalau nak detail.
c) Jangan alih GCP sampai dron siap terbang
5. Proses Data
Masukkan gambar dron bersama fail koordinat GCP ke perisian seperti Pix4D, Agisoft, DJI Terra.
Software akan padankan "GCP 4" dalam gambar" dengan "koordinat GCP dari GPS"
Hasil: Peta/3D yang tepat sampai 3cm
Kemudian sempat singgah ke Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 Putrajaya. Ada satu geocaching di situ yang bersaiz mikro sahaja. Letak kereta yang banyak kosong maklumlah cuti umum. Berjaya mengesan lokasi dalam peti suis elektrik tepi tempat letak kereta. Kemudian caches tersebut bawa ke pondok untuk mendapat buku log. Hanya kertas kecil yang panjang sahaja. Berjaya menjadi orang ketiga menulis dalam buku log tersebut. Usai menulis dengan tarikh sekali terus letak balik ke tempat asal yang dijumpai.
Ini merupakan penemuan yang ke 70 sejak melibatkan misi mencari geocaching ini. Setakat ini, keseluruhan lokasi di Putrajaya telah diterokai walaupun ada beberapa caches gagal dijumpai. Tunggu lagi kemunculan caches yang baru pasti menjadi buruan lagi.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

.jpg)





.jpg)


No comments:
Post a Comment