Batu Penanda Aras No. B 62020


 Pada 18 Ogos 2026 aktiviti riadah berjalan kaki bermula dari UNIKEB. Kereta diletakkan di situ kerana ada pelbagai kemudahan terutamanya tandas. Penggunaan tandas sebelum aktiviti fizikal sangat penting supaya tidak mengganggu tumpuan.


Batu JT TBM 5  berada di sebelah pondok bas bertentangan dengan UNIKEB. Maka, menyeberang jalan terlebih dahulu sebelum membuat kerja perekodan. Batu-batu pada misi kali inintelah dikenal pasti lebih awal. Maklumlah kedudukan batu tersebut berada dilaluan harian. Cuma masa sahaja yang menentukan misi untuk mengutip data sahaja. Maka, tarikh ini menjadi saksi perekodan berjaya dilaksanakan.


Batu JT TBM 5 dicat merah. Tidak pasti apa maksud perkataan JT. Mungkin Jabatan Telekom, tidak pasti hanya tekaan sahaja. Hanya pakar-pakar bidang kerja ukur dan pemetaan sahaja yang tahu. Koordinat 2.927078 darjah Utara dan 101.772952 darjah Timur. Nampak sahaja hentian bas bertentangan dengan UNIKEB. Situlah lokasi batu tersebut.


Kemudian berlari-lari anak terus menghala ke Pekan Bangi dari UKM. Penghujung penghadang jalan tepi selekoh dalam satu kilometer. Terdapat satu lagi batu JT TBM 4. Betul-betul terletak dihujung penghadang jalan. Lokasi laluan masuk ke tempat ambil pasir sungai berlesen.


Pada kali ini, batu JT TBM 4 ini agak lusuh. Rumput bersemak hampir menutup. Warna merah yang menutupi batu semakin pudar. Koordinat 2.923875 darjah Utara dan 101.764843 darjah Timur. Selesai kerja perekodan, usaha di teruskan hingga melepasi simpang lampu isyarat Teras Jernang. Kereta berderet menunggu giliran untuk melepasi diri.


Beberapa meter dari simpang Teras Jernang terdapat satu batu penanda aras (BM). Batu penanda aras nombor B 62020. Batu ini sudah lama dikenal pasti setelah kerja mengemas bahu jalan. Selepas kerja-kerja tersebut barulah kelihatan batu BM ini telah beralih dari kedudukan asal. Hampir menyembah bumi. Namun, ketika hendak menegakkan semula ke tempat asal tidak berjaya. Besi bawah telah berubah dan hampir patah.


Batu penanda aras ini telah senget akibat disodok jentera semasa kerja-kerja pembersihan bahu jalan. Sepatutnya para kontraktor perlu berhati-hati semasa kerja-kerja pembersihan yang dijalankan. Batu BM ini milik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Harta hak milik kerajaan tidak boleh dirosakkan. Pasti kerja-kerja mengukur oleh pihak-pihak yang berkaitan terganggu akibat kerosakan ini.


Penulis berharap pihak-pihak kontraktor yang melakukan kerja-kerja di bahu jalan perlulah berhati-hati. Monumen milik negara ini berfungsi untuk kegunaan kerja mengukur dan pemetaan. Sangat penting bagi yang mengetahui fungsi dan peranan yang dimainkan. Bagi orang lain mungkin sekadar batu di tepi jalan sahaja.


Lokasi batu penanda aras nombor B 62020 tepi jalan Bangi - Kajang Laluan B17. Hadapan sedikit merupakan simpang lampu isyarat Teras Jernang.


Papan tanda tanah milik Universiti Kebangsaan Malaysia di tepi jalan Bangi-Kajang B17. Tanah hingga seberang lebuhraya Utara- selatan berdekatan susur keluar Bandar Lembah Selatan.


Perjalanan diteruskan hingga ke bangunan tinggalan Galeri Bandar Lembah Selatan. Mencari kalau-kalau ada batu yang boleh direkodkan lagi. Kemudian berpatah balik dengan berlawan arus ke UNIKEB semula. Jarak keseluruhan adalah 5.77 km dengan masa 1 jam 5 minit 46 saat. Purata langkah atau pace adalah 11:24/km.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Penanda Aras No. B 62020

  Pada 18 Ogos 2026 aktiviti riadah berjalan kaki bermula dari UNIKEB. Kereta diletakkan di situ kerana ada pelbagai kemudahan terutamanya t...