SAR Sungai Selangor, Peretak

MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) ORANG 
Lokasi: Sekitar Sg. Selangor, Peretak, KKB.
Tugasan: Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) Orang Hilang.

Operasi SAR mencari mangsa hilang 01× lelaki dewasa berbangsa Melayu berumur 62 tahun masih diteruskan. Sehingga hari ini mangsa masih belum ditemui dan operasi akan diteruskan esok hari.
Sama2 kita berdoa agar operasi SAR dipermudahkan & mangsa ditemui dengan selamat.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat.
 NGO dan Jabatan Amal Selangnor. .
OPERASI TENGAS

Operasi mencari mangsa hilang di hutan antara empangan KKB ke Bukit Frazer. Mangsa dimaklumkan adalah seorang pencen tentera yang didapati hilang semenjak 30hb sept di kawasan berkenaan.

Seramai 16 anggota Amal dari unit UTK, Semboyan dan Medic terlibat dalam misi SAR bersama pasukan Bomba, Polis, dan semua agensi kerajaan dalam misi pencarian semalam. 

Sebelum memulakan misi, semua anggota Amal yang diketuai oleh Tuan Abu Umar Timb Ketua Sektor Operasi JAMNS telah melakukan solat hajat memohon redha Allah dan petunjuk agar dipermudahkan segala urusan.

Misi kali membawa sama beberapa aset amal antaranya ialah sebuah jentera ambulan, peralatan radio komunikasi semboyan dan peralatan medik. Petugas yg cedera semasa bertugas di rawat oleh pasukan medik Amal yang diketuai oleh Tuan Hj Muhammad Khairi Shaharuddin dan antara yang menerima rawatan termasuk anggota-anggota bomba. 

Satu pasukan dari Unit Syifa Amal Negeri diketuai oleh Tuan Mashadi dan Tuan Zafran dan 5 anggota Syifa Amal yang lain turut membantu melalui usaha alternatif.

Alhamdulillah dengan peralatan alat komunikasi yang baik Amal Command Centre (ACC) kami yang dikendalikan oleh Tuan Nasrol telah diberi kepercayaan untuk menghubungkan team Mosas dan Bomba sepanjang misi.

Semua anggota kembali ke Base camp sekitar jam 1700 utk melapor kepada ketua operasi SAR dan alhamdulillah semua anggota kami berada dalam keadaan selamat dan Insya Allah hari ini satu lagi operasi yang merupakan operasi terakhir akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa, saya mohon seluruh sahabat yang membaca post ini dapat mendoakan keselamatan mereka dan semoga merka dapat menjumpai mangsa hilang tersebut.

#BeramalKeranaAllah

Shehdi Hazrik
Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
6 Okt 2017

No comments:

Post a Comment

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...