Azan 9W2ADC menyapa 9W2DYA

Sebentar tadi lebih kurang jam 10.20 malam telah disapa Azan 9W2ADC. Memandu di Jalan Reko ketika itu kedengaran audio dari corong radio. QRV V40 sepanjang pemanduan. Kedengaran satu rakan contact dari belakang jelopi telah menyapa.

Orang menghulurkan salam perkenalan perlulah disambut dengan baik. Basenya dekat Penjara Kajang. Memandu berjumpa kawan di Bangi Gateway.

QSO bermula dekat lampu isyarat sebelum Downtown dekat Jalan Reko. Lampu isyarat merah membolehkan perbualan diteruskan. QSO berakhir selepas haluan masing-masing berubah setelah jarak semakin jauh.

Salam contact kenal dan salam contact perdana. Ada kelapangan boleh bertemu di udara lagi.

Jelopi sentiasa QRV di V40 145.500MHz iaitu calling channel. Boleh merujuk di APRS juga Stesen 9W2DYA-5 turut diaktifkan. Bolehlah memanggil di V40 jika berada berdekatan dengan mobile.

Semasa misi SAR belon KLIA aprs dan QRV V40 sentiasa siap siaga. Begitu juga pemburuan stesen tanda aras dan tanda sempadan negeri. Semua aktiviti boleh monitor di APRS dan frekuensi 145.500MHz

Terima kasih atas short QSO nya ada kelapangan kita berjumpa lagi.

Jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...